Monday, August 29, 2016

tin - anak dari ranting berbuah dahulu berbanding induk..

.
Anak pokok tin varity IBT ini sudah mula bermata ketam lebih kurang empat bulan selepas aku cantumkan rantingnya yang masih kecil pada anak pokok tin yang disemai dari biji buah tin kering.
Aku cantumkan ranting kecil dari pokok induk ini dengan anak pokok tin semaian biji. Induk asal ini adalah benih tut, sudah 10 bulan di tanam atas tanah dan belum sampai masanya berbuah lagi.

Inilah rupa anak pokok dari cantuman sisi yang berusia empat bulan dan sudah berbuah itu.
Beginilah rupa gambarajah cantuman sisi yang aku maksudkan.
Macam ni cara buatnya. Kupas keluar kulit kedua2 batang pokok tepat pada tempat pertemuan yang akan diikat nanti. Kemudian ikat kemas2 dengan benang atau tali rafia pun boleh.
Gambar dari atas. Yang kiri dalam polybeg hitam itu dahannya sedang dibuat cantuman/sambungan lagi untuk kali kedua.
Beginilah rupa bekas cantuman sisi yang sudah dibuka ikatannya. Aku buka ikatannya selepas satu bulan lebih sedikit diikat pun sudah ok. Rasa2 dah nampak kulit pada kedua2 batang cantuman iaitu pada tempat cantuman itu sudah agak kukuh sudah ok lah. Bila sudah kelihatan stabil pindahkan anak pokok ini ke dalam bekas yang lebih besar supaya pertumbuhan akarnya menjadi lebih selesa dan cepat aktif.

Monday, August 15, 2016

Ada labu, tomato, epal.... dan serba serbi

Aku betul betul enjoy tengok video ni...

ikan jeruk air belimbing rebus

Ini adalah resepi sepontan.
Kata orang air belimbing rebus sedap jika dibuat air asam cicah ikan tawar. Yang tu aku dah buat dulu. 

Tak tau lah pulak betul ke tidaknya cara aku ni. Aku buat masa tu pun main agak2 sendiri sahaja sebab bendanya pun dengar2 dari cerita orang sahaja. Tapi rasanya memang sedap!


Aku tak tahu pun berapa sukatan garam yang secukupnya untuk buat belimbing rebus Jika cukup garamnya belimbing hitam rebus akan jadi cantik berulas. Kurang garam belimbing hitam jadi lembik.
Aku rasa belimbing rebus aku pada kali ni dah terlebih garam.
Aku cedukkan separuh air rebusan belimbing yang masih panas ke dalam bekas. Masukkan ikan yang sudah disiang dan dibersihkan ke dalam air rebusan belimbing. Perapkan biar terasa asam garamnya dari air rebusan belimbing rebus tadi.
Kemudian sejatkan ikan yang sudah diperap tadi. Bila airnya kering bolehlah disimpan. Jika nak makan bolehlah terus digoreng. Rasanya? Sedap! Sebab itulah aku poskan kat sini... :)

jolok cacing meredakan sakit pinggang


Sudah berminggu aku menanggung sakit di bahagian belakang badan. Aku pun tak tau pasti di mana sebenarnya rasa sakit itu berkumpul. Sedang bangun, duduk atau memusingkan badan ke kiri atau ke kanan terasa seperti ada parut lama yang menyengat.

Akibat dari apa pun aku tak dapat pastikan. Boleh jadi tersalah makan makanan sejuk atau berangin.
Seingatnya aku mula terasa ketidak selesaan ini selepas aku mengangkat pasu pokok bunga yang agak berat. 
Oleh tanggungan yang berpanjangan itu aku terfikir nak mencuba mandi air daun seperi mandi orang berpantang baru lepas bersalin. Sebelum ni dah pernah aku mandi menggunakan campuran daun seperti daun lengkuas, pandan, lemuni, inai, mengkudu, serai wangi dan apa2 lagi daun yang sempat aku capai.
Apa kata jika kali ni aku gunakan hanya daun jolok cacing semata- mata... Pernah aku terbaca jolok cacing ini sesuai untuk dibuat air mandi untuk meringan badan atau pun masalah tersalah urat. 

Tapi sewaktu memotong daun pokok jolok cacing aku tambahkan sedikit daun melur yang daunnya merimbun berjiran dengan pokok jolok cacing.

Selepas dibersihkan, berselawat dan masukkan ke dalam periuk yang berisi air. Ku rebuskan daun dan ranting2 nya sekali. Bila air mula mendidih padamkan api. Sewaktu mandi campurkan dengan air paip sehingga ia menjadi suam2 panas setakat yang kita tahan panasnya. (Aku elakkan menjirus di bahagian kepala)
Anehnya selepas mandi air pokok jolok cacing, sakit yang lama aku derita sudah mula berkurangan. Lama- lama ia makin hilang. Elok  agaknya jika aku ulangi lagi menjadi amalan seminggu atau sebulan sekali..

mengetut pokok betik



Siapa pernah mengetut pokok betik seperti ini dan akhirnya berjaya?

