Followers

Thursday, February 28, 2013

Kamal kadai (4)

Assalamualaikum
Sulaman indian embroidery aku bagi kali yang ke4. Dah puas aku menyulam. Orang lain dah berjumpa dengan keseronokan baru seperti bertwitt dan berinstagram. Aku masih lagi tekun dengan kerja2 menenun dan menyulam! Haih apasal lah aku pi beli kain banyak2 pada hari tu...
Niat aku bukan nak tayang baju. Jubah sebenar aku bukan colour macam ni pun! Kuningnya tak sama macam dalam gambar ni. Niat aku ialah nak tunjukkan hasil sulaman kamal kadai yang sedang aku popularkan kat blog aku ni saja. hu hu hu. Adakah sesiapa yang berminat?
Malas dah aku nak pebetui.... Dah sudah berseterika, tapi masih lagi berkedut. Lantak lah!

Monday, February 25, 2013

Bengkang susu yang mudah dan sedap

Assalamualaikum...
Lama aku tak update blog. Ada yang kata aku dah tak masak lagi dah sekarang ni. Susah juga rupanya nak dapatkan mood untuk menulis.
Dulu pernah aku terbaca sorang mamat mendakwa yang dia dah tak perlu berkahwin. Berblog dah cukup mengklimaxkan hidup dia. Aku tunggu dan lihat kebenarannya. Akhirnya dia pun tewas. Sekarang dia pun sudah menyepi dari menulis. Tapi tak tahulah pulak kalau dia dah buka blog baru tanpa pengetahuan aku!
~~Mukaddimah tercetus tanpa sengaja..~~

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
7 cawan susu tepung yang sudah dibancuh/susu cair
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam

Semua bahan2 di atas digaul semua dan ditapis.
Letak atas dapur masak dengan api perlahan, kacau hingga ia naik wap.
Masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan bakar selama 1 1/2 jam.
Ini gambar sengaja aku nak upload sebab tak ada gambar bengkang hiasan yang cantik2 nak aku letak kat sini.:) Sengaja aku nak letakkan gambar timbuk teloq yang orang dulu2  suka guna untuk buat kuih baulu. Entah suka pula aku tengok peralatan antik yang orang dah tak gunakan sekarang ni. Tapi yang ni saiz kecil saja lah. Aku gunakan untuk sebatikan bancuhan bengkang aku tu.

Tak sangka resepi kuih bengkang ini sedap pada selera aku. Aku cuba membuatnya setengah adunan sahaja. Telur ayam tak dapat nak aku bahagikan setengah, jadi aku gunakan 2 biji telur ayam.
Ia lembut dan manisnya sedang2 sahaja.Tak jemu dimakan sebab ia tak menggunakan banyak lemak samada santan atau pun marjerin.
Aku tambahkan 2 sudu margerin kedalam adunannya dan lenserkan margerin pada periuk bengkang supaya  ia tidak melekat dan mudah dipotong.
Tambahkan bijan di bahagian atas. Bila bengkang hampir masak, bijan atau lenga menghasilkan bau yang harum.

Mungkin ada yang pelik melihat gambar cara aku bakar kuih bengkang. Ini adalah rentetan dari cerita periuk bengkang pada post aku sebelum ini. Kawan aku dah bagitau aku macamana cara nak gunakan kepingan bulat untuk proses membakar menggunakan periuk bengkang ini. Kata dia jika diletakkan ke atas macam yang aku buat tu ia adalah untuk menggaringkan kuih yang dibakar pada bahagian atas. Untuk mencepatkan masak kuih bahagian bawah, letakkannya di bahagian bawah, bahagian periuk yang berlubang di bahagian tengah. Suka aku nak mencuba eksperimen ini sebab menggunakan periuk ini hanya masakkan terus di atas dapur gas sahaja, tidak perlu membakar menggunakan oven .

** 7 cawan susu tepung = Larutkan tepung susu sehingga menjadi 7 cawan. (Jika mencampurkan tepung susu bersama 7 cawan air, sukatannya akan berubah menjadi lebih cair.)

Saturday, February 2, 2013

Ubikayu rebus cicah kelapa dan lotus stem


Assalamualaikum
Pagi semalam aku pergi ke pasar besar dengan tujuan semata2 nak dapatkan ubi kayu. Kalau ada akar teratai, aku nak juga cuba memasaknya sebab belum pernah makan sebelum ini.

Dah puas mencari, tak ada pulak akar teratai dijual orang. Kalau tak terasa nak beli, aku perasan banyak pula ianya dijual orang. Aku nampak dua gerai sahaja yang menjualnya. Yang satu gerai tu kontot2 dan kering ada dua tiga potong sahaja.

Dah dibawa balik akar teratai ke rumah, semasa memotongnya aku tak yakin dengan pesan dari nyonya yang menjual sayur ini. Kata dia kalau nak digoreng tak perlulah direbus dahulu, ia akan lembik sebab ia mengandungi banyak kanji serupa kentang. 

