Followers

Monday, July 23, 2012

Pandan berkhasiat untuk lemah saraf dan membuang angin dalam badan

Ini gambar daun pandan. Dikatakan daun pandan kecil lebih wangi aromanya dari jenis pandan yang berdaun lebih lebar.

Aku terpanggil untuk bercerita pasal pokok pandan sebab jiran bukan melayu sebelah rumah aku tu suka sangat dengan pokok pandan. Banyak depa tanam pokok pandan kat tepi rumah. Ayahnya yang tanam. Sesekali aku tengok rajin orang tua tu menyiram pokok pandannya. Anak lelakinyanya pun siram pokok pandan juga. Pokok lain tak ada pula. He he. Pokok2 lain tak ada la sangat pun.Tak kanlah nak disiramnya pokok pelam yang dah tinggi menjulang tu kot...

Sebenarnya yang rajin  mengutip daun2 pandan tu ialah menantu perempuannya. Dia ni lah yang rajin duk berkempen kat aku. Tak tau berapa kali dah. Dia kata masak daun pandan dan airnya digunakan untuk dibuat minuman seharian. Seluruh isi rumah dia dah tak mau minum  air masak yang tak ada pewangi daun pandan!. Masak air untuk minum letak  daun  pandan. Masak nasi biasa hari2 pun letak daun  pandan. Oh, aku fikir ini idea bagus juga. Aku pun mulalah menanam berbaris anak pokok pandan kat rumah aku.

Antara khasiat pandan yang aku temui  ialah untuk membuang angin dalam  badan, lemah saraf, mengurangkan gelisah, melebatkan rambut dan masalah kelemumur. Pada aku panduan untuk berapa helai daun pandan, merebus, tapis airnya dan lain2 langkah lagi tu merumitkan aku untuk mengingatnya. Jadi untuk nak yang mudah rebus aja untuk dibuat air minum dan letaknya dalam periuk semasa bertanak nasi. 

Aku teringat daun pandan ialah antara ramuan yang direbus bersama daun lengkuas, daun capa, daun inai, daun mengkudu, daun kunyit terus, daun serai wangi dan daun @ akar pisang kelat(?). Air rebusan  ini digunakan untuk mandian ibu2 yang baru bersalin sekurang2nya diamalkan selama seminggu di awal berpantang. Antara khasiatnya ialah untuk haruman dan mengembalikan kesegaran tubuh badan. Tapi ada jiran aku tu cakap air pandan ni bagus juga untuk urinary system. Nak terang panjang2 pun aku tau dia kurang fasih berbahasa melayu. Aku senyum aja. Agaknya dah minum banyak2 pewangi pandan, bahan buangan air kecil pun bertapis lah jua bau haringnya kot...:-))

Wednesday, July 11, 2012

Candy dari DD - bukan sekadar nama

Assalamualaikum
Hajat aku nak merasa candy homemade sudah tercapai. Aku dapatkannya DARI SINI. Sedapp. Hurmm...


Kalau hasil tangan dari kerja-kerja seni membungkus macam ni, memang aku kagum. Aku sendiri kureng rajin dengan kerja-kerja halus macam ni. Heh heh. Banyak tu kena mampatkan, potong, dan bungkusnya dengan berhati-hati. Pembalut itu nipis dan mudah koyak kan..

Terima kasih cek. Kalau tak kerana Cek, sampai bila2 pun mak ngah tak dapat merasa makan candy kelapa ini. Sedap sesangat.
Akhir sekali selamat maju jaya untuk cek makngah ucapkan. Macaroon dulu pun sangat sedap!
Senyum senyumlah selalu cek. Senyum tanda kekuatan diri... Sabarlah wahai hati.... :)

Ini kueh  bunga pudak. Pada aku ada kaitan antara kuih bunga pudak dengan candy kelapa. Pada selera aku ni lah. Rasa candy kelapa yang aku makan kat atas nun ada iras2 rasa kuih bunga pudak. Pada sesapa yang belum pernah merasa kuih bunga pudak, bolehlah order candy ni dan nikmatilah rasanya. Cerita aku pasal kuih bunga pudak ada kat sini.

Tapi yang kurang enaknya kuih  bunga pudak yang aku baru beli dari Pekan Rabu Alor Setar baru2 ni dah tak sama rasanya macam yang aku pernah makan waktu aku beli diketika dulu2 yakni tatkala ia masih dipasarkan kat Pasar Besar Alor Setar. Rupa dan saiznya pun tak sama. Rasanya lebih kering mungkin sengaja dibuat begitu supaya ia dapat disimpan lama. Ha ha. Cerewet gila aku ni kann.. Dan aku dapat tahu mak cik otai yang pakar buat kueh ni yang duk kat Keriang Pulau tu selalunya hanya menerima tempahan untuk kenduri kahwin sahaja !
Jadi berbaloilah aku dapat makan candy kelapa dari Seremban ni sebab ia lembap dan ada rasa sari kelapa. Aku ni selera kampung. Kecik2 dulu kuih nilah yang aku capai dulu jika dijamu orang pada hari raya. Perut aku time tu belum kebal dan aku selalu alah pada biskut dan kek yang mengandungi lemak seperti margerin  atau planta.
Cerita pasal kuih bunga pudak dan Mak Teh Melah. Aku dah pun bertanya pada dia tentang kuih yang aku selalu makan kat rumah dia time raya kecik2 dulu. Tahu apa dia cakap? Dia cakap tak tau.! Adehh. Terkedu aku dibuatnya. Beria2 aku bercerita kat rumah dia selalu ada kuih iras kuih bunga pudak tu dengan warna hijau lembut dan warna pink! Dia cakap 'tak tau' lagi.. Ha ha. Akhirnya dia kata. Tak tau laa. Kot2 ada sapa2 mai  bagi kui (kuih) tu kat rumah  dia kottt...