Followers

Wednesday, October 23, 2013

Sebab2 kek tidak menjadi

by google
Salam sejahtera...
Alhamdulillah. Rajin pulak kebelakangan ini aku nak buat entry. Cerita pasal kek pulak tu. Macamlah aku ni pakar buat kek. Aku terjumpa dengan panduan buat kek ini dari buku simpanan resepi aku. Dari mana aku kutip petua ni pun dah tak ingat. Ok lah. Mudah2an boleh juga ia dijadikan panduan untuk diri aku sendiri dan juga untuk kegunaan anak cucu aku dikemudian hari kelak. .

1. KEK YANG BANTAT
a)   Lemak dan gula tidak diputar secukupnya.
b)  Telur tidak dipukul dengan secukupnya.
c)  Telurnya dimasuk terlalu cepat menyebabkan adunan itu mendidih.
d)  Tidak cukup baking powder.
e)  Haba ketuhar terlalu lemah, carbon dioksida di dalam kek itu tidak kembang secukupnya sebelum kek itu  masak.

2. KEK YANG LEKUK DI TENGAH2.
a) Lemak, gula dan telur terlampau lama dipukul.
b)  Terlalu banyak baking powder, cecair atau gula.
c)  Kek itu dialeh dalam ketuhar sebelum ia cukup masak.
d)  Pintu ketuhar ditutup dengan kuat.
e)  Kek itu tidak cukup masak.

3.KEK YANG MEREKAH DAN MEMUNJUT DI TENGAHNYA.
a)  Terlalu banyak baking powder digunakan.
b)  Adunannya terlalu keras dan konsistansinya tidak betul.
c)  Haba ketuhar terlalu panas semasa kek dimasukkan ke dalamnya.
d)  Kek diletak di tingkat yang tinggi benar dalam ketuhar.

4.KEK YANG BERJALUR
a)  Keliling mangkuk adunan dan senduk kayu yang digunakan tidak dikokot sebelum tepung dimasukkan.
b)  Tepung dikaup dan balikkan tidak secukupnya. Jalur lemak dan gula yang mengandungi sedikit tepung atau tak bertepung menyebab kek berjalur2 setelah dibakar.

Monday, October 21, 2013

Panduan ringkas membuat kek


Assalamualaikum semua.
Aku publishkan kat sini sedikit panduan ringkas dalam pembuatan kek. Aku dapat ini dari buku teks lama zaman aku bersekolah dahulu. Lebih kurang panduan klasiklah, sebab edisi asalnya diterbitkan pada 1973.


nampak macam  menggelembung dan beralun pula tulisan ni... petanda kek dah nak menjadilah agaknya tu.. keh keh keh...




350F=176C.   375F=190C.   400F=205C.  450F=232C.

4oz= 125gm.  3oz=84gm.

Sebagai hadiah untuk sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah menerai resepi kek pisang ini. Membuat kek memerlukan kemahiran. Kemahiran dan kepakaran akan datang hanyalah setelah kita cuba membuatnya berulang kali. Practise makes perfect... :)

Tuesday, October 15, 2013

Pais Ikan Curi


500gm ikan bunga air
sesenduk kelapa muda parut
3 batang serai dihiris nipis
sehelai daun kunyit dihiris nipis
kunyit hidup dan garam ditumbuk

1. Siang dan bersihkan ikan  bunga air. Buang semua tulangnya.
2. Tumbuk sedikit garam bersama kunyit hidup. Masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi hingga sebati.
3. Gaulkan bahan tumbuk bersama serai hiris dan daun kunyit hiris.
4. Akhir sekali gaul semua bahan tumbuk bersama isi ikan yang sudah dibersihkan tadi.
5. Balut isi ikan gunakan  daun pisang dan bakar di atas api hingga masak.

Kat tempat aku ikan ni orang panggil ikan  bunga air. Rupanya seakan ikan bilis yang bersaiz besar. Selalunya ia dibuat goreng bersalut tepung dan cicah dengan sos.
Resepi ini aku tak ubah suai langsung. Aku buatnya betul2 mengikut seperti yang aku dapat dari internet.
Macam menarik saja bahan2 yang digunakan untuk buat pais ikan ini.
Tapi yang last ni betul2 ada ubahsuai. Aku tepek saja ikan2 ni ke dalam pemanggang bertutup ini. Kalau diikutkan pada gambar asal pais ini di bakar menggunakan arang dan ianya dibungkus kecil2 serupa dengan memasak pulut panggang!
Tapi cara aku bakar ni pun dah sangat2 ok. Sedap rasa pais ikan ni. Cuma pada sesiapa yang nak mencuba resepi ni hati2 satu hal ya? Gunakan sedikit sahaja garamnya. Isi ikan ni dah cukup manis.!

Kenapa namanya ikan curi? Entah. Memang namanya macam tu kot. Bila google imej, aku  terjumpa dengan gambar curi ikan. Kucing curi ikan!

Lepat liat ala2 dodol kukus

2 cawan tepung beras pulut
1 cawan air gula merah
1 cawan tahi minyak bercampur dengan minyaknya sekali
1 cawan santan 
secubit garam.

1. Gaulkan tepung beras pulut bersama dengan tahi minyaknya hingga sebati.
2. Seterusnya  tambahkan air gula merah dan gaulkan lagi secara perlahan2 hingga sebati.
3. Akhir sekali  sebatikan adunan bersama santan yang telah digaulkan bersama dengan secubit garam (secukup rasa).
4. Jika adunan terlalu cair mungkin alami sedikit masalah semasa membalut lepat liat gunakan daun pisang.
    (Setiap sukatan cairan yang aku gunakan ialah kurang  dari 1centimeter nak cukupkan 1 cawan)
5. Gulung daun pisang. Tegakkan gulungan daun pisang. Lipat bahagian bawahnya. Tuang cairan (adunan) ke dalam gulungan daun pisang. Lipat bahagian hujung sebelah lagi dan letak dalam pengukus.
Lepas siap membungkus bolehlah dikukuskan sehingga masak.

Aku pernah buat entri pasal kuih lepat liat dan dodol kukus sebelum ini. Kenapa? Sedap sangat ke kuih ni? Hu hu.
Sedaplah. Ada rasa ala2 kuih dodol rasanya pada kali ni. Mungkin sebab aku gaulkan sekali tahi minyak ke dalam adunannya. Mungkin rasa tahi mintak yang sudah cukup masak tu yang membuatkannya seakan2 rasa dodol yang sudah di kacau berjam2 lamanya di dalam kawah. Ha ha. Over la tu...

Yang dalam gambar kat atas tu, yang dalam acuan merah tu sebab tak cukup daun pisanglah.
Tapi say yes lah, yang di kukus dalam daun pisang, rasanya lebih lembut dan sedap!

Aku bukanlah rajin sangat pun. Tapi dek kerana tepung pulut untuk buat kuih buah melaka di bulan ramadan dulu masih berbaki lagi di dalam peti ais. Santan pekat pun ada sebab dah jarang bergulai sekarang ni. Buah kelapa nan sebiji yang aku beli tah berapa minggu dulu tu pun dah menjulur pucuknya nak menjadi pokok kelapa! Tu yang terbit idea nak mengulangi eksperimen buat kuih lepat liat tu..