Followers

Saturday, February 8, 2014

baby booties terbengkalai...

Sengaja aku upload gambar2 baby booties yang pernah aku kait selama ini. Sebagai kenang2an semata bahawa aku pernah menerjunkan diri di bidang ini pada suatu ketika. Lain kali mungkin hobi aku akan berpindah ke lain pula... huhu..
saiz no 1=7cm,  saiz no2 =11cm,  saiz no3=9cm, saiz no4=8cm.

Rasa2 macam yang warna pink no. 4 di depan sekali tulah bentuk yang aku akan suka. hu hu.. Tapi buat masa ni aku belum juga siapkannya lagi. Pada yang ingin mencuba, bolehlah sila rujuk pada panduan rajahnya kat bawah ni.
 Sumber: FB* Crochet Albums.

Bootieskah ini?

Aku nak mencuba mengait baby booties yang lain siket rupanya dari biasa. Maksud aku yang warna oren tu. Mencari kelainanlah kononnya. Bila siap saiz  panjang tapaknya ialah 7cm. Sesuai kot dengan saiz baby yang lingkungan 2-3 bulan. Tapi anak aku cakap rupanya tak macam kasut manusia. Ha ha . Apa2lah.!

Aku dapat patern ni dari Facebook. Crochet Albums.

Bila aku mula mengait baby booties..


 Ini adalah pembetulan kepada baby booties DI SINI.
Cuba mengecilkan saiz pada tapak bawahnya supaya ia tidak menjadi terlalu besar. Konon2lah.. Mula2 cuba mengait dulu saiznya menjadi terlalu besar sangat. Anak aku kata kena tunggu cucu mak masuk darjah satu dulu baru cucu mak dapat pakai baby booties tu. Hu hu hu.
Yang terhasil adalah sebegini. Bezakan saiznya masing-masing. Macam tak masuk akai...
Gambar baby booties yang di atas tu berada pada no. 2.
Aku tak siapkannya sebab saiznya dah jadi tak betul langsung.

No.1 saiz tapak = 7cm
No.2 saiz tapak =9cm
No.3 saiz tapak = 8cm
No. 4 saiz tapak =11cm

Kerabu rumpai laut campur cekur

Bahan2
1 mangkuk rumpai laut (rendam 6 jam)
seikat daun cekur
3 ekor isi ikan rebus
cili api, 2 ulas bawang merah, 1 labu bawang besar, air asam jawa, belacan, garam dan sedikit perisa aji.

1. Lenyek dan picit belacan bersama asam jawa (campur sedikit air) kemudian lenyek lagi bersama cili api. Tambah sedikit gula, garam dan perisa.
2. Rasa asam garam, dah ok, masukkan isi ikan rebus.
3. Gaulkan biar sebati. Tambahkan daun cekur,  bawang merah, bawang besar, dan rumpai laut. (semua bahan sudah dihiris/potong). Gaul lagi. Siap untuk dihidangkan.

Monday, February 3, 2014

Orkidku - Beranak di udara

Pokok orkid ni rupanya seakan pokok buluh. Ruas dahannya tumbuh memanjang.
Punya la lama benih orkid ni ada dalam simpanan aku. 20 tahun lebih. Tak pernah habis2. Hidup mati, hidup mati. Tapi bila aku google tak dapat pula nak cari rupa bunganya. Bunganya yang pernah kembang sebelum ni tak ada pulak dalam simpanan aku. Warnanya kuning bercampur ungu. Berbau sedikit wangi.
Masih belum berbunga. Tentu pokoknya masih belum matang.
Anak pokok yang baru selalunya tumbuh pada hujung dahan yang selalunya  mengeluarkan bunga.
Apa lagi yang aku nak  buat kecuali simpan saja la anak2 pokok ni biar ia terus membesar.

Orkidku - Rupa mu pun menjelma..

Akhirnya rupa bunga ni pun muncul lah... Suspen juga nak tengok rupanya sebab  aku beli 6 anak pokok orkid sekali gus pada suatu masa dulu.

Lama juga bunga ini kembang ditangkainya. Spesis ini kelopak bunganya agak tebal dan liat. Cuma saiznya tidaklah sebesar bunga induk yang aku beli kat pasar orkid dahulu. Boleh jadi sebab pokoknya bantut kurang menerima air dan baja. Ia juga lama terdedah di tempat yang terik dengan sinaran cahaya matahari.
Yang mana satu anak pokok yang dah berbunga kat atas tu, aku pun dah tak tahu. Anak2 pokok ini nampak serupa sahaja semuanya.

Orkidku - Orkid februari belum berbunga..

Klik kat sini. Rupanya dah 2 tahun sejak aku membiak orkid ini. Lama dah rupanya. Aku pun tak perasan. Tapi taklah aku beri sepenuh perhatian  pada pokok2 orkid aku ni.
Jadi pokok pun jadilah macam hidup segan mati tak mahu..hu u hu...
Spesis ni sifatnya sangatlah rajin beranak dan membiak..
Kurang air agaknya, ia pun kering kurang bermaya...
Yang itu dah kering, tumbuh pula anak baru kat sini.... hu hu..
pinjam dari google buat pencerahan minda kat sini...

Kenapa cucur menjadi kembung..?

Berbunyi tajuk sangatlah bombastik!
Sebenarnya aku pun taktau macamana orang buat cucur yang lembut dan sedap. Buat jemput2 pisang pun aku fail... 

Campur tolak darab dan bahagi akhirnya pagi tadi aku terfikir nak mencuba satu eksperimen. Gaul masukkan sedikit serbuk Eno kedalam adunan tepung untuk dibuat cucur udang. Lepas digoreng, cucur aku tidak lagi bantat macam selalu. Hu hu. Ia lembut, penyek dan menganjal seperti belon bila ditekan dengan jari. Lepas ni bolehlah aku buat lagi cucur goreng perisa sardin, bilis, jagung dan udang macam yang dijual kat suatu gerai yang sedap tu..