Followers

Saturday, August 29, 2015

Apa petua menanam pokok sirih?

 Seingat aku, sampai tak ingat dah berapa kali dah sebelum ini aku cuba menanam pokok sirih. Tak ada siapa bagi aku panduan betul cara nak tanam pokok sirih. Jumpa pokok sirih aku cuba ambil rantingnya samaada yang tua atau yang berakar nak cuba tanam. Tapi banyak kali yang tidak menjadi.
 
Beginilah rupanya contoh keratan sirih yang pucuk daunnya masih belum kembang aku cuba semai dan ia menjadi. Panduan umum yang aku dapat dari bacaan sebelum ini tidak banyak membantu.
 
                                                  Sekarang dah dapat sepohon anak pokok sirih. Ada yang berminat nak tanam juga. :)                            
                                                  Yang ni bukan anak pokok sirih. Masih spesis nak sama kan? Ini keratan pucuk pokok lada hitam. Sengaja nak mencuba sebab dah terjeromoih dengan pokok lada hitam. Sebati dah, memang selalu rasa nak mencuba. Dah kerja seharian pun berkaitan bidang eksperimen..

5 comments:

  1. ha'ah betul tu mak ngah, saya pun cuba banyak kali tanam pokok sirih tak menjadi.. kenapa ekk

    Resepi Cheesecake Oreo di sini

    ReplyDelete
  2. lia gunakan ranting sirih yg matang kot.. agaknya bhg tu tumbesarannya dh tak aktif kot.. mak ngah agak la.. cuba try bhg hujung pucuk yg daunnya masih belum terbuka lagi serupa yg makngah buat tu..

    ReplyDelete
  3. Saya tengok ibu mertua saya tanam di polibag..guna tanah bakar.yg uniknya masa tanam tu ckp kat pokok sireh "hiduplah ya,si polan ni nk bertunang.."huhu..hidup cantik sireh tu..ni sekadar petua org dulu2 yg unik ye..

    ReplyDelete
  4. Saya tengok ibu mertua saya tanam di polibag..guna tanah bakar.yg uniknya masa tanam tu ckp kat pokok sireh "hiduplah ya,si polan ni nk bertunang.."huhu..hidup cantik sireh tu..ni sekadar petua org dulu2 yg unik ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah betul tu, besarnya hajat jika ada org nk bertunang, nak guna daun sireh.. hehe makngah pun kdg2 bercakap sambil berniat dalam hati supaya sekian2 pokok terus hidup dan memebesar sihat..

      Delete