Followers

Friday, October 30, 2015

Orkid ku - bunga kembang hati pun riang


Bunga orkid yang ku tanam sedang mekar berkembang. 
Seronok punya pasal aku muatnaik gambarnya kat sini. Pokok2 ini membesar dari anak pokok yang kecil semasa aku membelinya.

Ini gambar anak2 pokok tadi semasa ia baru ditanam. Agaknya dah lebih 4 tahun kot... Aku dah tak ingat..
Ini gambar semasa proses ia mula berputik.

Ini aku beli lagi 6 anak pokok yang baru. Ada orang lebih suka beli yang dah siap berbunga. Aku lebih suka berdamping dengan anak pokok yang masih kecil. Dari kecil mudah aku nak kenal dan belajar mengenai sifat dan keperluan bagaimana anak pokok boleh membesar dan berbunga.

Anak pokok yang baru dibeli mulai membiak secara perlahan2. Pekerja kat gerai menjual anak pokok tu cakap jangan bagi spesis ni terkena air hujan.
Tapi aku tak punya sistem pelindung air hujan. Jadi aku gantung jer pokok2 ni kat luar rumah. Aku yakin pada cahaya matahari dan air hujan yang dianugerahkan secara semulajadi oleh Allah Taala.. 

Sunday, October 25, 2015

INGIN JADI PUJANGGA - A SAMAD ISMAIL


Buku ini tebal. Bila aku habis membacanya, aku rasa aku sudah masuk dan telah berada di era zaman  tahun 40an hingga ke tahun 90an. Pada pendapat peribadi aku, seolah Pak Samad telah menulis kembali antara catatan kenangan kehidupan beliau. 
Pak Samad adalah salah seorang antara penulis dan sasterawan yang menjadi idola aku sejak aku mula kenal cerpen dan novel. 

Di bawah ini aku muatkan sedikit keratan dari empat cerpen yang aku pilih dari kumpulan cerpen tersebut:

1. "Cina Angkat Najis di Rumah Saya".
Mastika. Oktober, 1953.
Ini adalah kisah besar. Bukan cerita rekaan, bukan cerita hayalan. Bila membacanya terasa seperti suatu perbuatan atau pekerjaan yang tidak terfikir oleh kita pada zaman yang serba cangih ini.


2. "Kau mesti sunat, kata bapa".
Mastura, 1967.
Cerpen ini menceritakan keakraban dan cara pergaulan dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang hampir menuju gerbang dewasa. Betapa jauhnya perbezaan mentaliti remaja zaman dahulu dan sekarang ini....

3. "Ahli Bahasa".
Temasha Tinta, 1967.
Pada pengamatan aku, kalau aku tak silap ada banyak cerpen dalam kumpulan cerpen ini bercerita mengenai kenangan pengalaman penulis semasa beliau bekerja di  syarikat penerbitan surat khabar. Cuma penulis  meletakkan nama yang berbeza. Antaranya ialah cerpen bertajuk "Ahli Bahasa", Peloncoan dan Edisi Pagi. Alangkah sukarnya mencari berita, menulis dan bekerja di syarikat percetakan pada zaman beliau dahulu. Ermm.. betapa mudahnya menyebar dan mensensasikan cerita dan berita di zaman "klik" di hujung jari kini...
Maka aku pun cubalah menggogel mencari mesin cetak yang pernah digunakan pada zaman sebelum perang dan selepas zaman Jepun... Banyak dapat gambar tapi entahlah yang mana satu..

Agak2 ini kut huruf cetak yang di susun dalam dulang panas untuk membentuk perkataan sebelum dicetak di atas kertas untuk menjadi surat khabar..



4. Peloncoan.
Dewan Sastera, 1989.

 

5. Rumah Kedai Di Jalan Seladang.
Dewan Sastera, September 1988.
Rumah kedai di jalan Seladang menceritakan kesusahan dan keperitan hidup manusia mencari rezeki di zaman perang. Setiap zaman ada cabarannya yang tersendiri...

Saturday, October 24, 2015

pengukus buluh dan pekan cina Alor Setar..

