Followers

Monday, November 28, 2011

Sulam renda

Assalamualaikum semua,
Hari ini 21.12.2011. Dah 24 hari.
Aku repair lagi posting pasal sulam renda aku ni. Dah banyak kali aku duk perbaik posting ni. Tu yang gambar dan videonya selalu bertukar2... .

           
  

 



 



Ini adalah sulam renda seni Turkish. Cantik. Teringin nak belajar.
   
Baru nak cuba2 belajar.
Suka sangat tengok gambar2nya, akhirnya aku jumpa juga videonya kat you-tube setelah masuk hari yang ke tiga. Puas aku mengeja perkataan turkish...Aku dah cuba buat dan cari videonya sampai rasa nak demam! Hua hua hua.... Lega rasa hati. Ada masa nanti aku nak cuba buat. Letak dulu buat sementara kat sini kut2 ada sapa2 nak share seni sulaman ini.


Wednesday, November 23, 2011

Sardin bakar





Bahan2
2 ekor ikan sardin
bahan tumbuk(jintan manis, ketumbar, cili api, bawang merah, garam, belacan, asam jawa, serai, kunyit hidup, kelapa mesin.
Perap ikan yang sudah dibelah belakang dengan bahan tumbuk lebih kurang setengah jam atau lebih.

Aku belum pernah lagi terjumpa dengan ikan sardin besar dijual orang kat pasar sebelum ini.. Penjual tu cakap ikan ni bukan senang nak jumpa. 6 atau 7 tahun sekali dia berenang mai ke Malaysia dari lautan sejuk. Sedap dibakar seperti ikan cencaru. Tapi katanya ikan ni lagi sedap dari ikan cencaru. Lepas masak, aku pun rasa ianya lebih sedap dari ikan cencaru.
Penyediaan ikan cencaru bakar, sila klik kat sini.

Tuesday, November 22, 2011

Keriang dan masalah kecacingan

     
Ini gambar buah keriang dot. Rasanya kelat2 siket. Nak makan, lepas bersihkan buahnya gaul dengan sedikit garam halus. Sedap! Ada lain2 keriang lagi kat bawah ni. Yang ni orang panggil keriang dot. Ini betul2 dot. Bukan dot dot dot tu ya? Bukan dot com dot mai. Bukan dot com dot net. Asalnya buah keriang gendut. Nak senang sebut, bunyi kat belakang ja, jadilah keriang dot.   Dengar ceritanya ia lebih  berkhasiat  dari buah acaiberry. Keriang dot dikenali dengan nama maquiberry.


Ini acaiberry. La ni tengah meletop dengan jus minuman MonaVie Acaiberry Malaysia. Boleh menguruskan badan dengan khasiat dari product ini...:) Aku tengok ja. Belum rasa nak minum lagi. 



































  














Ini pokok keriang dot















Aku rasa yang ni pun spesis keriang jugak. Ada yang menyebutnya buah mata itik. Ada yang mengenalinya sebagai keriang pulau. Eh, ada Kampung Keriang Pulau dekat dengan kawasan rumah akulah. Pucuknya dipercayai boleh dibuat ulam. Aku pernah beli buah ni kat pasar malam. Pada aku rasanya tawarkelat. Pokok ni boleh ditanam dalam pasu buat hiasan.


Keriang ni yang aku paling suka. Dari kecik dulu aku suka makan buah ini. Lani tak makan dah mungkin sebab buahnya kecik2 sangat, susuh nak dikutip. Walau rasanya kelat, tapi ia spesial pada aku dan kawan2 aku masa aku kecik dulu. Mungkin sebab pada zaman dulu tak ada banyak makanan serupa dengan la ni. Jadi pagi petang kerja duk makan buah keriang ja. Kalau tak jolok atau kait buahnya guna galah, panjatlah pokoknya untuk dapatkan buah. Lepas makan, lidah habis jadi warna hitam. Tapi tak pernah ada sapa2 kisah pun...
Aku kenal buah ni dengan nama buah keriang saja. Boleh jadi inilah keriang lada. Rasanya ada suara nakal yang menyebutnya sebagai keriang tahi kambing!

