Followers

Monday, August 4, 2014

Memetik anggur

Ini hasil tuaian anggur aku musim bila ek? Aku pun dah lupa lah. Waktu ambil gambar ni aku agak aku akan boleh mengingatnya, rupanya tidak.Yang aku ingat ialah hasil tuaian aku pada kali ni adalah dalam 500gm.
Tapi pasaipa yang dikutip hingga kebuahnya yang masih hijau lagi? Ada jiran datang menegur waktu aku mengutipnya. Bila aku beri dia rasa, dia kata, 'Emmh! manislah!!
Manis lah. Tapi rasa manisnya semacamlah. Maksud aku manis anggur yang bukan datang dari negara beriklim sejuk. Aku nak terang macamana rasa manisnya pun aku tak reti..

Sebelum-sebelum ni aku selalu buat fitnah kat tumbuhan anggur aku ni. Aku pikir ini anggur hijau. Suatu hari aku terserempak dengan sebiji buah yang tersorok dari pandangan mata. Buah yang tersorok tulah yang matang sehingga ia bertukar menjadi merah kehitaman. 

Aku bungkus buah2 ni semua sejak ia masih kecik lagi. Susah tau. Tergeliat leher nak klip setangkai ke setangkai. Kalau tak bungkus, buah ni akan hilang. Dah bungkus pun ia masih hilang juga. Agaknya ada burung yang mengintai dan mematuk buahnya.

Macamana caranya aku uruskan buah yang masih hijau ni? Aku peram sajalah buah2 ni semua tunggu sehingga ia masak. Peram gitu ajelah. Jangan nak pikir aku peram buat wine pulak! ..hu hu..


Sambal Tahun

Ini mungkin percubaan kali ketiga atau keempat aku cuba memasak sambal tahun. Sejak berkawan dengan kawan aku si Eda baru aku kenal apa tu sambal tahun. Rasanya memang unik pada selera aku orang utara ni. Yang unik tu lah yang membuat ia lebih istimewa. Sedap. Boleh disimpan lama. Sesuai sangatlah dengan orang yang rajin tak berapa nak rajin macam aku ni.
Sebenarnya lama dah aku masak sambal tahun ni cuma baru ni ada masa nak buat entri kat sini. Aku kurangkan sukatan santan pekatnya sebab aku pun takut nak makan yang terlebih lemak. Cuma sukar siketlah nak dapatkan lengkuas yang muda.
Resepinya bolehlah KLIK KAT SINI.

Labu masak kicap

Ini labu kicap bukanlah masakan ciptaan aku sendiri. Ini adalah menu lama salah satu hidangan orang kampung aku masa aku kecik2 dulu. Lani jarang dah orang masak labu macam ni kecuali labu masak lemak.
Cerita labu kicap ni dah pernah aku postk KAT SINI satu masa dulu. Rasanya sedaplah bagi aku. Pada selera akulah....