Followers

Monday, June 11, 2012

Cara2 mengukus beras pulut


 Cara-cara mengukus pulut dengan betul.

Sebenarnya tak adalah betul atau tak betul tekniknya. Hu hu. Cuma inilah cara yang telah aku lakukan..

Rendam beras pulut susu anggaran 1 jam
Sejatkan air dari beras. Masukkan beras pulut ke dalam kukusan yang sudah mendidih air kukusannnya
Bila beras pulut sudah masak/lembut, keluarkan beras pulut dari kukusannya dan masukkan ke dalam bekas yang berisi santan pekat yang sudah dicampur dengan sedikit garam.
Kukus semula beras pulut yang sudah bergaul dengan santan.
Santan yang dimasukkan anggarannya agak2 menutupi keseluruhan sukatan pulut.

Oleh sebab aku gunakaan pewarna biru bunga telang, aku rendamkan beras pulut aku ni separuh dengan pewarna biru dan separuh lagi aku rendamkannya dengan air biasa tanpa pewarna.
Bila pulut sudah masak, sebelum angkat dari api, akhir sekali baru aku gaulkan kedua-duanya untuk mencampurkan pulut biru dan yang tak berwarna.
Bukannya apa. Adalah  mungkin selepas 3 atau 4 bulan kemudian, aku sendiri pun terlupa teknik nak masak pulut yang aku buat ni. He he.

Sebenarnya kali ni oleh sebab nak cepat aku rendamkan beras pulut ini dalam masa lebihkurang 15 minit saja. Rendam dalam air panas yang aku gunakan untuk merendam bunga telang supaya keluar air birunya. (Ambil airnya sahaja selepas menapis hampas dari bunga telang.)

Nak tengok periuk kukus yang aku gunakan? Boleh lah klik kat sini.
Nak dapatkan beras pulut susu murah? Bolehlah kalau rasa nak shopping2 kat Wang Kelian.
Istimewanya beras pulut susu ni sebab ia mudah dimasak dan rasanya lembut.
Yang ada kesan titik2 hitam pada gambar pulut aku tu sebab aku gunakan santan yang dikukur kelapanya.. Jadi ada la kesan2 hampas bekas tempurung kelapanya..
 Beras pulut biasa saiz butir berasnya lebih kecil sedikit dan ia mungkin bercampur dengan beras jawi. Beras jawi tu apa? Aku pun tak tau. Tapi beras rumi tak pernah pula aku dengar disebut orang!. Beras jawi tu rasanya ialah beras yang kita gunakan untuk memasak nasi tu.

Tadi aku tanya sorang kawan aku. Macam ni ke caranya nak masak pulut untuk dibuat pulut udang atau pulut panggang. Pulut yang dibalut dengan daun pisang, dibakar dan di dalamnya ada sambal/serunding udang tu. Dia cakap ya. Macam tu lah. Cuma ada sesetengah orang suka pulut udang yang agak garing, krup-krap siket bila memakannya, jadi masa kukus pulut tu tak lah depa masak pulut tu bagi terlampau lembut, nanti pulut udangnya pun jadi lembut, kurang garinglah pulak bila dibakar!

9 comments:

  1. ana suka pulut tanak dari yg kukus..xtau kenapa..tapi mmg suka..tapi kalau dah ada depan amata, bedal aje le

    ReplyDelete
  2. makngah pun bila nak cepat, buat pulut tanak jugak, nak2 pula kalau nak makan dengan durian berkuah santan tu...

    ReplyDelete
  3. Beras rumi kena cari kat Rom kot Mak Ngah. Saya sesekali kukus pulut utk mkn dng nyok parut ikan kering atau makan dengan buah mempelam ranum. Kukus pulut dengan bunga telang belum pernah cuba lagi. Dok merantau ni saya guna folding steamer basket saja untuk kukus pulut.

    ReplyDelete
  4. Beras rumi? haha..Adehh... sedap ni, nak kena buatlah, pulut kukus, nyoq kukug n ikan tamban tergeliat(baru beli kat pasar tadi). dgn buah pelam pun best.. kalo nak benih telang boleh mngah poskan. ooh.. rupanya nama benda tu folding steamer basket ke... mngah penah gunanya dulu tapi tak tau namanya apa.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mak Ngah. Mungkin Mak Ngah susah nak percaya, dekat Doha ni kan saya ada nampak depa tanam pokok bunga telang depan supermarket tempat saya selalu beli barang2 dapur. Pokok meranti yang pucuknya orang Jawa buat sayur pun depa ada tanam buat hiasan. Kat supermarket tersebut juga kadang2 pakurawan, keman, sulur keladi, biji petai, ubi keling/kemili, ikan puyu pun ada dijual - diimport dari Siam, Bangladesh, India. Masa menetap di Bahrain dulu umbut nyok pun ada jual selain rebung segar, buah beko dll :) Senang cari makanan kampung di luar negara dari di tanahair sendiri.

      Delete
    2. Wah.. bestnya dkt Doha pn ada pkk bunga telang, mngah baru jer dpt tengok pokok dan bunga telang ni. Pucuk meranti pun makngah tak penah makan lagi...Ptutlah mngah tgok kt blog Shah dulu ada goreng ikan pekasam dan buat kerabu paku rawan, makngah penah tengok org Pahang buat gulai masam tempoyak dengan sulur keladi, buah beko pn makngah tak penah makan lagi, keman pun sama.Eishh.. peka dan bijak betul org yang jadi pengedar makanan kampung segar ke luar negara tuu..

      Delete
  6. Mak Ngah tau tak... daun johar pun saya pernah nampak masa kat kedai Siam masa di Bahrain dulu. Buah beko buat kerabu sedap, pucuknya saya belum pernah makan lagi.

    La Mak Ngah tak pernah makan keman rupanya... sedapnya rebus makan cicah cabai picit.

    Banyak juga makanan kampung pelbagai negeri yang saya belum ada kesempatan untuk merasa lagi.

    ReplyDelete
  7. Daun johar, kami panggil daun juaq, tiba2 rindu terasa di lidah ja nak makan gulai daun juaq.... kt Bahrain pn rupanya ada kedai Siam dan depa bawa sekali budaya memakan makanan kampung depa ke sana..

    Terliur lah.. lenkali kalo jmpa buah@pucuk beko makngah nak belilah..
    begitu juga nak cuba keman rebus cicah cabai picit
    mak ngah pun samalah... suka nak cuba makanan yang agak lain dari yang biasa jumpa..:)

    ReplyDelete