Aku nak tulis khasiat daun keriang sebagai penyembuh pada anak2 kecil yang ada masalah kecacingan kat sini. Kalau tak tulis, mungkin lepas ni aku akan terlupa. Anak2 yang kurang selera makan dan selalu muntah boleh jadi ada masalah cacing.

Pilih daun keriang (keriang lada) dalam jumlah yang ganjil. Ramaskan dalam air, masukkan dalam baldi. Bakar sedikit belacan hingga hangus (jangan terlebih belacan ya?). Masukkan belacan hangit itu terus ke dalam baldi yang berisi air daun keriang. Simpan satu malam. Lepas anak dimandikan pagi esoknya dengan air bersih, last sekali, siramkan  dia dengan air rendaman air daun keriang dan belacan tadi. Jangan terkena bahagian kepalanya, nanti ia akan hilang selera makan pula. Lepas siram, jangan dibilas dengan air lagi, terus lapkan sahaja badan anak itu. Pilihlan hari untuk mandikan anak ini selepas 15hb bulan Islam. Jangan amalkan mandi ini di awal bulan.
Gambar2 ni semua aku dapatkannya dari google.

Friday, November 18, 2011

Keremak penawar ruam dan gatal-gatal

Ini gambar bunga dan daun keremak dari jarak dekat.

Tak perasan pula waktu ambik gambar, sekuntum bunganya yang kat atas tu dah layu. Tak pakai cermin mata waktu ambik gambar. Huhuhu.


Aku tak buang pokok2 ni kat tepi longkang rumah aku. Sekali pandang, ia nampak macam rumput liar sahaja.Tapi bagi aku, khasiatnya amat bernilai.



Sewaktu cucu aku berusia dua bulan, dia telah mendapat penyakit kulit yang amat teruk sekali. Mak dia kerja menangis kesian tengok kulit anak dah penuh dengan tompok2 merah. Lambatnya nak baik. Lepas diubatkan, esoknya ia timbul kembali. Banyak tempat dah pi berubat. Petua tradisi sudah. Klinik swasta sudah. Klinik kerajaan sudah. Pakar kulit pun sudah. Ada yang kata kudis buta. Ada yang kata alergik dari haiwan peliharaan.


Kakak kat tempat kerja aku bagi petua lumatkan daun keremak, campur bedak sejuk dan sapukan pada bahagian yang kena ruam. Dia kata dah ramai cucu dia yang dia amalkan guna daun ini sahaja.
Lepas disapukan cucu aku dengan bedak sejuk yang dicampur dengan daun ini, alhamdulillah. Penyakitnya beransur sembuh. Anak aku kata daun nilah yang lebih pakar dari yang pakar untuk kulit anak dia.
Alhamdulillah semuanya adalah dari pertolongnNya jua.

Kerabu pucuk kaduk

Bahan
Seikat pucuk kaduk
2 ekor ikan kembung (direbus)
2 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
1 sudu besar santan
garam, cili merah, belacan, asam jawa dan sedikir air limau nipis.

Larutkan garam, belacan dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik dan santan biar sebati. Campurkan dengan pucuk kaduk yang sudah dihiris dan dicelur (celur sekejap sahaja).
Sebatikan lagi bersama isi ikan rebus,bawang merah hiris, cili merah dan air limau nipis.

Sejak ada blog ni, aku dah makin pandai buat kerabu. He he. Dulu2 nak mengingat apa bahan untuk dicampurkan ke dalam kerabu tu agak susah. Sebab aku pikir ia merenyahkan.
Ada kerabu yang aku buat sebelum ni rasa pelik. Pedaq kata orang Kedah. Rasanya sebab aku dah terlebih masukkan bawang besar. Bila pi cerita kat kawan aku, dia cakap mak dia kata, lepas
hiriskan bawang besar, perah dan basuhlah dulu bawang besar tu sebelum dicampurkan ke dalam kerabu. Nantilah aku praktikkannya untuk my coming soon kerabu.

Sekarang ni dah jadi hobi mengutip pucuk mengkudu dan pucuk kaduk untuk dikerabukan. Yelah. Dah ada pucuk mengkudu dan pucuk kaduk jer yang sangat rajin duk menyulur pucuknya kat depan pintu dapur rumah aku ni. Kalaulah ada pucuk cekur, cekurlah pulak yang akan aku kerabukan agaknya. hehe.