Inilah akibatnya bila digoreng selepas direbus dahulu. Ia jadi lembik terkelepek. Semasa masih mentah aku rasa sayur ini keras macam, macam apa ya, batang pisang? batang pisang aku tak pernah rasa, batang keladi? Batang keladi sapa nak berani rasa. Kot2 gatal cek oi...

Sudah yang digoreng tak ada apa rasa, aku pun mencubalah resepi ini. Lotus Stem Fry. Tapi aku ubahsuai sedikit dari resepinya yang asal. Cuma aku gorengkan sedikit cili kering, ketumbar biji, jintan manis, kunyit dan jintan putih. Rempah2 ini aku tumbuk menjadi halus. Tambahkan ikan bilis goreng. Semasa memasaknya anak aku cakap baunya semerbak mewangi penuh satu rumah rasa nak makan macam sedap sangat.
Tapi pada aku masih tak menjadi lagi masakan akar teratai aku ni.
Aku gorengkan ubi kayu rebus pula. Kata kawan aku lagi sedap ubi kayu rebus digoreng daripada menggoreng ubi kayu mentah begitu sahaja. Betul. Memang sedap rasanya ubi kayu rebus yang digoreng!

Akhirnya aku tambahkan air dan masukkan udang kedalam masakan teratai goreng aku tu. Masak semula sehingga ianya mendidih. Emmm. Sedap. Selulosa dari stem ni ada rasa rangup bila digigit. Manis ja rasanya. Betullah. Akar teratai ini paling sesuai dimasak sup. Macam yang selalu dimakan oleh kaum cina. Dikatakan teratai ini sesuai dimakan untuk menurunkan suhu panas badan. 
Last sekali baru aku nak ceritakan pasal ubi kayu rebus cicah dengan kelapa dan gula merah. Dengan ubi kayu rebus ni aku taklah akrab sangat. Kecik2 dulu aku tak berminat sangat nak memakannya. Terliur pasal ada yang menayangnya kat facebook baru2 ni. Lepas makan, aku asyik ulang makannya lagi. Dapat pula kelapa parut yang agak muda dari pasar. Emmm enak sangat-sangat. Cuma aku terlupa nak beli kopi untuk buatkan kopi pekat. Buruk mengidam jugak aku ni. Hu hu.

Sira labu

Assalamualaikum
Aku mula kenal sira labu masa duduk kat Pahang. Sekali dengan sira pisang nangka. Sebelum itu aku tak biasa dengan istilah sira. Bubur aku tau la. Pengat tu pun serupa dengan bubur la kut. Pengat atau bubur tu ialah bila labu, pisang atau nangka dimasak tenggelam dalam kuah santan.
Sira yang aku tau ialah keringkan air gula macam yang digaulkan pada kuih donat.

Sudah dua kali kebelakangan ini aku cuba buat sira labu. Kali ni pun sama. Tak sedap. Dulu2 pernah aku dengar orang Pahang cakap labu yang sedap ialah labu yang lehet. Dari Kamus Dewan aku dapati lehet tu ialah melekat. (spt ayer gula dll)
Lagi satu labunya tak nak lah yang ganyut. Rupanya ganyut tu sebaris ertinya dengan ganyar. Maksudnya tidak lunak (walaupun direbus), basau, engkah2, ganyut.

Jadi sebagai kesimpulannya di sini ya puan-puan, jika anda masakkan labu dan masakan itu rasa tak sedap,   tak perlulah salahkan diri puan2 ya? Salahkanlah benih daripada spesis labu itu sendiri. Labu yang sedap ialah dari jenis yang isinya empuk dan gebu rasanya bila dimasak.     

Nak masak labu yang simple boleh lah cuba DI SINI. Labu masak kicap.
Nak cuba masak sira pun simple aja. Sama macam nak buat bubur. Labu, santan, gula merah dan sedikit garam. Cuma kurangkan kuantiti santan dan masak sehingga larutan gula menjadi sedikit pekat.
Oleh sebab labu aku ni yang tak lehet tetapi ganyut ni, jadi aku tak la sira gulanya sehingga menjadi pekat. Isi labunya aku abaikan dan makan gula siranya sahaja.  
                                                                   by google
Apa istimewanya sira labu pada peminat2nya? Aku pun baru tau tentang keenakan sira labu. Sira labu yang sedap ialah yang dimasak menggunakan gula kabung. Nak tau gula kabung, inilah pokoknya. Dikenali juga sebagai pokok enau. Buah enau yang selalu dimakan bersama dengan ais kacang atau lincikang. Susah payah juga nak memproses bahan2 yang datangnya dari hutan rimba ni.
by google
Ini dia gula kabung. Dimasak dari air nira pokok kabung. Kakak ipar biras aku cakap, sebuku gula ni pun kalau tak silap aku dah RM9. Itu yang buat dia pun dah tak berapa nak minat nak mengacau dodol disetiap kali menyambut hari raya tu...