Followers

Saturday, December 19, 2015

rumpai laut boleh mengawal kencing?

La ni rumpai laut orang dah lupa. Suatu waktu dulu ramai orang nak amalkan memakan rumpai laut yang banyak mengandungi kolagen. Pemakanan pun ikut berubah mengikut peredaran zaman pilih mana yang lebih popular..
Aku pergi tanya rumpai laut kat kedai ubat cina yang aku pernah beli darinya suatu waktu dulu. Tauke tu tengah sibuk. Boleh dia tanya aku balek, ".. benda apa tu, yang orang buat laici kang ka,,?" Ada ka patut.. O ooh.. sekarang dah tak jual lagi, dia cakap.
Pergi tanya satu kedai lagi. Puas pulak lamanya masa dia ambil untuk selongkar mencari sebab tak berapa biasa dengan rumpai laut. Agaknya dah lama orang tak beli rumpai laut.

Itu pasalla aku saja cuba bertanya kat kedai India yang jual periuk tanah tu ada tak dia jual rumpai laut.  Kedai India tak ada jual rumpai laut. Tapi tauke perempuannya yang ramah tamah tu lah yang bagitau aku. Dia cakap ada orang yang bagitau dia rumpai laut bagus untuk orang yang tak boleh kawal kencing.

Gambar rumpai laut kat atas tu adalah saiz sebenar bezanya antara yang kering dan yang sudah kembang. Aku rendam ia lebih kurang 6 jam. Elok rendam guna air yang bertapis. 
Cadang mulanya nak buat cicah sedap dimakan dengan budu. Tapi biasanya aku selalu makan begitu saja dibuat ulam bersama nasi... 

Friday, December 18, 2015

Menyemai tut pokok tin Improve Brown Turkey

Ini hari pertama aku menerima benih tut pokok tin variti Improve Brown Turkey. Variti ini dikatakan sesuai untuk newbies yang baru hendak mula menjinakkan diri untuk mencuba menanam pokok tin.
Aku mulanya paling tergoda melihat kesuburan variati ini di ladang milik madam Young Yang di Perak. Ia dijaga rapi di bawah RPH dan sistem tanam terus di atas tanah.
Dari dua helai daun ia sudah membiak sehingga setakat ini. Lagi empat hari akan masuk usia dua bulan..
Dengan izin Allah jua yang berkuasa menghidupkan. Pokok tin aku ni terus menerus membiak mengeluarkan pucuk baru sejak ia mula dipindahkan dari pasu kecil kedalam polybeg pada hari pertama ia di tanam.
Aku mula mencurahkan sedikit baja yang dibancuh nipis bila ia sudah mengeluarkan 4 ke 5 helai daun. Satu sudu baja tinja ayam dicampur dengan 1.5 liter air di dalam botol meneral.
Anak panah di atas adalah bahagian tepi polybey yang dilubangkan untuk siraman baja. Sekarang ini aku tambah baja tinja ayam menjadi 4 ke 5 sudu di larutkan dalam 1.5 liter air takungan. ( Air paip yang disimpan lama untuk menghindarkan klorin...
Tidak mudah jugalah pada peringkat awal aku mengelola pokok ini. Pada awal bulan lalu hujan kerap turun. Aku gunakan plastik untuk lindunginya dari air hujan yang banyak mencurah. Ada ketikanya bersama pokok dengan aku sekali terhoyong hayang kerana saling berpindah mencari tempat antara teduhan dan kawasan yang ada cahaya matahari.
Pokok pisang dan pokok betik ini pun turut menjadi mangsa. Mangsa keadaan. 
Aku jadikan pokok2 ini bahan ujikaji awal jika ingin mencuba baja yang akan digunakan pada pokok tin. 
Setakat ini belum lagi menggunakan baja kimia pada pokok tin.
Anak pokok betik ini sedang mengeluarkan pucuk baru.  Tapi yang ini sebab dipatahkan pucuknya oleh cucu aku yang berumur 2 tahun. Budak2 pun nak ambil bahagian juga dalam ilmu berkebun. Hinggakan cucu aku yang berumur 5 tahun pun dah perasan. Hairan dia agaknya. Dia tanya kenapa pokok tok tumbuh dalam plastik..?
Yang ini memang betul2 dah jadi mangsa. Nilah akibatnya terlebih makan baja. Dalam masih berhati-hati pun aku masih terlajak sukatan. Pucuknya yang sudah hangus aku potong mudah2 boleh diselamatkan lagi jika ia tumbuh tunas baru...

