Followers

Sunday, March 13, 2011

kuih bunga pudak















Ini lah kuih bunga pudak. Kecik2 dulu aku makan bila di jamu orang pada hari raya.Rumah mak teh Melah selalu ada kuih ni. Bezanya kuih dia bentuk bulat2, tepek2 macam bentuk bunga tahik ayam.Rasanya lemak2 manis.Time tu tak tau pun nama nya kuih apa.Bila balik kampung selalu pulak tak ingat nak tanya resepi ni kat dia.

Kuih dalam 'envalope' ni rasanya lebih kurang sama dengan kuih mak teh Melah.Nampak gaya macam mudah, tapi kuih orang dulu2 selalunya memerlukn teknik kemahiran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya.

inti
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau

kulit
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 camca garam halus

1. campurkan semua bahan untuk inti.goreng dgn api sederhana, kacau hingga kering.
2. gaul semua bahan untuk kulit. biar 1/2 jam
3. sediakan kuali sederhana panas.ambil 1 camca adunan tepung masuk dlm penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. ayak rata dalam bentuk bulat
4. masuk inti ditengahnya. lipat empat segi.
5. panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.

Kat sini ada berita 'Kuih bunga pudak bakal pupus.' 13 Dec, 2008.

12 comments:

  1. nampak macm sedap..
    nak tnggu bebetul rajin baru boleh cuba..

    ReplyDelete
  2. mak cik yang mahir buat kuih ni dah umur 63 tahun. dia cuba turunkan kemahiran ni, tapi orang yang dilatihnya tu cuma dapat 10 biji dari hasil sekilo tepung.
    dulu saya pernah cuba tanpa panduan, inti yang terhasil,jadi rupa kerisik la pulak....hik3

    ReplyDelete
  3. benda pa ni. x tau nak abaq apa

    ReplyDelete
  4. haha.. ni nak tanya ka, atau nak habaq...

    ReplyDelete
  5. macamna nak buat kulit bagi tak relai

    ReplyDelete
  6. makngah belum pnh try buat kulit lg, buat inti belum mjadi.boleh jd ada teknik masa mencampur sedikit air kat tepung pulut tu.

    ReplyDelete
  7. Assalamualikum mak ngah ,bole tak kami, student uum nk iv mak ngah cara2 atau apa2 info mengenai kuih bunga pundak ini ?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngah cuma copy n share dari artikel yg sedia ada.. tp makngah ada seorg kenalan dr kg Keriang Pulau Tandop (kg makcik Fatimah Ismail) yg mengusahakan kuih bunga pudak ni..

      Delete
  8. belajarlah membuat kuih ini sebab dah ramai yang tak tahu tentang kuih ini, saya pun baru tahu kuih ini wujud sekitar 10 tahun ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat nak belajar masih ada.. insyaAllah..

      Delete
  9. salam mak ngah, boleh tak kami nak interview mak ngah tentang cara buat bunga pudak dan info sejarah mengenai kuih ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam, maaf anak2, makngah pun tak ada pengetahuan mengenai kuih ni, share dari membaca saja.. cuma pernah makan kuih ni mudah dapat kat pekan rabu...

      Delete