Followers

Saturday, August 29, 2015

Apa petua menanam pokok sirih?

 Seingat aku, sampai tak ingat dah berapa kali dah sebelum ini aku cuba menanam pokok sirih. Tak ada siapa bagi aku panduan betul cara nak tanam pokok sirih. Jumpa pokok sirih aku cuba ambil rantingnya samaada yang tua atau yang berakar nak cuba tanam. Tapi banyak kali yang tidak menjadi.
 
Beginilah rupanya contoh keratan sirih yang pucuk daunnya masih belum kembang aku cuba semai dan ia menjadi. Panduan umum yang aku dapat dari bacaan sebelum ini tidak banyak membantu.
 
                                                  Sekarang dah dapat sepohon anak pokok sirih. Ada yang berminat nak tanam juga. :)                            
                                                  Yang ni bukan anak pokok sirih. Masih spesis nak sama kan? Ini keratan pucuk pokok lada hitam. Sengaja nak mencuba sebab dah terjeromoih dengan pokok lada hitam. Sebati dah, memang selalu rasa nak mencuba. Dah kerja seharian pun berkaitan bidang eksperimen..

Asam pedas orang dulu-dulu..

k                                         Cucu aku ralit tengok aku memproses anak- anak ikan puyu ini bermula dari ia masih hidup sehingga ia berubah menjadi lauk asam pedas. Resepinya ringkas sahaja.                                                                            Bahan-bahannya hanya terdiri dari cabai kering, bawang merah, sedikit belacan dan sedikit beras. Basuh sedikit beras dan tumbuk..siket saja.. Petua dari sorang nenek. Nenek ialah orang tua dari kampung aku.            .
Anak aku cakap mak ni  semuanya "orang dulu-dulu..." Dah memang lah aku ni orang dulu-dulu...                    Rasanya? Ok. Sedap. Sesuai dengan selera aku. Asam pedas ikan puyu campur biji cempedak.
   
                                                  Ikan puyu paling sedap ialah goreng garam kunyit garing-garing... :) Sedap asam pedas ketika menghirup kuahnya..
      

Friday, August 7, 2015

Ingin cari panduan menjahit...?

Sila layari facebook "Dunia Jahitan dan Buku Jahitan". InsyaAllah akan anda temui harapan dan impian anda hampir tercapai di sana...