menyemai keratan ranting mulberi

Kenapa aku tanam pokok mulberi?
Patut la selama ni aku nampak orang suka sangat tanam pokok mulberi...
Orang lain dah lama tanam, makan dan dah dapat pun khasiat dari pohon pokok mulberi. Aku baru kebelakangan ni teringat nak mula semai rantingnya. 

Itu pun selepas aku dengan tak sengaja terbaca artikel mengenai khasiat penuh sepohon pokok mulberi. Buah, daun , akar dan rantingnya semua berkhasiat untuk kesihatan. Ingat lagi zaman sekolah dulu belagar geografi, antara ulat sutera dan daun mulberi tak dapat dipisahkan...
Nak letakkan senarai khasiatnya kat sini yang aku google banyaklah sangat. Jenuh nak membacanya. Setakat ni aku terbaca khasiatnya yang berjumlah 14 jenis tu..
Nampaknya aku dah terpotong ranting mulberi yang sihat. Tak ingat dah berapa hari, tapi rasanya ranting pokok mulberi ni sangat mudah nak bercambah tunasnya...
Sedar tak sedar ia terus berbunga dan terus berputik nak jadi buah. Aku niat nak mula menjaganya. Dengar cerita pucuk daun mulberi boleh dibuat ulam dan dibuat masak sayur lemak. Aku pernah rasa buahnya agak masam, agak daunnya pun masam juga kot..

lagi menyemai biji benih epal...

Kanapa aku rajin sangat mencuba menyemai biji benih pokok epal?
Aku pun tak tau...
Sengaja suka-suka try kot.. Lepas makan buahnya, aku masukkan s
aja bijinya ke dalam bekas dadih yang beralas dengan tisu lempab. Nak tumbuh, tumbuhlah kau, kalau idak, biar ajer... Buah epalnya ialah epal hijau yang sedikit masam, lebih sesuai untuk dimakan colek atau dibuat kerabu epal...

Pernah juga aku simpan biji benih bertisu lempab itu ke dalam peti ais, lepas 8 ke 9 hari, ia pun bercambah. Tapi anak2 pokok tu dah mati mungkin sebab selepas dikeluarkan dari peti ais aku letakkannya di tepi tingkap. Tingkap tu pulak mengadap cahaya matahari petang, mereka pun tak sanggup sebab terkena kejutan hawa panas kot..
Kali ni aku simpan anak benih yang baru bercambah di dalam bilik air.... Itu pun dapat idea tiru dari seorang rakan group "Jom belajar cantuman dan pembiakan tumbuhan" dari laman facebook...