Aku dah beli pengukus yang dibuat dari buluh.
Apa bagus ke guna kukusan yang dibuat dari tanaman pokok buluh..?
Aku dah guna. 
Memang betul aku tak perlu lagi hadapi masalah air kukusan yang jatuh menimpa kuih yang aku masak.
Tak perlu lagi nak cari kain kasa atau aluminium foil menjadi payung kepada wap air...🌂 😖
Bahagian bawah tu dulang pengukus. Kalau nak buat kuih pau, letak jer pau kat atas redai buluh. Yang anyaman rapat serupa dinding buluh rumah tok aku dulu tu ialah bahagian penutupnya. Ada sedikit cembul sebagai pemegang tudung kukus. Nyonya tu pesan sebelum guna nyahkuman cukup satu kali sahaja. He he. Aku yang cakap basmi kuman, nyonya tu cakap celup cukup hanya sekali sahaja ke dalam air panas. Lagi satu dia pesan lepas setiap kali guna, keringkan ia dan jangan disimpan ke dalam bekas plastik. Ini langkah untuk elak dari pembiakan kulat dan fungus agaknya..
Satu lagi dia pesan semasa mengukus pastikan bahagian tutupnya rapat dengan selarikan dawai tembaga atas dan bawahnya seperti yang aku buat tu..
Percubaan pertama aku ialah buat kuih sagu bertalam ni. Ada lagi percubaan berikutnya.. :)
Ini dah mengantuk sangat, aku tepek juga gambar kuih apam ni yek.. 😄
Kuih apam lagi... 😝
Apa tu pekan cina? Pekan cina dan pekan melayu duduknya bersebelahan kat pekan Alor Setar. Ia ujud sejak zaman orang gunakan sungai sebagai pengngkutan air dan lanca selaku pengangkutan darat. Orang cakap serba mak nenek semua boleh dapat kalo cari kat pekan cina walaupun sekarang ni pasaraya besar makin berlambak kat bandar Alor Setar.

Macamana nak pi pekan Cina?
Mai sini aku nak story..
Nindia petua tandanya anda sudah berada di tempat yang betul. Hala ke kanan ialah pekan melayu. Dulu belah sana ada pekan Rabu. Tapi la ni pekan rabu dah pindah.

Yang hala ke kiri tu ialah jalan nak pi pekan cina. Selekoh tepat selepas jambatan ini.
Ini pekan lama. Memang tak ada parking kat tepi jalan. Jadi elok juga jika anda belok ke kiri masuk ke pekan cina. Jika anda jalan terus ikut jalan pekan cina, anda akan berjumpa dengan menara ini kat Tanjung Chali. Menara ini ialah pengkalan tempat memunggah bekalan pada zaman dahulu. Sekarang ni ada perkhidmatan Towards the First Legend Cruise in River of Kedah jom jalan-jalan menyusuri sungai Kedah.

Andai anda sudah terlajak selekoh tadi, anda akan terjumpa gambar tokoh ini kat lukisan dinding. Itu tandanya kedai yang menjual barangan rotan itu berada kehadapan sedikit di seberang jalan sebelah kiri lukisan ini. Senang saja, ia berada kat jalan besar ini. Pengukus buluh berbagai saiz sehingga sebesar saiz industri dijual kat kedai barangan rotan ini.
Merujuk kepada gambar atas ni, dah nampak kan menara Alor Setar? Balai Besar ada kat sebelah kanan sebelum menara. Sebelah kiri menara ialah Masjid Zahir. Lepas masjid zahir baru jumpa Aman Central.
Semua gambar2 pekan cina ni aku google. Agaknya inilah kedai rotan yang aku maksudkan tu..

Saturday, October 17, 2015

Herba untuk gout

Anak2 pokok ini selalu tumbuh. Apa tidaknya, ia dimuatnaik dari air longkang yang aku gunakan untuk menyiram pokok2 yang aku tanam. Sebelum mencabutnya aku postkan gambarnya untuk rujukan sahaja di sini.
Tumbuhan yang berbunga disebelah kiri dikenali sebagai patikan kerbau atau pokok susu kambing. Ada lagi panggillan lain untuk setiap tempat yang berbeza kot..
Sesuai untuk penyakit gout. Bersihkan pokok sekali dengan akarnya, jemur hingga kering, blender, masukkan dalam kapsul. Makan 2 kapsul sehari dua kali sebelum tidur dan 2 kapsul lagi pada siang hari. Ini aku baca dari panduan google. Belum pernah cuba lagi walaupun ada kalangan dari family yang  pernah terjerit2 kena serang dengan gout.. 😫. Diminum airnya secara rebus pun boleh, selepas daunnya dijemur sekejap pada cahaya matahari.
Yang tumbuh disebelah kanan tu pokok keremak. Pokok keremak paling power sebagai penyembuh gatal2 ruam dan berkudis. Ini terbukti berkesan sebab anak aku selalu amalkannya sebagai ubat sapuan pada cucu-cucu aku.