Wednesday, November 16, 2011

dapat baby lagi.... huhu

Assalamualaikum..

Pagi Isnin lepas, aku keluar dari rumah lewat satu jam dari biasa. Aku bantu menguruskan
mama Che Teh melahirkan anak-anaknyanya.
Dua ekor anaknya kat atas tu rupanya dah tak bernyawa lagi. Aku asingkan kedua-duanya supaya ia tak bersama dengan yang masih hidup.



Inilah tempat paling selesa bagi siibu kucing ini melahirkan anak-anaknya. Dibawah rumpun pohon durian. Tempat kering dan selesa yang aku dah siapkan padanya sebelum ini, dia tak berminat. Dia ada citarasanya sendiri.

Aku nampak dia sedang menjilat-jilat anaknya yang bongsu di atas tanah pula. Bila aku nak angkat anaknya letak kat bawah payung ni, rupanya anak kucing tu masih bersambung tali pusatnya dalam perut siibu. Bila aku nampak ibu kucing ni sedang nak melompat naik balik ke atas ni, kenalah aku ampu sekali dengan mak dan anaknya yang masih bersambung dengan badan siibu. Anak lelaki aku cakap, pening dia tengok perangai Cik Teh dia ni.


Cik Teh ni dah lanjut usia. Lama dah dia tak beranak. Anak2 yang dia kandung sebelum2 ni semuanya mati sebelum atau selepas dilahirkan. Tapi kebelakangan ni, anak aku yang lelaki tu belikan dia makanan kucing yang katanya lebih mahal siket dari biasa pada Che Teh 'si buah hatinya' ni.


Hurmm.. Patut pun boss aku letakkan nama aku sebagai salah seorang peserta untuk menghadiri taklimat pada hari tu kat sini. Itu yang membuatkan aku boleh keluar lambat pada pagi tu. Aku park kereta aku kat sini saja. Sebelah kanan ni ialah dewan serbaguna.


Ini sessi taklimat kali kedua lepas rehat dan makan. Depan tu banyak kerusi yang dah kosong. He he. Almaklumlah aku ni termasuk dengan yang lain2 lagi tu adalah terdiri dari pendengar2 yang gigih. Tunggulah sampai habis. Huhu.


Bila balik ke rumah petang tu, aku gantikan alas tempat peraduan depa ni lagi biar lebih selesa. Lepas berkemas, hujun pun turun dengan lebatnya.

Lepas hujan, aku pi siasat lagi. Rupanya lopak tempat peraduan tu menakung air. Tugas aku la tu kena upgred siket lah lagi.

Hari ke tiga. Lihatlah betapa bahagianya wajah si ibu, punya anak-anak tempat bermanja!


Lagi beriman dia ni.... Pagi2 lagi sebelum isi rumah ni bersarapan, dia dah dapat nasi dan ikan rebus. Lepas makan tetap nak masuk bilik tumpang bersembahyang. Kalau terlupa menutup pintu bilik, tak boleh buat apa lagi dah, dia tetap nak duduk tempat sujud. Kalau tak elakkan dia, bersujud atas dia lah jawabnya!




Rupanya dah lebih 4 tahun sejak Cik Teh kami ni beraksi dalam video ni kat youtube. Dulu2 dia ni lah yang selalu dijadikan model untuk kamera atau lain2 bahan ke internet.

Tuesday, November 15, 2011

Lepat liat


Bahan2
2 cawan tepung beras pulut
air gula merah
santan
sedikit garam
2 mangkuk santan (untuk dijadikan tahi minyak)

tahi minyak: masak santan hingga keluar minyak. Tapis minyak dari tahi minyak. Simpan tahi minyak dan minyak secara berasingan. Tahi minyak simpan  dalam bekas kedap udara.

Campurkan tepung pulut, santan, air gula merah dan sedikit garam. Anggaran bancuhannya ? dah hancus. Sebabnya?

Sebenarnya ini dah masuk kali ketiga aku cuba buat kuih lepat liat. Kawan aku cakap, bancuhannya cair, masukkan dalam teko (teko kopi dan teh) tuang masukkan dalam daun pisang yang sudah digulung. (lipat bahagian bawah daun pisang yang digulung tadi sambil menuang bancuhan tepung dari bahagian atas.
Dua kali buat sebelum ni, bancuhan aku sangat cair, bocor lah keluar melalui daun pisang yang carik semasa melipat bahagian bawahnya.