Thursday, December 17, 2015

newbies menyemai tut tin Black Jack

Beginilah rupanya dua variti  tut pokok tin yang pertama aku bawa balik ke rumah. Yang kiri IBT, yang kanan Black Jack. Dua-duanya nampak kurang bermaya siket mungkin sebab lepas alami perjalanan menaiki kenderaan yang ajak jauh.. 
Tak apa, semangat aku tetap membara sebab sudah pun berjaya mendapat benih anak pokok tin yang menjadi idaman hati... 😍
Fokus aku pada entri ini ialah tin variti Black Jack yang sebelah kanan tu..
Pada petang hari yang sama aku pindahkan kedua-dua anak tut pokok tin ke dalam polybeg. Biar ia cuba membesar dalam media yang agak poros. Bahan yang aku gunakan ialah tanah hitam dan pasir kasar.
Lepas 9 hari ditanam terus dalam polybeg, aku nampak sedikit perubahan.  Daunnya mula menghijau. Perubahan lain tak ada... Lalu aku pun mulakan langkah pertama.
Aku ambil keputusan memotong 4 tunas dari 5 tunas yang sedia ada pada ranting tersebut. 4 tunas muda dan masih segar itu aku cucuk terus masuk ke dalam bekas seperti gambar di atas. Tinggal satu  mata tunas terkuntang kanting...
Sebab apa aku buat begitu? Ini idea aku sendiri ... konon2 nya jika banyak ranting pada pikir aku pokok yang baru disemai masih belum cukup energi nak push keseluruhan ranting2 nya untuk terus membesar... Betul ke..?   ....entah...
Banyak sangat membaca pun timbul masalah juga. Banyak sangat aku dapat ilham dari laman maya mengenai kaedah pertumbuhan pokok. Ada masa aku pun jadi celaru...
Itu lah...
6 hari lepas potong 4 sucker tu, aku pun bertindak lagi...
Sanggup lagi aku bongkar balik ranting yang dah aku tanam. Ini semua penyakit was-was punya pasal... Rasa bimbang kalau2 ranting yang ku tanam diserang kulat ke...
Aku cuci balik ranting dengan air paip. Celup dalam bancuhan malathion dan sapu sedikit air bawang merah pada bahagian untuk pertumbuhan akarnya.
Proses ini aku buat sebab kali pertama menanamnya dulu aku tak bersihkan akarnya juga tak sertakan sekali dengan anti kulat..
Lepas tu tanam balik. Kali ni buat kaedah bunjut. Letak bunjut tu dalam jug bertutup. Hari-hari asyik buka tutup jug plastik nak tengok daun dah tumbuh besar mana dah...
Kaedah bunjut dan peram dalam bekas bertutup memang amat berkesan. Tunas cepat bercambah. Macam kaedah green house kot..
Kat kawasan tempat kerja aku banyak pula aku terjumpa dengan pokok ara liar. Sebelum2 ni tak ade hal jer bila terserempak dengan pokok ara liar. Lani bila nampak ara liar timbul pulak niat nak jadikan ia pokok tumpang untuk dicantumkan dengan spesis dari negara luar.
Maka ku ambil anaknya dan balik tanam kat rumah. Amboih.. sejak bila pula siput berkenan dengan pucuk ara liar. Anak ara liar sebelah kanan tu dah tinggal tunggul. Aku biar aja. Tapi pada akhirnya kedua2 anak pokok ara liar aku ni dah habis kena makan dengan siput di malam hari..

Patutlah masa kecik2 dulu selalu aku nampak arwah tok aku gunakan daun ara liar sebagai makanan tambahan utama sewaktu ibu lembu atau kambingnya yang baru lepas beranak. Daun ara ialah makanan ibu2 ini lepas bersalin... tentunya ia berkhasiat sebagai penyembuh..
Pertumbuhan daun pada ranting asal yang dibunjut kian bertambah. Ditambah lagi dengan satu ranting daun yang baru. Hati rasa makin lega. 
Tapi pada masa ni 4 sucker yang ditanam terus dalam pasu dulu tinggal 2 sahaja. Yang dua lagi kering dan layu. Agaknya sebab aku cuba buat bunjut kecil pada pucuk kecil yang masih muda. Letak pula bukan di tempat teduhan. Ia panas melecuh ditimpa wap air yang menitis balik agaknya. Kaedah bunjut dikatakan lebih sesuai pada ranting yang sudah ada akar.
Sejak rajin baca komen kat ruangan group Tin Oh Tin aku banyak belajar istilah baru. Banyak dapat ilmu. Mula belajar dan praktikkan istilah sungkupan. Kalo orang Kedah perkataan yang sinonim dengannya boleh jadi serkupan kot.. haha belajar serkop anak pokok untuk kekalkan kelembapan. Semai pokok iklim khatulistiwa tak terfikir pun bab suhu dan kelembapan. Ini pokok temperate kot..

