Wednesday, July 16, 2014

Sambal Pahang aka Sambal hitam

Kat rumah aku selalu ada stok belimbing rebus. Tapi inilah aku baru mula nak belajar buat sambal Pahang atau sabal tumis belimbing hitam. Bagaimana nak rebus belimbing  bolehlah klik kat sini. Kalau nak buat sambal hitam mentah yang ringkas bolehlah klik kat sini.
Kali pertama aku mencuba memasak sambal ini,  rasanya kurang sedap sebab terlebih belimbing. Kali kedua mencuba terlebih pula cili api. Kali ketiga barulah rasanya agak menjadi.
Inilah anggaran kasar bahan2 yang aku gunakan
1/2 cawan belimbing rebus
1/2 cawan cili api
2 cawan ikan bilis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan kicap manis
gula, tambah sedikit garam jika perlu
minyak untuk menumis

Tumis bawang merah bersama bawang putih yang sudah dihiris. Masukkan bahan2 kisar yang terdiri dari cili api, bawang besar, belimbing rebus dan ikan bilis. Masukkan kicap manis.Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan sehingga agak kering.

6 comments:

  1. Salam Ramadhon Kareem
    singggah nmpak sambal hitam,..saya bukan boleh nampak makanan berkicap cepat ja kecurr liurrrrrr...ambil resepi ya mak ngah Pora ...Tq....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana singgah.... silakan mencuba resepinya... emm ada orang cakap, dlm bulan puasa, nampak nasi campur kicap aje pun macam sedap...huhu

      Delete
  2. huhu sedapnya. ni belimbing buah ke belimbing buluh tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belimbing buluh, yang lagi satu org sini panggil belimbing besi.

      Delete
  3. pernah juga makan, menarik sungguh perkongsian mak ngah disini, ana follow blog mak ngah #115.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... makngah pun dah follow blog ana..:)

      Delete