Followers

Thursday, August 30, 2012

Teknik Oya paling jelas




Langkah pada gambar ke 14 dan terakhir ini adalah bersamaan dengan hasil yang dibuat pada contoh benang yang berwarna pink seperti di bawah ini.


Hujung benang  pink sebelah  kananlah (gambar atas) yang disulamkan balik ke sebelah kiri  pada kelopak bunga benang yang berwarna putih di atas..
Assalamualaikum
Aku harap  masih ada lagi yang berminat dengan entri aku pasal cerita sulam Oya. Sudah lama aku nak publish gambar2 ini dekat blog aku.
Aku dapatkannya dari blog yang aku tak tau macamana aku nak baca isi cerita dalam blog itu. Memang menjadi satu kesalahan hakcipta aku copy paste gambar2  ini semua tanpa kebenaran situan punya blog. Jadi aku minta maaf dan pohon izin tuan punyanya di atas keterlanjuran aku ini.

Thursday, August 23, 2012

Lidah cicah air asam


Assalamualaikum
Ini gambar lidah lembu rebus yang sudah disiram dengan air asam. Biasa la orang utara ni gemar sangat dengan air asam. Air asam tu ialah sambal belacan cair. Bahan asas ialah garam, asam jawa, dan cili api yang dipatah2kan dengan jari. Larutkan kesemuanya dengan air. Picit sikit air asam limau sebagai pembangkit selera. Belacan yang aku gunakan tentulah belacan Alor Ibus.

Kawan aku duk cerita kat aku lama sangat dah pasal keenakan lidah lembu cicah air asam. Dek kerana ada bekalan lidah lembu segar yang dijual kat pasar sebelum aidilfitri, dapatlah aku mencubanya. Sebenarnya aku pusing balik setelah berfikir dua kali. Mulanya nak jalan terus balik ke  rumah aja dah.Aku belum biasa lagi makan lidah lembu.

Inilah dia rupa lidah lembu segar sebelum direbus. Aku tanya penjual tu macamana carakerja nak buat masak lidah lembu. Dia cakap lepas rebus bahagian lidah yang hitam tu lekang, kikis buanglah. Bahagian lain semuanya boleh dimakan. Rakan sebelah penjual tu geleng kepala. Kata dia semua benda nak tanya.

Tentulah geli tengok gambar lidah yang dah bertahun mengunyah rumput hijau ni kan.. Ha ha ha.
Bila tunjuk gambar ni kat anak lelaki aku dia cakap eeeeeeii. Tapi dia dah pun makan lidah ni baru tengok gambarnya. Masa makan dia kata bahagian lidah ni paling sedap. Teksturnya amat lembut. Penjual daging tu pun cakap lidah lah paling sedap. Kawan aku yang kempen kat aku tu pun cakap lidah lembu sangat sedap. Sedap tak tau nak habaq! Kawan aku ni yang duk kempen aku masak puding telur gula hangus tu lah.

                                                                by google
Lagi satu dulu2 pernah kawan aku yang sama ni kempen kat aku makan buah pinggang lembu. Dia cakap orang panggil ginjal ni sebagai geli geli. Dia ajarkan sekali cara nak hilangkan bau hancing pada buah pinggang ini. Cara masak  lebih kurang macam masak hati. Lebihkan jintan dan lada hitam. Hati masak putih. Tapi buah pinggang ni lagi sedap dari hati lembu atau hati ayam. Tapi sampai la ni kalau nampak buah pinggang lembu aku jeling jeling saja. Teringat ke kenangan lalu.Tak kuasa betul aku. Bukannya mudah nak  hilangkan bau hancingnya walaupun dah aku cucinya banyak kali.

Wednesday, August 22, 2012

Air asam buah terung bulu

Assalamualaikum
Lama sudah aku mencari buah terung ini. Dulu2 ianya mudah kelihatan ia tumbuh disekitar laman dan bahagian dapur atau belakang rumah di kawasan kampung. Mak sedara aku pun cakap pokok dia ni pun bukan ditanam. Ia tumbuh selepas benihnya tercampak dengan tak sengaja keluar rumah selepas makan air asam buah terung bulu.

Datang beraya ke rumahnya semalam aku nampak buah ini sedang elok masak kembang kekuningan di pokoknya. Aku sendiri pergi petik. Mak sedara aku tu tolong petik buah namnam sebab aku tak berapa pandai nak pilih mana satu rupaya buah namnam yang dah masak.

Sesampai saja aku kat rumahnya dengan ramah dan tak sabarnya depa dua orang suami isteri tu bercerita sambil menunjukkan pokok anggurnya yang dah banyak kali berbuah tu. Sukanya dia bercerita sebab benih anggur tu aku yang bagi kat dia. Siap digantungnya lagi dua gugus buah angur plastik yang sedang masak meranum kat dalam rumpun pokok anggurnya tu. Tu bukan apa, habuan nak bagi gempaq kat orang yang tak biasa dengan tanaman anggur lah tu kut!  Ha ha.

