Followers

Friday, April 19, 2013

Singgang maman

Aku teringin nak merasa singgang maman lama dah. Hari ni baru hajat tu makbul. Pergghh... Sedap! Kalau di lain kali terjumpa dengan pokok maman dan daging segar, aku akan masak singgang maman lagi. Terima kasih Pak Ngah Hashim Zabidi. Resepinya ada KAT SINI.
Pernah aku dengar orang sebut maman hantu. Itu yang buat aku takut nak cuba masak singgang maman . Setakat yang aku tahu, aku hanya biasa makan maman yang sudah dijerukkan. Kalau tersinggang ke maman hantu, boleh mabuk ke aku? Bila google, aku dapat tahu maman hantu ada kat Seberang Jaya Pulau Pinang! Apa2 lah. Tapi aku yakin yang maman sayur dan maman hantu kedua-duanya boleh dimakan. Daun ketum yang memabukkan tu pun dimakan orang. Hu hu.
Banyak kali aku basuh dan ramas daunnya untuk hilangkan warna hijaunya. Dikatakan maman tidak dimasak segar kerana rasanya yang pahit.

Friday, April 12, 2013

Pucuk labu bersama udang kering

Ini sayur pucuk labu aku beberapa minggu yang lepas. Rasanya sangat sedap. Sedap kat mana ? Entoh ler.. Manis agaknya. Kalo dah nama pun labu manis disebut orang, habis satu keturunan dengan buah dan pucuk2 daunnya sekalipun manis kalau dimasak dan dimakan...  Sebab tu ler aku nak fremkan gambarnya kat sini. .. : ) Cuma ambik gambar ni dah di petang hari. Sayur ni dah agak layu dan kurang bermaya siket.

Sayur pucuk labu aku yang mula2 aku buat dulu pun tak sesedap ini. Yang ni aku buat cara paling mudah. Jerangkan santan bersama bawang dan lain2. Cuma gantikan bilis dengan udang kering. Tambahkan beberapa ulas lada hitam yang ditumbuk halus.

Hari ini aku buat lagi sayur pucuk labu masak lemak putih. Ha ha.
Hujan yang turun buatkan banyak pucuk labu yang dapat aku kutip. Tapi sayang, rasanya sedikit berubah!.
Kenapa ya?

Aku masak gunakan buah kelapa yang dikukur sendiri. Buah kelapa ni dah  berapa minggu ya aku simpan kat rumah? Dah lah buah kelapa ni agak muda. Kulit sabutnya menunjukkan buahnya belum cukup tua. Sipenjual buah kelapa terpaksa jual juga kat aku sebab aku nakkan buah kelapa yang belum dimesin. Ada masa aku nak gunakan santan segar tapi tak ada masa untuk ke pasar di pagi hari.

Buah kelapa tua yang sabutnya berwarna matang dia tak nak jual pula kat aku. Aku tanya pasaipa??
Dia cakap yang tu kelapa mai dari Indonesia. Tak. Yang sebenarnya dia tak cakap buah kelapa. Kami orang Kedah cakap buah nyoq !
Aku tanya ada beza ka nyoq sini dengan nyoq Indonesia? Dia cakap ya.
Pasaipa lak berbeza? Dia cakap nyoq Indon tanam kat tanah gambut. Kalau kak masak, dapat tau la beza dia lagu mana, kata dia lagi.

Sebagai penutupnya aku tak nak la buat kesimpulan salahkan nyoq ke atau salahkan santan ke yang menyebabkan sayur pucuk labu aku tu kurang menyengat. Aku salahkan diri aku ajer lah. Mudah kan? .... Salahnya sebab aku belum cukup skill dalam bidang masakan... Hu hu hu.....  

Thursday, April 4, 2013

Mi kacang merah

Ini kesan dari menonton filem Korea. Kadang2 ada menyebut betapa sedapnya mee kacang merah. Tapi yang sebenarnya aku tak ingat betul samada dalam filem Korea, Cina atau Jepun yang dah aku tonton. Bukan bermakna aku sanjung filem luar tapi dah banyak kali cuba aku pupuk dan bajakan, sayangnya minat aku belum jatuh lagi kat kebanyakan wayang tempatan. Bukan selalu, hanya melayan iseng masa. hehe   

Mmm... sedap mee kacang merah yang cuba aku buat pada pertamakali. Cuma ada sedikit rasa macam aku dah terlajak masukkan ketchup ke dalamnya. Ketchup? Emm... sos cili tu kot.
Ini dia link Spicy Red Bean Soup yang aku gunakan sebagai panduan. Jangan tiru bulat2  dah lah! Ha Ha...