Saturday, October 10, 2015

resepi apam tradisi warisan nenek

Bahan
buat tapai nasi: 1 cawan nasi (disejukkan). 1 sudu ragi. Caranya: ayak ragi biar sebati pada nasi dan perap 3 malam. ( 1 cawan nasi akan bertukar menjadi 1/2 cawan tapai  )

#1 cawan tapai
#1 cawan gula (aku gunakan 1/2 cawan sahaja)
#2 cawan air
3 cawan tepung beras
2 cawan air
2 bungkus Eno
kelapa parut- untuk digaulkan dan dimakan bersama kuih apam.

1. Blend bahan bertanda # hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang diblend kedalam mangkuk tepung beras, kacau hingga sebati perap semalaman. (aku perap 6 jam)
Sapukan sedikit minyak pada acuan atau loyang supaya kuih tidak melekat.
3.Campurkan Eno setiap kali sebelum mengukus. (Ia akan mengembang 2x ganda)
4. Kukus dengan api yang kuat selama 15 minit.
Aku turut saranan seorang blogger supaya adunan dituangkan kedalam acuan semasa periuk pengukus di atas dapur dan air kukusan sedang menggelegak. Katanya apam akan kembang sehingga merekah.)

Lamanya masa aku rindukan keenakan rasa apom yang dibuat oleh arwah nenek aku. Arwah nenek sebelah ayah aku. Bila tengok banyak jenis kuih apam yang dishare kat laman sosial aku tetap masih terkenangkan rasa apam yang dibuat oleh arwah tok aku. Dimana aku nak dapat resepi itu? Tanya pada mak2 sedara aku pun depa cuma komen apom arwah tok memang sedap. 
Akhirnya rindu aku yang panjang terubat jua. Dah aku syak dari awal lagi tentu resepi arwah nenek aku tu tidak menggunakan bahan penaik seperti ibu roti (dried yeast).
Aku mencuba resepi di atas dan akhirnya ia betul2 menjadi seiras dengan kuih apam yang arwah tok aku buat. Alhamdulillah. 

Aku tak buat tapai nasi sebab masalah sukar nak dapatkan ragi yang elok. Aku boleh kenal ragi yang elok dengan deria bau serupa aku kenal belacan yang sedap dengan cara menghidunya. 
Kerapkali sipenjual ragi akan tarik muka tak puashati jika aku tak jadi beli ragi yang dijualnya.
Jika mendapat ragi yang elok, orang yang tak pandai buat tapai pun, tapainya tetap akan menjadi. Pada pendapat aku lah, tapai yang tidak menjadi bukan disebabkan kita yang tidak pandai membuatnya tapi masalahnya datang dari ragi yang tidak berkualiti.

Aku beli tapai pulut dari Pasar Besar Alor Setar. Hari-hari ada jual. Tapainya memang sedap dan manis.
Ini gambar tapai pulut. Bukan kuih koci ya puan-puan..?
Apam ini teksturnya lembut, ringan, kering dan tidak melekit- lekit. Kuat menganjal lagi..
Inilah ciri2 kuih apam yang aku suka. Rasanya yang nenek aku buat ia ada rasa liat2 sedikit. Arwah nenek aku dulu masaknya menggunakan dapur kayu. Pikir aku setakat manalah bahan dari kayu api boleh menghasilkan takat nyala pada skala yang besar? 
Selepas 6 jam diperap, aku buka penutupnya dengan rasa sedikit kecewa. Ia cair tanpa sebarang perubahan. Tak sama dengan adunan yang menggunakan bahan penaik.
Selepas seketika ia mula nampak sedikit menggelembung. Keyakinan aku mula datang sedikit..
Selepas digaul dan disebatikan, ada lagi nampak ura-ura adunan mula mengembang..
Tahap ini baru keyakinan aku tumbuh kembali. Selepas digaulkan dengan serbuk Eno bahan asalnya cair tadi sudah menjadi creamy.. Sudah bersedia untuk di kukus....