Maka hari2 aku jengok pokok tin. Bila daunnya nampak segah dan subur hijau berpeluh, aku cuba buka sungkupan untuk cuba biasakannya dengan cahaya matahari. Lepas buka nampak ia layu aku sungkupkan balik. Begitulah. Sehinggalah tiba2 aku nampak rantingnya yang berdaun baru tumbuh tu macam nak tanggal. Bila ku sentuh dengan jari, ia pun lekang jatuh dari rantingnya..
Tinggal satu lagi ranting berdaun.. Rasanya ia sudah 20 hari berada dalam plastik bunjut. Aku pindahkan ia tanam balik masuk ke dalam polybeg. Nak elak dari ganggu akar, aku kelar2 saja plastik bunjut biar luas ruangan supaya akarnya boleh menjalar keluar seperti pernah aku amalkan pada  anak2 tumbuhan lain yang pernah ku buat sebelum ini.
Anehnya makin lama daunnya bukan makin segar malah nampak ia kian mengering...
Paling aku ngeri tentulah permainan kulat atau akar yang mereput akibat terlebih siraman air. Fobia kut sebab kejadian ini pernah berlaku pada anak pokok epal aku yang sudah pun stabil dan sangat besar. Akhirnya aku bongkar media sekali lagi...
oohhh... patutlah.. Selama ini sudah hampir 2 bulan sejak dibeli tak ada pun sebarang pertumbuhan akarnya di dalam tanah. Yang bercambah hanya daun sahaja. Kiranya tak ada kekuatanlah selama ini. Ada daun tak ada akar tak ada makna nya lah...
Ranting yang tertanggal sendiri dan ranting terakhir yang ku potong ku simpan di atas sabut kelapa begini sajalah dulu dari dibuang sahaja...
Langkah seterusnya buat bunjut balik lah... Apa boleh buat lagi. Aku gunakan media sekam bakar yang bercampur dengan sabut kelapa. Aku agak2 sahaja sebab bahan ni aku dapatnya dari kampung. Abang aku kata ia bahan yang telah digunakan untuk projek tanaman cili di bawah rumah perlindungan  hujan.
Esoknya aku tukar balik dengan media sabut kelapa. Alahaiiii.... Sebabnya aku nampak media sekam bakar tu dipenuhi air. Malamnya hujan turun. Campuran air hujan aku nampak tersejat dibahagian bawah walaupun aku dah banyak lubangkan plastik bunjut tu.
Sebagai penutup entri ni aku postkan gambar ini. Ini adalah 2 sucker yang masih hidup yang aku potong dari 4 sucker selepas 9 hari aku tanam induknya ke dalam polybeg. Sulur muda ini aku cucuk terus aja ke dalam pasu. Aku guna bekas plastik dadih sebagai sungkupan.
Mudah2an harap anak2 pokok tin ini terus aktif membesar seperti yang aku sedang nampak pada hari ini...

lagi cerita periuk tanah

Aku pun hairan. Sejak akhir2 ni minat sungguh aku dengan periuk tanah. Pergi shopping baru2 ni kat bangunan utama Idaman Suri Langkawi pun aku tak cukup terpikat dengan periuk belanga moden kat sana. Suatu ketika dulu demam periuk tanah dah pernah melanda aku kat sini.

Bila masak nasi dalam jumlah yang kecil aku gunakan periuk tanah. Nasi yang dimasak guna periuk ni keraknya tidak melekat kuat seperti yang berlaku pada periuk logam.
Nasinya juga lambat basi kerana tiada wap air yang melekat pada tudung periuk. Ini kerana sifat tanah liat yang menyerap semua wap air diseluruh ruang dalam periuk agaknya...
Jalan-jalan kat kedai lama di Jalan Langgar Alor Setar, aku masuk ke kedai India. Beli sebiji lagi periuk tanah yang lebih besar. Bentuk dan saiznya seakan yang digunakan oleh arwah tok aku kat kampung dulu. Zaman tu masih mengggunakan kayu api.
Maka tuan kedai yang perempuan tu bercerita mengenai periuk tanah jualannya. Dia kata ramai orang sekarang mai beli periuk tanah kat dia. Orang cina pun ramai.
Dia cakap periuk yang ada saduran warna hitam kat atas ni balik rumah terus boleh digunakan. Jika yang tak ada saduran hitam tu, ia kena direndam tenggelam semua dahulu entah berapa malam (tak ingat) sebelum boleh digunakan.
Selepas direndam, mau digoreng hampas kelapa pula supaya ia jadi lebih berminyak. Tapi kedua-dua jenis periuk tanah hendaklah dipujuk dulu perlahan-lahan dengan menggunakan api yang kecil. Bersesuaian dengan cara lama semasa tahap pemanasan menggunakan kayu api...