Buah terung asam yang aku kutip bawa balik. Aku pun dah lupa apa rencah nak buat air asam tu. Yang aku ingat abang aku cakap si tuan punya pokok terung bulu yang dia pi ambil buahnya dulu tu cakap, bila nak buang bulu pada buah terung ni, gunalah pulur sabut untuk menyentalnya keluar.

Emm sedap rasanya. Yang ini betul2 special sebab buahnya cukup masak. Jadi rasanya pun masam2 manis. Yang aku makan sebelum ni tak ada terasa manisnya. Cuma kalaulah aku dapat ikan puyu bakar ke dalam perencahnya lagi legend lah rasanya!!. 

Buah terung asam mengandungi air, karbohidrat, protein, lemak, serabut, mineral dan vitamin. Di India ia dimasak kari. Di Thailand ia dijadikan ramuan sos nam prek yang sangat penting dalam masakan Thai. Dalam perubatan Melayu ia dapat mengubati masalah cacing kerawit. Air rebusan akarnya diminum bagi merawat luka, lebam, gatal-gatal dan mengubati penyakit sifilis. 

Manik bersisik

Assalamualaikum..
Kemeriahan sambutan Syawal masih lagi terasa. Hari ini adalah hari ke 3 umat Islam meraikan hari yang mulia. Entah napa ada mood lak aku nak buat entri kat blog aku ni....:) Kali  ni nak tunjuk aku punya design corak manik yang aku jahit kat lengan baju kurung aku. Macam pelik jer ruper nyer. Tapi yang aku rasa agak pelik tu lah biasanya aku suka nak publish2 kat sini..


Apa sangat la aku punya corak manik. Sesuai kot kalau aku gelarnya sebagai corak bersisik.

Tanpa panduan tanpa perancangan. Aku pakai jahit ja ikut suka. Dah siap aku nampak macam sisik ja  susunannya. Bila dah siap baru aku sedar. Ha ha.


                                                     Ni gambarnya lebih dekat sikit.

Ni ceritanya. Mula nak belajar menjahit manik dulu aku main beli jer manik secara pukal. Pilih yang kampit besar. Agaknya satu bungkus tu dalam lingkungan 100gm. 100gm cuma rm 5.00 sahaja. (Aku timbang selepas dah gunakannya separuh jalan.). Berbanding dengan manik berkilau yang bungkus kecil kat tengah nya tu 10 gm 3 ringgit lebih.

Ini dia aku zoom gambar manik yang dalam plastik tu. Nampak besar2 jer kan. Aku pun was was pada mulanya. Manik ni nampak macam dibuat dari  plastik. Besar macam batang paip! Ha ha. Biar saja lah. Aku jahit pada baju untuk di pakai hari2. Kalau sampai masanya baju tu nak dilupuskan, tak lah aku rasa sayang sangat berbanding kalau aku gunakan manik yang mahal dan cantik berkilau tu.

Ni pulak corak manik dah paling simple. Dah nak raya sangat dah, dah tak dan dah nak mekup lebih2..



Sunday, August 12, 2012

Ketayap sengkuang perisa passembor

Bahan2
Inti
ubi sengkuang, kacang buncis, karot, udang dan bawang besar.
-Tumis bawang  putih. Masukkan udang  dan sayuran yang sudah  dipotong halus memanjang.
-Tutup api bila sayuran sudah masak. Ketepikan.

Kulit ketayap (sebagai ganti kulit popia.)
-Bancuh  tepung untuk membuat kuih ketayap.

Kuah perisa pasembor
-Boleh KLIK KAT SINI. @
-Tumis bawang putih. Masukkan serbuk cabai, bawang goreng, udang kering kisar, gula merah dan kicap. (Masak sehingga agak kering sedikit kuah  ini. Boleh tambah sedikit tepung jagung jika suka) 

Bila kepingan kuih  ketayap siap, bolehlah digulungkan bersama dengan sayuran yang sudah siap dimasak tadi. Buat sehingga habis. Popia ketayap siap dihidang bersama dengan kuahnya.

Lama sudah aku teringin nak makan popia berperisa udang, ubi sengkuang dan  kacang boncis ini. Inti sayuran untuk popia aku ni asalnya adalah dari makanan yang dipanggil orang Singapore Pie. Tapi nak buat kulit kuih beracuan singapopai tu menjadi masalah lah bagi aku. Bimbang pula ia susah menjadi. Waktu  remaja kat kampung aku dulu popular sangatlah singapopai ni. Balek2 mak sedara aku tu suka sangat buat singapopai. Lani jarang  dah aku dengar singapopai disebut orang.