Aku pernah sekali mencubanya. Tapi tak berjaya. Cadangnya aku nak pindahkan benih pokok betik ini sebab akarnya sudah pun berjaya melakukan kerja memecahkan simen.
Aku gunakan kepingan plastik pada celah rekahan yang dipotong pada batang pokok betik. Silap kot. Selalu nampak kepingan kayu atau buluh yang diguna sebagai penyendalnya.
Hu hu hu.
Batang pokok betik menjadi reput malah berlubang besar selepas balutan tanah dibuka.
Masuk bertakung air pula di dalam rongga batang pokok selepas hujan lebat...

tanam epal kali ke tiga...


Kenapa nak semai pokok epal lagi?
Entah... Dah hobi kut, tergerak ja tangan nak buat lagu tu....
datang lagi cerita pokok epal...
Entri aku pasal epal sebelum ni sudah ada empat tahun yang lepas. Cerita pasal pokok epal yang dah setinggi bumbung rumah dan baru terbit sekuntum dua bunga.
Ini bertanam epal kali kedua.
Inilah permulaan bila pokok yang tanam kali kedua  tu mula menunjukkan tanda2 dah tak berdaya nak menyambung hidup...
Mungkin masaalah sebenar berpunca daripada akarnya. Sudah diserang kulat...

cara memetik daun cekur



Agaknya gini kut cara mengutip daun cekur untuk dibuat ulam. Gunakan gunting untuk memotong daunnya.

Pucuk daunnya yang baru akan tumbuh semula... Tak perlulah untuk mencabut dan menanam ubinya kembali. Kenapa aku baru terfikir nak buat macam ni...?

Sunday, August 14, 2016

senyum sekuntum bunga...




Lebih seminggu dah kudup bunga ni mengorak senyum. Kelopak bunganya belum nak kembang lagi.. Aku nak petik bunganya. Nak simpan harum wanginya bau si bunga cempaka di dalam rumah.
Makin kita tertunggu tunggu agaknya sebab itulah terasa lambatnya hasil nak kunjung tiba...

Friday, August 5, 2016

Cempa telur sudah kembang..!


Petang minggu lepas aku rasa sangat teruja bila dapat melihat sekuntum bunga sulung cempa telur yang kutanam sedang berkembang di hadapan mataku sendiri.
Sila abaikan kulit telur ayam di atas. Tak ada pokok yang mengeluarkan telur ayam... hehe..

Bila sudah jatuh cinta aku menjadi sangat jakun!
Mujurlah pada petang aku dapat melihat ia berkembang itu adalah sewaktu aku sedang menyiram pokok dan melakukan sedikit kerja kekemasan di ruang laman tepi rumah.

Rupanya sewaktu bunga ini sedang berkembang adalah di waktu puncak di mana ketika itulah ia sedang menyebarkan bau wanginya sehabis-habisan. Patutlah sebelum ini aku pernah baca ada orang yang bertanam pokok ini mengatakan bunga ini tak adalah wangi sangat...
Pengalaman pertama aku mendapat semerbak harum wanginya  bunga ini ialah selepas pukul tujuh petang sehinggalah selepas azan maghrib. Kurang lebih satu jam begitulah...

Pagi esoknya aku tak sempat nak cuba hidu. Selepas aku balik kerja dah tak ada lagi bau wanginya sehinggalah pada petangnya kelopak bunga pun gugur. 
Ada dua kudup bunga lagi yang belum kembang. Kali ni aku bercadang nak petik bunganya sewaktu ia sedang mengorak kelopaknya..
Sewaktu mula beli anak pokoknya dekat ekspo pertanian. Tak silap harganya rm15 sepokok.
Lambat benar nak keluar tunasnya. Waktu ni tak yakin lagi nak tanam dekat mana bila mengingatkan pokoknya yang akan membesar sehingga sebesar pokok mangga.
Akhirnya pindahkan saja dari polibag ke pasu bersaiz kecil. Sewaktu ni dah tak pernah lagi menaruh harapan yang ia akan berbunga sehinggalah pokoknya akan menjadi tinggi dan besar....
Selepas lama berjemur di tengah panas matahari kudup pertama pun mula kelihatan.
Lepas nampak kudup keluar aku pindahkan balik ke tempat yang lebih redup di bawah naungan pokok besar.
Akhirnya ia berbunga selepas tempuh setahun selepas dibeli..!
Zoom gambar kudup bunga...
Saiz pokok yang masih kecil di dalam pasu.
Di waktu pagi aku ambil gambar ni wangi bunganya dah tak ada...
Semuanya berjumlah sembilan kelopak bunga termasuk tiga kelopak luar yang berwarna hijau.