Followers

Wednesday, July 16, 2014

Sambal Pahang aka Sambal hitam

Kat rumah aku selalu ada stok belimbing rebus. Tapi inilah aku baru mula nak belajar buat sambal Pahang atau sabal tumis belimbing hitam. Bagaimana nak rebus belimbing  bolehlah klik kat sini. Kalau nak buat sambal hitam mentah yang ringkas bolehlah klik kat sini.
Kali pertama aku mencuba memasak sambal ini,  rasanya kurang sedap sebab terlebih belimbing. Kali kedua mencuba terlebih pula cili api. Kali ketiga barulah rasanya agak menjadi.
Inilah anggaran kasar bahan2 yang aku gunakan
1/2 cawan belimbing rebus
1/2 cawan cili api
2 cawan ikan bilis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan kicap manis
gula, tambah sedikit garam jika perlu
minyak untuk menumis

Tumis bawang merah bersama bawang putih yang sudah dihiris. Masukkan bahan2 kisar yang terdiri dari cili api, bawang besar, belimbing rebus dan ikan bilis. Masukkan kicap manis.Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

Monday, July 14, 2014

Membuat pola dan menjahit baju kebaya

Salam sejahtera.
Terlanjur aku telah menjahit sehelai baju kebaya baru-baru ni, aku uplodkan gambarnya serba sedikit kat sini. Dulu2 pernah aku cuba menjahit kebarung, tapi sekarang dah lupa bagaimana caranya nak buat kebarung. Jadi pola ringkas baju kebaya ni aku gunakan sebagai panduan untuk menjahit baju kebaya anak perempuan aku.
Membuat pola rajah bahagian hadapan baju
Membuat pola rajah bahagian belakang baju.
lengan baju
Inilah gambar baju kebaya yang sudah siap.