Kata kawan aku tu bancuhan tu macam buat kuih ketayap kot. Dia pun selalu buat dengan mak mertuanya. Mak mertua dia ni dah arwah dah. Biar pekat, tapi masih boleh mengalir semasa menuangnya kata dia lagi.
Eishh... ketayap pun lama dah aku tak buat. Oleh sebab bancuhan aku kali ni lebih pekat, jadi bila aku tuang kedalam gulungan daun pisang, tuang punya tuang, ia tak meleleh keluar ikut muncung teko lah pulak. Ia melimpah keluar pulak melalui mulut atas teko.
Selalulah mengacaunya supaya ia jangan mendap semasa menuang tu. He he banyaklah skillnya yang dipesan pada aku kali ni...
Selepas tiap kali dibalut, eloklah diletakkan terus ke dalam dulang periuk pengukus, kut-kut banyak kali diubah, boleh terbarai pulak balutannya, pesan dia lagi. Selepas itu bolehlah dikukus.


Ini apa ya? Hehe. Aku sendiri pun suspen dan seram dengan gambar ni. Bukan belut nih. Masih kuih lepat liatnya nih. Aku nak tunjukan bahagian tahi minyaknya. Mula2 aku tuang masukkan minyak (supaya ia tak melekat pada daun pisang) kemudian aku tuang bancuhan tepung dan last sekali aku masukkan tahi minyak. Jadi tahi minyak tu cuma ada kat bahagian hujungnya sahajalah. Tapi yang gambar kat atas tu, apasal lak tahi minyak berwarna cerah?

Nak kata rasanya macam dodol, taklah rasa dodol sangat. Rasanya lebih lembut dan nyaman. hehe. Tepung pulut yang aku gunakan kali ni pun aku buat sendiri. Nak menerai lesung yang baru dibeli. Rendam beras pulut semalaman, tumbuk gunakan lesung kayu, ayak untuk mendapatkan tepungnya. Dari satu cawan beras pulut, ia menggebu menjadi dua cawan tepung beras pulut. huhu. Lama dah tak buat kerja2 lagu ni. Last menumbuk tepung ialah sebelum tahun 80an. Confius juga betulkah boleh menjadi tepung dari beras pulut nih? Hehe. Ok sajalah. Sebagai ganti senaman untuk mengeluarkan sedikit peluh.

Gambar2 acara dan teknik tu semua aku tak dapat nak publish kat sini. Masa nak bancuh tepung, mak budak ni dah nak pi kerja. Tak dan nak habis aku melipat lepat2 aku tu, sikenit cucu aku ni dah terjerit-jerit. Tengok tu, air mata dia tu dah duk tergenang tu.

Thursday, November 10, 2011

Sayur ikan temenung berserai

Bahan2
3 ekor ikan kembung (ikan temenung)
1 batang serai diketuk
4 keping buah asam jawa muda(buang biji asam)
2 ulas bawang merah
sedikit garam, ajinomoto dan belacan

Jerangkan semua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih dan sedikit kering airnya. Sebelum angkat masukkan garam dan aji. Gunakan sedikit sahaja belacan.

Ini sayur ikan termasuk dalam menu nostalgia aku lagi. Pernah makan masa kecik2 dulu. Sesekali jika ada bekalan asam jawa muda, selain ianya ditumbuk untuk dicampur dengan sambal belacan aku akan masak menu ini jika ada ikan temenung segar. Bukan ianya ikan yang suka termenung tau. Ikan temenung ialah ikan kembung tau..

Noname- manik lagi...

Salam.
Suatu hari, tergeraklah hati aku nak jahit semula design manik pada jahitan manik aku yang pertama dulu. Tak sedap sangat rasa hati dengan hasil kerastangan pertama yang entah apa-apa tu...huhu.

Habis tu, puashati tak dengan hasil yang ini? Entah. Rasanya "I masih tak berapa nak like lagi..."
Jahitan benang sulaman tangan yang berwarna orange tu belum berseni. Belum mantap lagi.


