Followers

Saturday, June 30, 2012

Menanam pokok epal


He he. Macam lawak lah pulak entri aku pada kali ini. Dah kian pupus stail masak memasak, aku main belasah cacamarba ajalah kat blog aku ni. Alang kepalang dah lama aku tak update blog aku ni kann...He he.. But this is a true story. Aku nak buat pengkisahan pengalaman aku menanam pokok epal.


Ini gambar pokok epal yang aku semai. Ia sedang membesar. Umur berapa aku tak ingat. Tapi agak lama juga nak dapatkan saiz yang macam ni. Biar aja. Aku siram ia sambil2 aku menyiram pokok2 aku yang lainlain lagi... Tak adalah aku nak letak harapan yang tinggi tinggi. What will be it will be...
Sila abaikan background tuan punya betis dan paha yang putih gebu kat belakang tu ya? He hee..

 by google
Lebih kurang 19 tahun yang silam aku pernah tanam pokok epal. Rupa pokoknya lebih kurang sama macam pokok dalam gambar di atas inilah. Tapi rantingnya tak lah selebat ini. Mungkin pokok mulberi dalam gambar ini selalu dipangkas sebab tulah ia jadi merimbun ranting dan daunnya.

Pokok epal aku yang silam tu tingginya dah mencapai lebih kurang sama dengan bumbung rumah aku. Rumah setingkat ajer lah. He he.
Rupanya ada orang yang boleh kenal pokok yang aku bela itu ialah pokok epal. Pada kiraan aku tentulah depa ni semua yang bertanya tu dah pernah keluar negara dan melihat sendiri rupanya pokok epal tu.
Rumah  aku boleh dikatakan berada agak dilaluan utama orang yang lalu lalang. Tertinjau tinjau depa tu mendongak tengok pokok epal aku tu. Tapi bila ada orang yang bertanya, aku  buat buat bodoh aja. Bila depa tanya pokok epal ka ni? Aku jawap tak tau. Pokok apa tak tau. Ha ha ha.

Tapi la ni pokok tu dah tak ada lagi. Agaknya oleh mood aku yang hilang, aku dah tak peduli lagi dengan pokok epal aku tu. Tempat tumbuhnya tu dulu la ni dah diganti dengan binaan simen tangki septik! Tapi yang aku ingat sebelum pokok tu mati ia dah pun mula mengeluarkan beberapa kuntum bunga yang berwarna keputihan. Aku nampak dari bawah pokoknya saja lah.


Ni lah gambar anak pokok epal aku yang kat atas tu masa ia kecik kecik dulu. Saja saja aku semai benihnya tatkala aku terserempak dengan biji epal yang sudah mula kelihatan mula bercambah semasa ia masih berada di dalam  buah yang sedang aku makan.


Saturday, June 23, 2012

Manik berangkai

Assalamualaikum..!
Kali ni entri aku  ni nak tunjukkan hasil manik yang dah lama aku siapkan. Nak siapkannya pun dah satu pasal, ambik masa yang agak lama juga.... (senyum..)
Ini hanyalah ulangan dari hasil kerja aku pada entri yang kat sini. Tapi yang ni aku lekatkan kat lengan baju kurung.
Satu helai lagi. Baju ni warna cerah. Manik pun siver.

Ginilah sebenarnya rupa rangkaian manik yang aku buat tu. Lepas siap buat manik berangkai ni, barulah aku lekatkannya kat lengan baju.

Monday, June 11, 2012

Cara2 mengukus beras pulut


 Cara-cara mengukus pulut dengan betul.

Sebenarnya tak adalah betul atau tak betul tekniknya. Hu hu. Cuma inilah cara yang telah aku lakukan..

Rendam beras pulut susu anggaran 1 jam
Sejatkan air dari beras. Masukkan beras pulut ke dalam kukusan yang sudah mendidih air kukusannnya
Bila beras pulut sudah masak/lembut, keluarkan beras pulut dari kukusannya dan masukkan ke dalam bekas yang berisi santan pekat yang sudah dicampur dengan sedikit garam.
Kukus semula beras pulut yang sudah bergaul dengan santan.
Santan yang dimasukkan anggarannya agak2 menutupi keseluruhan sukatan pulut.

Oleh sebab aku gunakaan pewarna biru bunga telang, aku rendamkan beras pulut aku ni separuh dengan pewarna biru dan separuh lagi aku rendamkannya dengan air biasa tanpa pewarna.
Bila pulut sudah masak, sebelum angkat dari api, akhir sekali baru aku gaulkan kedua-duanya untuk mencampurkan pulut biru dan yang tak berwarna.
Bukannya apa. Adalah  mungkin selepas 3 atau 4 bulan kemudian, aku sendiri pun terlupa teknik nak masak pulut yang aku buat ni. He he.

Sebenarnya kali ni oleh sebab nak cepat aku rendamkan beras pulut ini dalam masa lebihkurang 15 minit saja. Rendam dalam air panas yang aku gunakan untuk merendam bunga telang supaya keluar air birunya. (Ambil airnya sahaja selepas menapis hampas dari bunga telang.)

