Followers

Monday, September 26, 2016

tin - suka duka semai cutting

Terkejut juga aku bila nampak daun2 tin hijau yang terhasil ni selepas penutup cup polisterin ni dibuka. Tak sangka lah pulak. Umur tunas daun ni adalah hampir sebulan usianya. 
Ini semua terhasil sebab aku dah terlupa langsung pada empat keratan batang pokok tin yang kusemai tempohari. Keempat empat keratan ini pendek. Setiap satu keratan  hanya ada satu node sahaja.
Ini adalah percubaan menggunakan keratan tin dari pokok semai biji. Kelebihannya keratan ini ialah ia dari ranting yang segar. Kebarangkalian untuk hidup lebih tinggi.

Salah satu kesilapan yang sering ku buat sebelum ini ialah melangggar petua menyemai keratan batang pokok tin.
Dah tahu dah petua utama ialah biarkan keratan batang yang disemai jangan dijenguk2 diskodeng atau diintai selagi belum cukup tempoh masa semai lebih dari dua minggu. Selama tu lah tak perlu disiram. 
Pantang larang jangan sekali kali disanggah. Sifat ingin tahu yang kuat itu kadang2 boleh membunuh! hi hi hi..
Dah dapat hasil yang agak memberansangkan seperti gambar di atas, lepas tu nak buat apa pulak??

Aku dah pernah cuba semai cutting tin sebelum ini. Beberapa kali cubaan dari benih tut yang dibeli... Semuanya fail. Memang dah putus harap dah. 
Selepas 10 hari ini pula hasilnya.. keh keh keh...
Rasanya silap utama aku ialah cepat sangat dedahkannya kepada udara luar menyebabkan ia terkena renjatan. Gambar2 daun yang menghijau di atas sebab ia berada tertutup di dalam cawan polisterin tanpa terdedah kepada udara panas diluar. Aku buka terus penutup polisterin begitu saja secara mengejut. Ia sepatutnya didedahkan kepada udara panas diluar secara perlahan-lahan.

Proses ini dipanggil hardening. Apa yang sepatutnya dibuat selepas ini ialah spray dengan air bila nampak ia kering. Jangan siram air dulu sebab akar yang terendam boleh menyebabkannya reput. Nampak gaya macam ia dah mula dapat sesuaikan diri untuk terus tumbuh tunas yang baru. Yang nampak hujung2 pucuknya sahaja tu sebab aku dah topup tanah supaya akarnya mudah dan cepat keluar.
Tudiaa...
Betul kan, selepas tiga minggu, daun2 hijau segar dah mula tumbuh kembali..

tanam orkid menuntut kesabaran..

Daun orkid yang nampak makin segar ni buat aku semangat balik.
Ada masanya tanam orkid ni buat aku bosan bila selalu nampak pertumbuhannya tak ada sebarang peningkatan.
Semangat mai balik lepas aku tukar trend guna air dari basuhan ikan sebagai siraman setiap kali lepas siang ikan. Tapis dulu dari segala sisa pepejal sebelum digunakan. 
Resepi ini terlintas difikiran selepas terkenangkan seorang jiran kampong aku guna kaedah ni dan orkidnya kelihatan subur, gemuk dan rajin berbunga.
Sabut kelapa tu pula aku letak sebab benar bagai dikata orkid memerlukan suhu sekitar 60 ke 80 C untuk pertumbuhan yang sihat.

khabar buah dari biji tin kering...

i
Hari hari aku renung buah hasil dari semaian biji buah tin kering ini.
Sambil baca penerangan dan segala komen bagai dari otai2 penanam pokok fig yang sudah banyak pengalaman dalam dunia fig....
Dah boleh faham siket2 kenapa bunga dari pokok tin semai biji ini tidak akan bloom di bumi Malaysia menjadi bunga mekar yang sedap disantap. Aku nak terang kat sini pun tak pandai. Buah tin yang manis berjuicy tu ialah bunga di dalam bunga. Bunga yang disebut buah.
Jadi pohon tin semai biji yang sudah berbuah itu ku jadikan bahan eksperimen...
Ini jugalah pertamakali aku cuba buat tut dan ia betul2 menjadi.
Tut empat tingkat ko... Haaahambik ko...
Tiga  tut yang kat bawah tu masih tak nampak dengan jelas akarnya cuma yang paling atas bekas berhampairan pucuk yang berbuah tu sudah kelihatan berakar...

updated 18 oktober 2016
Ini gambar akar yang tumbuh dari hasil tut 4 tingkat yang aku buat.
Media dalam bekas dadih aku ketuk keluarkan sebab nak tengok sebanyak mana akar yang tumbuh.
Yeaay..! dah berjaya. Aku gunakan sabut kelapa bercampur sedikit tanah kompos sebagai media tut. 