Rasanya kalaulah aku ni duk kerja jahit sulam secara berterusan barulah aku boleh mahir. Ni sekejap pegang pisau, sekejap pegang cangkul (cangkul chomel sajalah), pegang pencakar sampah dan buat kerja2 lain yang tak berkaitan dengan seni memegang jarum. Tapi jangan tak tau pulak. Bila aku dah mula bermesra2 dengan jarum, benang dan manik, aku terlupa makan dan minum. Ingat nak cepat siap, nak tengok hasilnya.

Friday, November 4, 2011

Orkidku - Si Kuning antara yang merah



Assalamualaikum,
Hari lusa ialah sambutan aidil adha. Aku belum siapkan juadah ketupat atau apa-apa. Beli saja biskut siap tempah. Hari ni pula jaga cucu. Sementara cucu tidur, masukkan sajalah gambar2 orkid yang aku ada. He he.

Lama sebenarnya aku menunggu orkid ni keluarkan tunas bunga. Nampak tunas bunga pun, hati dah cukup seronok. Snap gambar pun terbalik. Yang nak difokus, blur lah pulak! Haha.


Nampak putik bunga bulat2 macam ni pun, lagilah teruja. Mak sedara aku kata orkid dia ni cantik. Cantik? Cantik sangat ka? Masa dia bagi benihnya dulu cuma ada 3 atau 4 helai daun sahaja.


Oohh. Warna kuning rupanya. Aku duk agak dulu cantik macamanalah rupanya. Ha ha. Anak aku pun hairan macamana orkid mak yang merah boleh mak tukar jadi kuning!

Bila kembang beramai2 lagu ni, hati aku pun turut kembang.... :)


Sama naik dengan rumput. Tapi rumput rumpai tu aku tak bela ya. Cuma takda masa nak potong. Time ni dah dekat nak raya. Raya puasa yang lepas. Hu hu.




Kenapa bunga nampak cantik?


Raya haji kali ni bunga2 yang aku duk gah tu dah tak ada. Ada pokok yang alami reput pucuk. Oleh sebab ianya tak akan berbunga dan akan tumbuh tunas baru maka adalah lebih baik aku potong terus dan semaikannya semula.

Maka jadi beginilah. Bertambah lagilah batas orkid aku ni.

Wednesday, November 2, 2011

Orkidku - Dancing Lady



by google
Salam
Baru dalam minggu ni la aku baru tau, nama lain bagi bunga orkid ni ialah dancing lady. Aku baca dari blog seorang peminat orkid. Dia sendiri baca dari majallah, katanya.
Rupanya seakan2 perempuan mexico pakai skirt kembang sedang menari sambil mendepangkan tangannya.
Cerita dia lagi, dia dah tak mau lagi tertipu oleh sebab membeli pokok2 orkid yang amat cantik berbunga. Lepas dua kali mengeluarkan bunga katanya, pokok orkid tadi akan jadi almarhum. Ha ha ha. Tang ni aku bukan nak tergelak lagi dah. Aku dah gelak pun.!
Katanya penjual orkid tak akan bagitau panduan yang tepat bagaimana cara untuk menjaga tanaman orkid. Kalau orkid mati, boleh mai beli yang lain lagi. Ha ha . Yang ni aku yang kata...
by google
Agak2 aku yang ni pun spesis yang sama.
by google
Dah syok sangat, letak lagilah sebagai pembakar semangat. ha ha
Ni dia la aku punya dancing lady. Hehe. Sebenarnya aku tertanam pokok2 ini dengan secara tak sengaja. Dah aku himpun anak2 pokok yang terbiar, aku letak saja dalam pasu2 yang juga kosong tak terisi apa2. Betul, memang mulanya tak ada niat nak membelanya. Aku siram dengan air semata2 sambil lalu. Baja siket2 sangat. Secara acuh tak acuh. Sedar2 dah makin biak pula. Sekali pandang nampak macam daun rumput liar sahaja.

Pada sesiapa yang baru nak mencuba tanaman orkid, eloklah mulakan dari jenis yang ini. Ia lasak dan mudah membiak. Betul seperti kata tuan punya dancing lady yang aku cerita kat atas tadi, belajar membela orkid ni kena educate sendiri2. Aku harap, aku pun tak akan berpaling tadah. Ha ha. Akan teruskan niat aku untuk melihat pokok2 ini mengeluarkan bunga.