Followers

Saturday, November 30, 2013

Mengait melalui buku

Hari tu nasib aku baik. Terlebih lebih baik. Elok punya godek. Aku tejumpa dengan apa yang sedang aku cari selama ini. Masih lagi ada yang sudi rupanya berkongsi ilmu melalui ruang maya ini. Terima kasih tak terhingga yang dapat aku luahkan di sini.
Inilah hasil yang aku maksudkan. Untuk cucu perempuan aku yang nombor dua. Pada aku comel sangatlah rupanya. Hu hu hu.
 http://www.duitang.com/people/mblog/56006351/detail/?next=63487696

Harap tidaklah menjadi satu kesalahan aku share ilmu yang bermenfaat tu kat sini. Pada aku lagi mudah mengait ikut rajah seperti di atas. Nak terang apa simbolnya kat sini aku pun tak pandai. Tapi pada yang sudah biasa mengait, tentu dapat memahaminya. Bilangan kaitannya tepat  sebab aku boleh mengiranya balik berapa kalipun sampai lebam!

Friday, November 15, 2013

Nasi lemak yang sangat nostalgia

Aku kurang berminat sangat dengan nasi lemak. Selera aku lebih tertarik pada ikan goreng, ulam dan sambal belacan. Tapi ada satu versi nasi lemak yang  boleh buat aku teringat akan keunikan rasanya sampai kehari ini. Yang pernah aku makan berpuluh tahun dahulu. Aku sangat rindu...
Ini nasi lemak yang aku cuba buat untuk nak cuba dapatkan balik kenangan silam yang aku duk terkenang-kenangkan tu.
Mak cik yang berjual nasi tu pun dah tak berniaga lagi kat tempat lamanya tu. Lokasinya dulu ialah di hadapan Pusat Kesihatan Besar Karak. Zaman tu nasi lemak biasa dijual orang berharga 30 sen. Tapi nasi lemak spesel ni sebungkus harganya 50 sen. Kenapalah agaknya nasi lemak ini dikerumuni orang ramai?
Inilah dia beras yang anak menantu aku beli kat Padang Besar. Apa yang tertulis kat karung beras ni sepatah habuk pun aku tak faham. Cuma beras ni rasanya macam pulut sikit. Inilah bahan utama yang membezakan rasa nasi lemak yang menjadi igauan aku tu. Hu hu hu.

Aku dapatkan resepi cara membuat sambal nasi lemak ni dari kakak angkat aku yang berjiran dengan makcik yang berniaga nasi lemak. Jadi ini adalah resepi anggaran kasar  aku sahaja. Yang aku ingat dia pesan gunakan lebih bawang besar. Bahannya pun sangat ringkas. Tapi ikan bilis yang digunakan hendaklah menggunakan ikan bilis gred yang terbaik. Kemanisan rasa sambalnya akan tercetus hanya dengan kesepaduan rasa ikan bilis terbaik bersama bawang besar.!

Bahan2
Semangkuk ikan bilis-separuh digoreng separuh lagi blender bersama cili kering.
3 labu bawang besar bersaiz besar-separuh blender separuh lagi dimayang.
bawang putih~untuk menumis
15 biji cili kering
garam, gula, air asam jawa, sedikit aji.
kacang tanah goreng, telur rebus dan ulam timun.

1. Blender cili kering. Masukkan bawang besar, blender lagi hingga hancur. Masukkan ikan bilis tapi jangan blender terlalu hancur.
2.Goreng ikan bilis setengah bahagian. (Dimakan bersama kacang tanah goreng dan ulam timun)
3.Tumis bawang putih. Masukkan bawang besar yang dimayang. Masukkan cili kering yang dikisar. Masukkan garam, air asam jawa, gula dan aji. Masak dengan  api sederhana sehingga kuah sambalnya betul2 masak.   

Thursday, November 14, 2013

Nak belajar buat dadih..?