Tuesday, September 13, 2016

Buah lokchan - akhirnya ku temui...


Alhamdulillah... akhirnya ku temui..
Sejak aku reti menggogel agaknya lebih kurang dalam lingkungan 17 tahun yang lalu aku sering mencari buah lok chan. Disetiap kali tu jua aku tetap hampa. Merana ja yang belum lagi. Google sampai "habeh meyta.." bak kata orang Kedah. 
Keratan akhbar Berita Harian ni buat aku terpegun. Kiranya pokok lokcan belum lagi pupus dari muka bumi ini..!
Nak jadi rezeki seperti kata dek tuan pokok ni sekarang buah lokcan sedang menjadi. Pokok asalnya yang lagi satu katanya kadang2 ja menjadi buahnya. Ini buah yang gugur dari pokoknya. Kata tuannya tatkala pokok sedang rancak berbuah, berterabur ja buahnya kat bawah pokok macam permaidani tak da sapa nak makan. Budak2 pun tak heran. Aku sorang ja yang mabuk buah lokchan. he he he.
Hari ni aku jamu mata kalian dengan hidangan buah lokchan ja noh..! Ini betul2 world punya cerita..! Say 'yes'. Ini betul2 lokchan. Bukan juga buah berembang seperti yang didakwa serupa dengan yang kat Aceh tu. 
Bila terhidu ja baunya buat pertamakali aku teringat baunya sibuah lokchan yang pernah aku makan bertahun yang silam. Wangi baunya. Aku suka baunya yang wangi. Seakan bau buah betik masak ranum pun ada, macam bau mangga ranum pun ada. Rasanya tersangatlah manis. Tapi kat hujungnya ada pulak rasa macam kelat2 siket jika tergigit lapisan kulit bahagian dalamnya. Ini sebab aku tak kupas kulit luarnya cuma kopek kulit dan makan begitu saja. Sekarang ruang dapur rumah aku ni pun dah semerbak terbau wangi sibuah lokchan.

Ini gambar buah lokchan dan biji benihnya. Orang2 dari kampung ini semuanya mendakwa pokok lokchan tak akan tumbuh di tempat lain kecuali di bumi Kampong Siputeh sahaja. 
Tuan rumah juga bagitau pokok ni berbuah tanpa musim. Ia berbuah ja sepanjang tahun.
Ini daun pokok lokchan.
Zoom dekat siket..
Ini simpang depan jalan nak masuk ke kampong Siputeh. Kampong Siputeh Padang Sera, Jitra Kedah. Macamana nak datang sini?
Ok makngah nak bagitau na. Lalu ikut lebuhraya dari Alor Setar ke Bukit Kayu Hitam. Padang Sera letaknya antara exit Malau dan Changlon. Petua yang mana satu simpang nak menghala ke Padang Sera tu ada RTC Napoh. Belok masuk kiri sebelum mini RTC. Di hujung penghabisan jalan ialah pekan kecil Padang Sera. Belok kanan dan tak jauh dari situ terjumpalah simpang seperti di bawah ini.
Dah masuk ke dalam simpang jalan ni dah tak da masalah lagi. Tanya ja kat sesapa yang terserempak kat tepi jalan. Tanya je makam Puteri Lindungan Bulan semua depa tau. Pokok lokchan asal yang tertua dan dah berusia beratus tahun tu ada kat makam Puteri Lindungan Bulan. Ohya nak mudah lagi depa sini semua sebut makam tu sebagai "Tok Keramat". Depa semua ramah2 mesra belaka. Nanti depa akan bagitau.