Patutlah tatkala lama dulu sewaktu menggunakan periuk tanah biasa, bila aku simpan air kedalam periuk tanah, esoknya ada air yang tembus keluar di bahagian bawah permukaan periuk tanah...
Akhir sekali dia beritahu aku masakan utama nak guna periuk tanah ialah kena masak kari...

Saturday, November 7, 2015

Cempa telur

Siapa pernah tengok bunga cempaka telur? Orang kampung aku sebutnya dengan nama 'cempa telog'. Teringat aku suatu masa dulu sorang kawan aku pernah tegur aku, "... orang Kedah ni sebut perkataan selalu tak habis..". Maksud dia kenapa sebut "chempa" tapi tak sebut "cempaka". Soalan dia tu aku pun tak leh nak jawab. Dah lagu tu cek oii...
Ini gampar bunga cempaka putih. Orang Kedah kata bunga cempa. Aku pernah tanam pokok ini. Pokoknya besar tinggi macam pokok durian. Tapi lani pokok tu dah tak ada lagi kat rumah aku. Kurang berbaloi aku fikir, lebih baik aku tanam pokok rambutan buahnya boleh dimakan. Tapi sampai hari ni tak ada pun pokok rambutan kat rumah aku...
Yang ni cempaka kuning. Pokok dan bunganya aku pernah tengok tapi dah tak minat menanamnya lagi sejak aku buang pokok cempa putih tempohari.
Aku lani tengah berminat dengan pokok cempa teluq. Minat pada cempa telog ni dah termeteri dalam hati aku sejak lama dah. Lama sangat dah duk dengar nama cempa telog disebut orang kampong aku dulu2 nih. Dengar bunyi macam hebat sangat. Itu yang aku terbeli juga pokok ini semasa aku menghadiri suatu ekspo kat tempat aku tiga bulan yang lepas.
Selepas tiga bulan aku masih mengawasinya secara berhati-hati. Baru nampak pucuk baru mulai tumbuh. Daun yang lama dibuang untuk mencepatkan tumbuhnya tunas baru. Mudah2an cempa telor aku ni subur dan mengeluarkan bunganya..

Peringkat awal menanam pokok tin

Minat aku bermula dengan 50-50. Lama kelamaan aku ikut terjerumus. Terjebak dan tergoda. Apalagi selepas selalu sangat membaca komen dan gelagat warga tinohtin kat fb.
Mulanya aku nak dapatkan sejenis atau sepohon saja pokok tin sebagai percubaan. Tapi oleh sebab buyer tu jual package aku pun dapatkan dua anak tut dari dua  varieti. Dua pokok sebagai percubaan aku fikir lebih baik memandangkan kebarangkaliannya untuk hidup..
Pada hari yang sama aku pindahkan anak pokok tut ke dalam polybeg. 
Kenapa ada gambar meow2 kat sini?
Yang 3 ekor tu bolehlah juga nak dikatakan sebagai haiwan makhluk perosak. Tengoklah gelagat mereka bertiga. Ada2 aja karenah mereka.... Pokok2 aku kurang selamat jika tak dikurung...
Ini medium yang aku guna masuk ke dalam polybeg. Mungkin pasir 3 : tanah hitam 1. Campuran ini sudah lama tersimpan di dalam pasu untuk menanam pokok.
Keratan anggur ni pun baru saja disemai. Aku gunakan medium lebih kurang serupa dengan yang aku semai tut pokok tin. Tunas anak anggur ni dah hampir layu tapi segar kembali selepas kena siram air hujan. Lani tengah musim hujan.

Ini variti Black Jack. Nampak macam makin segar dari hari mula ia datang.


Yang ini Improve Brown Turkey. Selepas satu minggu ada nampak pertambahan bilangan daunnya. Sudah nampak perkembangan positif. Harap2 pokok2 aku ni sihat boleh membesar dan seterusnya menghasilkan buah yang besar dan manis....