Gambar popia kat atas tu pun sebenarnya aku pinjam dari Google ajer. Popia ketayap yang aku buat tu malas pulak aku nak ambik gambarnya waktu makan hari tu. Bulan2 puasa ni kurang mood lak nak bergambar berpasai...hehe.
                                                                     by google
Kut2 ada yang belum biasa dengan Singapore Pie, beginilah cara kulit luarnya dibuat. Lebih kurang macam buat kuih ros@kuih kembang@kuih loyang. Acuan tembaga ni rasa aku masih boleh didapati ada dijual lagi kat Pekan Rabu Alor  Setar.

                                                                 by google
Yang comel2 ni lah dia Singapore Pie. Aku kurang minat siketlah dengan kulit luarnya tu. Sebab gigit rasa kosong jer...Kalau gantikan bakul nipis  comel tu dengan tauhu goreng ke, barulah cepat siket rasa kenyangnya. Hehehe...

Thursday, August 9, 2012

Jolok cacing untuk anak anak yang kurang selera makan

Assalamualaikum...

Siapa pernah mendengar nama  pokok jolok cacing. Rasanya orang utara lapis yang lama2 dulu pernah dengar nama ini. Aku dengar lama dah sejak budak2 lagi cuma belum pernah amalkannya sahaja sebelum ini. Sejak dah ada blog ni, ada2 ja nak mencuba itu ini. Hehe...

Pokok renek  ini tumbuh meliar kat kampung, rumah abang aku. Aku ambil pokoknya yang sedang remaja bawa balik tanam kat rumah. Kat rumah aku ada budak kecik. Jiran sebelah rumah dah selalu duk merungut selepas umur anaknya setahun lebih, budak tu dah mula balik  minum susu saja. Selepas tak lama diperkenalkan dengan makanan pejal, anaknya dah tak berminat nak makan nasi lagi.


Perhatikan sulur bunga pokok ini. Patutnya ada bunga2 kecil berwarna ungu pada bahagian sulur bunga ini.Tapi diperhatikan sekali imbas tak kah rupannya seakan sekawan cacing sedang bergerak2 menghulurkan kepala mereka. Kami panggil cacing2 kecil ini dengan nama cacing ramu. Ia juga dikenali dengan nama cacing jarum atau cacing benang. Sangat halus saiznya. Jika ia dah membiak dan mula mengganas, tidur anak2 menjadi gelisah. Rasa aku ia bergerak geliang geliut sampai kita tak tau dah mana satu bahagian kepala dan yang mana pula bahagian ekornya. Parasit ini perlukan usus manusia yang sedia ada makanan  dan suhu yang cukup sesuai baginya sebagai tempat tinggal.

Bacalah pengalaman ibu ini berjaya mengatasi masalah anak kecilnya dengan mengamalkan pokok jolok cacing.  Aku rasa aku pun dah berjaya buatkan cucu aku sembuh. Tak lagi lah budak itu menggelengkan kepalanya atau melarikan diri bila disuap makanan terutamanya nasi.

Bak kata seorang blogger tu (tak ingat dah aku kutip dari blog yang mana satu) dia tak tau macamana masalah selera makan budak boleh selesai dengan bantuan  pokok jolok cacing ini, tapi yang pentingnya masalah anaknya yang tak selera makan dah pun selesai...

Sunday, August 5, 2012

Sirap biru ke merah jambu


Salam.
Hari ini adalah hari  yang ke16 seluruh umat Islam berpuasa bagi tahun ini. Baru hari ini tergerak hati aku untuk updated satu entri kat blog aku ni. Tahun ini nampak gayanya tak ada lagi lah siri masak memasak yang agak meriah  dari blog aku berbanding yang telah lepas2...:)

Yang agak spesel pada bulan Ramadhan ni adalah aku cuba memasak Shepherd Pie. Tapi bila anak aku tanya mak masak apa? Aku cakap  kat  dia aku masak kentang bakar. Sedap kentang bakar ni dan elok rasanya jika  diamalkan selalu dalam  diet seharian.
.

Hari ini pun cuma ada sirap biru. Sirap dari bunga telang. Pernah aku terfikir nak cuba minum larutan biru ni sebab dikatakan antara  khasiatnya ialah dapat melegakan insomnia.
Dah berpuasa ni aku cubalah membuatnya. Nak cuba ubah selera. Bunga telang ni tak adalah baunya yang khusus. Nak tahu penerangan lebih lanjut bagaimana cara membuatnya bolehlah klik dan dapatkannya DARI SINI.  Terima kasih diucapkan kepada tuan blog Tanam Sendiri ini sebab ada banyak lagi entri beliau mengenai bermacam-macam jenis tumbuhan.

Aku  letak aje gambar sekuntum bunga telang kat sini dari pokok bunga telang yang aku tanam kat rumah aku. Cantik sangat aku rasa rupanya tu..:))