Followers

Friday, August 5, 2016

Cempa telur sudah kembang..!


Petang minggu lepas aku rasa sangat teruja bila dapat melihat sekuntum bunga sulung cempa telur yang kutanam sedang berkembang di hadapan mataku sendiri.
Sila abaikan kulit telur ayam di atas. Tak ada pokok yang mengeluarkan telur ayam... hehe..

Bila sudah jatuh cinta aku menjadi sangat jakun!
Mujurlah pada petang aku dapat melihat ia berkembang itu adalah sewaktu aku sedang menyiram pokok dan melakukan sedikit kerja kekemasan di ruang laman tepi rumah.

Rupanya sewaktu bunga ini sedang berkembang adalah di waktu puncak di mana ketika itulah ia sedang menyebarkan bau wanginya sehabis-habisan. Patutlah sebelum ini aku pernah baca ada orang yang bertanam pokok ini mengatakan bunga ini tak adalah wangi sangat...
Pengalaman pertama aku mendapat semerbak harum wanginya  bunga ini ialah selepas pukul tujuh petang sehinggalah selepas azan maghrib. Kurang lebih satu jam begitulah...

Pagi esoknya aku tak sempat nak cuba hidu. Selepas aku balik kerja dah tak ada lagi bau wanginya sehinggalah pada petangnya kelopak bunga pun gugur. 
Ada dua kudup bunga lagi yang belum kembang. Kali ni aku bercadang nak petik bunganya sewaktu ia sedang mengorak kelopaknya..
Sewaktu mula beli anak pokoknya dekat ekspo pertanian. Tak silap harganya rm15 sepokok.
Lambat benar nak keluar tunasnya. Waktu ni tak yakin lagi nak tanam dekat mana bila mengingatkan pokoknya yang akan membesar sehingga sebesar pokok mangga.
Akhirnya pindahkan saja dari polibag ke pasu bersaiz kecil. Sewaktu ni dah tak pernah lagi menaruh harapan yang ia akan berbunga sehinggalah pokoknya akan menjadi tinggi dan besar....
Selepas lama berjemur di tengah panas matahari kudup pertama pun mula kelihatan.
Lepas nampak kudup keluar aku pindahkan balik ke tempat yang lebih redup di bawah naungan pokok besar.
Akhirnya ia berbunga selepas tempuh setahun selepas dibeli..!
Zoom gambar kudup bunga...
Saiz pokok yang masih kecil di dalam pasu.
Di waktu pagi aku ambil gambar ni wangi bunganya dah tak ada...
Semuanya berjumlah sembilan kelopak bunga termasuk tiga kelopak luar yang berwarna hijau.

6 comments:

  1. salam sis..

    Alhamdulillah sudah berkembang..
    Lawatan petang jumaat yang damai sambil baca baca blog sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam kembali,
      terima kasih sudi berkunjung.... yup hanya untuk bersantai2... kiranya ada sebarang kemusykilan di blog ini, rujuklah pada yang pakar... :)

      Delete
    2. Saya pun menulis berdasarkan apa yang saya lalui dan apa yang sedang berlaku pada saya..

      Delete