Nak tengok periuk kukus yang aku gunakan? Boleh lah klik kat sini.
Nak dapatkan beras pulut susu murah? Bolehlah kalau rasa nak shopping2 kat Wang Kelian.
Istimewanya beras pulut susu ni sebab ia mudah dimasak dan rasanya lembut.
Yang ada kesan titik2 hitam pada gambar pulut aku tu sebab aku gunakan santan yang dikukur kelapanya.. Jadi ada la kesan2 hampas bekas tempurung kelapanya..
 Beras pulut biasa saiz butir berasnya lebih kecil sedikit dan ia mungkin bercampur dengan beras jawi. Beras jawi tu apa? Aku pun tak tau. Tapi beras rumi tak pernah pula aku dengar disebut orang!. Beras jawi tu rasanya ialah beras yang kita gunakan untuk memasak nasi tu.

Tadi aku tanya sorang kawan aku. Macam ni ke caranya nak masak pulut untuk dibuat pulut udang atau pulut panggang. Pulut yang dibalut dengan daun pisang, dibakar dan di dalamnya ada sambal/serunding udang tu. Dia cakap ya. Macam tu lah. Cuma ada sesetengah orang suka pulut udang yang agak garing, krup-krap siket bila memakannya, jadi masa kukus pulut tu tak lah depa masak pulut tu bagi terlampau lembut, nanti pulut udangnya pun jadi lembut, kurang garinglah pulak bila dibakar!

* Pada sesiapa yang berminat nak tahu satu cerita penglipur lara lama mengenai kukus pulut bolehlah KLIK KAT SINI.

Friday, June 8, 2012

Pulut lemak, kaya dan bunga telang

Assalamualaikum.
Ada ke sesapa yang dah pernah tengok bunga telang yang cantik macam  ni? Aku ni barula 1st time tengok bunga ni. Sabar menunggu dan akhirnya aku dapat tengok ia muncul dari kudupnya yang pertama. Cantik. Ada iras2 macam bunga ros. Bunga ros biru. !!
Sorang jiran kaum cina dekat rumah aku pernah berjanji dengan aku nak beri benih pokok ni kat aku. Aku semainya dari benih buah kacangnya. Seronoknya rasa macam aku sorang saja yang miliki versi bunga cantik ini. He he he....


Pokoknya yang masih kecil belum menjalar.

Bunga telang yang aku miliki sebelum ini...

Tak ada sesapa pun yang rajin ambik peduli dengan pokok kacang telang kat rumah aku ni kecuali jiran kaum cina tu sorang saja. Dia cakap cina ada buat kui (kuih) dengan bunga ini. Aku tanya kuih apa. Dia cakap itu kui makan dengan kaya. Oh, pulut sekaya kah? Dia cakap bukan. Letak siket warna dia kat kui tu, makan dengan kaya. Ohh..  Pulut tu bahagian bawah dia semua warna biru lah?? Aku buat kesimpulannya.. 

Akhirnya dia masuk dalam rumah dia dan bawa keluar bagi aku tengok apadia kui yang dia maksudkan tu..Oohh.. haha. Rupanya sepotong pulut lemak yang direnjis dengan pewarna biru bertompok2. Nak makannya kena cicah dengan sekaya lah... Aku nampak sepotong kecik aja. Itu pun dia cakap harganya RM 1 sepotong!

                                                                     by google
Wahh...  aku pun dah tersilap letak gambar kat sini. Yang kiri tu kuih talam. Yang kanan warna hijau tu lah pulut sekaya. Orang Terenganu panggil ni kuih tok aji serban. Tok aji serbang...  

Dipendekkan cerita aku pun buatlah pulut kukus letak santan dan pati bunga telang macam yang jiran aku cakap tu. Sedap. Ringkas dan mudah dari nak buat pulut sekaya atau puluit serimuka tu. Pulut sekaya juga kan.. Rasa dia pun ada iras2 serimuka ja.. Nak makan pulut ni dengan durian pun boleh juga...

Tapi tak puas dengan sekaya, aku sebenarnya lebih suka makan pulut ni cicah dengan serunding. Susah payah aku belikan udang dan buat serunding petang semalam..
Motif  memakan kandungan yang berwarna biru pada bunga telang tu sebab nak elakkan insomnia kut...

Sunday, June 3, 2012

Akhirnya ku temui : Quran voice word by word

by google
Assalamualaikum semua..
Aku nak ceritakan sesuatu yang melapangkan hati aku pada minggu ini. Dah aku temui satu panduan yang membolehkan aku belajar membaca dan menyebut ayat dan surah di dalam al quran dengan betul.


 by gogle
Inilah antara perkakas yang disertakan bersekali dengan senaskah al quran. Juga ada talking dictionary.

by google
by google

by gogle

Boleh digunakan dan dibawa kemana mana dan bila bila masa sahaja. Hanya letakkan pen scan pronaunces Quran  ini pada mana2 surah atau ayat pada text di Holy Quran Book yang diberi.
Bacaannya boleh dilaraskan samada nak bacaan yang laju atau pun slow. 
Boleh pilih jika kita ingin bersekali dengan terjemahan ayat al quran. 
Ada 16 orang qari yang boleh dipilih dan disediakan dengan 18 bahasa2 di dunia ini. Tentu saya pilih Melayu untuk terjemahannya iaitu.... Bahasa Malaysia.