Followers

Thursday, February 23, 2012

Kek sukatan cawan gerenti menjadi..


Salam
Ada masanya ada rasa nak masak kek datang tak semena-mena. Waktu tu tak ada bahan yang secukupnya. Hehe. Minat masak2 tu tanda feminin lah kot...
Maka terjumpalah aku dengan resepi ni. Simple dan menarik. Teringin aku nak mencubanya. Resepi penuhnya bolehlah KLIK KAT SINI.

Yang aku buat ni dah jadi kot lain lah...Sorry lah Cik Ilah ek...mak ngah dapat ni dari blog dia sebenarnya.
Buttercup aku tak cukup sukatan, jadi aku cukupkannya dengan margerin daisy soft. Susu pekat manis pun jarang ada bekalan stoknya kat rumah aku. Jadi aku bancuhkan susu tepung everyday sebagai gantinya.
Yang sebenarnya aku ni dah fobia kot. Rakan sebelah meja aku tu selalu sangat ambik bacaan darahnya sebelum mengambil sebarang makanan. Doktor kata pankreas dia dah dekat2 nak rosak dah. Hee... kalau dah rosak, macamana nak hasilkan insulin lagi..? 

Dah lah insulin yang disuntik  tu datangnya dari DNA makhluk yang oing..oing..oing...tu laah.... Abang2 dia pun dah ramai yang meninggalkan dunia ini atas sebab2 mengidap masalah  kencing manis dan masalah buah pinggang. Aku pun dah kena psiko dengan dia ni. Tu yang buat pun kek kurang manis. Rasa manis2 buah aje...
He he. Sembang kencang aku ni... Entah2 petang esok aku singgah kedai pi beli ais krim Walls lah pulak..! Ha ha. Hidup Mesti Sedap.

Anak perempuan aku suka pulak kek aku buat ni. Dia kata rasanya macam kek yang dia beli dulu2 seketui harganya tiga kupang. Tapi la ni harganya dah lima enam kupang kot.

Bagi aku pulak rasa dia samalah macam dengan kek yang aku makan masa kecik2 dulu dijamu orang hanya pada hari raya. Sebab tu waktu kek ni masih panas2 aku suka hidu baunya! Dan lagi satu kek aku ni dibakar dalam kuali serbaguna sahaja, bukannya gunakan oven atau microwave oven. Kuali ajaib gitu... Nak upload gambar pun rupa dia dah tak cun lagi dahh...

p/s : punya la payah nak taip entri ni. Keyboard ni dikerjakan cucu....

8 comments:

  1. salam mak ngah...wah dah cuba ya... ok la tu guna susu tepung lagi sedap..dan sihat... nasib baik ilag ni penakut gula...sesekali jer buat kek guna susu pekat tu.... tapi mmg kek mcm ni masa kita kecik2 dulu jumpa masa raya jer..ilah duk PANTAI JOHOR SEBERANG DEKAT MASJID... duk dgn tok..tok sellu suruh masak kek ni laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam ilah.. ooh... samalah kita ni rupanya, mngah pun duk ngan tok jugak.. cucu tok la katakan...hehe
      Mngah selalu gk kot jln pantai johor tu..pnh pi ronda2 raya lepas cari rumah orang....ilah rindu kg halama ya?,,

      Delete
  2. Salam Kak..kek ni nampak gebusss betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sue... ya, kek ni gebuslah jugak...dan sedap..cubalah..

      Delete
  3. Memang betul mak ngah sy lebih suk buat kek yg resepi nya guna sukatan cawan memnag tak pernah mengecewakan...sy juga suka bau kek yg panas2 time tu makan terasalah keenakkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah... mngah ni pun jnis rajin2 malas jugak, guna sukatan cawan ni lebih mudah.... kek yg lembut dan menganjal kat kedai tu dia letak bahan tambahan lain kot..

      Delete
  4. Assalamualaikum MakNgah,
    apesal la kek pelangi saya tu bubuh sukatan esen vanilanya dah 1 sudu teh tapi masih berbau telur??? rasa lak macam rasa baulu. camana kita nak tau adunan tu dah kembang dan gebu? tolonggg lah. anak2 suka makan kek ni, maknya pun suka makan tapi kualiti x sama dgn kedai la. terima kasih :)
    sisfazi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam cikgu fazi.
      minta maaf banyak2lah cikgu. makngah pun jarang sekali buat kek ni, berkepakaran jauh sekali..:) pernah juga makngah dengar orang cakap nak hilangkan bau hanyir telur, keluarkan dahulu mata punatnya (ketulan pada putih telur yang akan mula bertukar menjadi janin).
      adunan kembang bila dah bertukar menjadi lebih ringan,halus dan berkrim, yang kat kedai tu agaknya ditambah bahan emulsi atau lain2 kandungan kot...

      Delete