Friday, October 30, 2015

Orkid ku - bunga kembang hati pun riang


Bunga orkid yang ku tanam sedang mekar berkembang. 
Seronok punya pasal aku muatnaik gambarnya kat sini. Pokok2 ini membesar dari anak pokok yang kecil semasa aku membelinya.

Ini gambar anak2 pokok tadi semasa ia baru ditanam. Agaknya dah lebih 4 tahun kot... Aku dah tak ingat..
Ini gambar semasa proses ia mula berputik.

Ini aku beli lagi 6 anak pokok yang baru. Ada orang lebih suka beli yang dah siap berbunga. Aku lebih suka berdamping dengan anak pokok yang masih kecil. Dari kecil mudah aku nak kenal dan belajar mengenai sifat dan keperluan bagaimana anak pokok boleh membesar dan berbunga.

Anak pokok yang baru dibeli mulai membiak secara perlahan2. Pekerja kat gerai menjual anak pokok tu cakap jangan bagi spesis ni terkena air hujan.
Tapi aku tak punya sistem pelindung air hujan. Jadi aku gantung jer pokok2 ni kat luar rumah. Aku yakin pada cahaya matahari dan air hujan yang dianugerahkan secara semulajadi oleh Allah Taala.. 

Sunday, October 25, 2015

INGIN JADI PUJANGGA - A SAMAD ISMAIL


Buku ini tebal. Bila aku habis membacanya, aku rasa aku sudah masuk dan telah berada di era zaman  tahun 40an hingga ke tahun 90an. Pada pendapat peribadi aku, seolah Pak Samad telah menulis kembali antara catatan kenangan kehidupan beliau. 
Pak Samad adalah salah seorang antara penulis dan sasterawan yang menjadi idola aku sejak aku mula kenal cerpen dan novel. 

Di bawah ini aku muatkan sedikit keratan dari empat cerpen yang aku pilih dari kumpulan cerpen tersebut:

1. "Cina Angkat Najis di Rumah Saya".
Mastika. Oktober, 1953.
Ini adalah kisah besar. Bukan cerita rekaan, bukan cerita hayalan. Bila membacanya terasa seperti suatu perbuatan atau pekerjaan yang tidak terfikir oleh kita pada zaman yang serba cangih ini.


2. "Kau mesti sunat, kata bapa".
Mastura, 1967.
Cerpen ini menceritakan keakraban dan cara pergaulan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang hampir menuju gerbang dewasa. Betapa jauhnya perbezaan mentaliti remaja zaman dahulu dan sekarang ini....

3. "Ahli Bahasa".
Temasha Tinta, 1967.
Pada pengamatan aku, kalau aku tak silap ada banyak cerpen dalam kumpulan cerpen ini bercerita mengenai kenangan pengalaman penulis semasa beliau bekerja di  syarikat penerbitan surat khabar. Cuma penulis  meletakkan nama yang berbeza. Antaranya ialah cerpen bertajuk "Ahli Bahasa", Peloncoan dan Edisi Pagi. Alangkah sukarnya mencari berita, menulis dan bekerja di syarikat percetakan pada zaman beliau dahulu. Ermm.. betapa mudahnya menyebar dan mensensasikan cerita dan berita di zaman "klik" di hujung jari kini...
Maka aku pun cubalah menggogel mencari mesin cetak yang pernah digunakan pada zaman sebelum perang dan selepas zaman Jepun... Banyak dapat gambar tapi entahlah yang mana satu..

Agak2 ini kut huruf cetak yang di susun dalam dulang panas untuk membentuk perkataan sebelum dicetak di atas kertas untuk menjadi surat khabar..



4. Peloncoan.
Dewan Sastera, 1989.

 

5. Rumah Kedai Di Jalan Seladang.
Dewan Sastera, September 1988.
Rumah kedai di jalan Seladang menceritakan kesusahan dan keperitan hidup manusia mencari rezeki di zaman perang. Setiap zaman ada cabarannya yang tersendiri...