14 cawan air
7 gram agar2 kering
3 cawan susu tepung Fernleaf
1  cawan gula pasir (boleh tambah atau kurang ikut selera)
Pes koko, jagung, strawberi. (jika suka)

1. Bahagikan 14 cawan air kepada 2 bahagian. (Anggaran kasar).
2. Satu bahagian air digunakan untuk masak agar2 hingga larut. Bila larut, masukkan gula. Tutupkan api.
3. Satu bahagian air lagi digunakan untuk membancuh susu. Kemudian jerangkan susu yang dibancuh tadi hingga mendidih. Tutupkan api.
4. Campurkan kedua2 bancuhan susu dan agar2. Kemudian tapis.
5. Jika ingin mencampurkan sebarang perisa, bolehlah dibancuh lain2 perisa yang disukai ke dalam bekas yang berasingan dan bekukannya ke dalam bekas2 kecil.

Miang Kham @ Kaduk sirih pinang

Minggu lepas aku cuba lagi buat kaduk sirih pinang. Sebelum ini aku pernah buat post pasal miang kham sejenis kudapan dari negara Thai KAT SINI.

Ada dua cara yang aku cuba.
1. ~Cili hijau, bawang, halia, serai, kicap, gula nipah dan belacan diblender ~ jadikan kuah.
    ~Udang kering dan kacang tanah (digoreng tanpa minyak), kelapa potong dimasukkan ke dalam kelonsong daun kaduk.

2. ~Kacang tanah, udang kering, limau nipis, kelapa potong, halia, bawang dan cili api ~ masukkan dalam kelonsong daun kaduk
    ~ Siramkan sos gula merah ke atas bahan2 dalam kelonsong daun kaduk.
ehsan google
Aku pinjam gambar kaduk sirih pinang ni dari En Google. Hari yang aku santap mende ni aku tak ada mood nak bergambar bagai. Sedap ke? Ouhh mau ke tak sedap??. Tak dapat nak aku bayangkan macamanalah rasanya. Ada rasa lemak, pedas, pedar, masam, manis...berbagai rasa.. pendek kata tak tahulah nak cakap... waktu tengah mengunyah tu macam rasa nak bercakap Siam pun ada...

Friday, November 1, 2013

Mana nak dapat ikan merah asin?


Lama dah aku  mencari ikan merah yang diasinkan. Berpuluh tahun dulu aku  pernah makannya masa duk kat pantai timur. Ingat lagi isinya sedap, peroi dan gebu. Bila aku pergi lagi ke Kuantan dan cari kat kedai2 menjual ikan masin, tak pula terjumpa.
Tudia. Hari ini aku cuba menjemur ikan merah untuk dijadikan ikan asin. Secure gila proses aku menjemurnya! Manakan tidak. Sengaja aku fokus bagi nampak cik Lat yang datang bakal nak bubuh cik Nga. Jika lalat berjaya mencecahkan telurnya (kemudian menjadi berenga) pada ikan yang sedang ku jemur, nahas lah jadinya..!

Macamana cara nak buat ikan masin? Aku ni cuma teringat petuanya dari cakapan mulut seorang rakan lama. Katanya dia selalu buat gunakan ikan temenung/kembung. Tentunya ikan yang masih segar.. Katanya dia keringkan ikan macam ni :.
Mula2 belah belakang ikan. Keluarkan perut ikan dan mana2 darah beku yang boleh dibuang. Ikan ini tak perlu dibersihkan. Taburkan dan perapnya dengan garam kasar. (Aku perap dua malam). Selepas itu barulah ikan itu dibersihkan secukupnya sebelum ia dijemur untuk dikeringkan.

Apa hal aku sibuk sangat nak buat ikan masin ni? Beli ja, banyak dijual kat kedai. Aku ni cuba  mencari kot2 ada kelainan lah. Ikan masin biasa tu dibuat dari ikan gelama.

Nindia kat bawah ni aku tunjukkan gambar ikan merah yang aku duk idam tu. Kalaulah pembuatan ikan kering aku yang ni sedap dan menjadi, aku nak cuba buat lagi gunakan ikan ni pulak..
ehsan google