Tuesday, January 13, 2015

Hempedu bumi merawat demam!

Di suatu pagi yang cerah entah beberapa minggu yang lepas tatkala aku sedang membersihkan rumput rampai kat tepi longkang rumah, aku ditegur oleh seorang jiran. Seorang perempuan berbangsa cina. Mulanya pot pet siket ja. Tapi makin lama koi jadi makin panjang.
ehsan google
Diantara banyak yang kami bualkan, dia ceritakan pada aku khasiat daun pokok hempedu bumi ini.
Dia cakap aku pandai sebab tanam pokok ini. Aku cakap yang tu bukan aku tanam tapi ia tumbuh sendiri sebab benihnya dah sedia ada. Lepas hujan atau pada bahagian tanah yang basah, akan tumbuh anaknya berselerak di merata tempat. Dalam hati aku heran juga sebab aku ingat kalangan kaum melayu sahaja yang mengamalkan tanaman herba seperti ini. Ada juga yang menyebut pokok ini sebagai pokok daun cerita. Cerita yang aku dapat pada pagi tu kira paling hot lah..

Dia ceritakan orangtuanya yakni ayah dia selalu amalkan daun ini untuk merawat demam. Ayahnya tak gunakan ubat demam dari farmasi. Tapi yang tak syoknya dia cakap dia pun tak pernah amalkan macam yang ayah dia buat dan dia tak tau macamana cara ayah dia gunakan daun tu.

Sudah masuk tiga atau empat kali aku dah berjaya kawal simptom 'rasa-rasa nak demam' dari terus melarat menjadi betul2 diserang demam selepas mengambil daun ini sebagai perubatan alternatif.

Caranya ialah aku ambil 2-3 helai daun hempedu bumi, bersihkan. masukkan ke dalam cawan yang berisi air panas dan tutupkannya. Minum semasa ia masih suam. Rasanya memanglah sangat-sangat pahit. Tapi yang pahit itulah ubat! Ulang minum lagi jika perlu.
Tapi  jangan lupa untuk minum banyak air. Betul2 banyak. Minum hingga anda akan  ulang-alik ke bilik air setiap sela masa 15 hingga 20 minit untuk membuang air kecil. Jika demam anda tak jugak kebah  silalah ke klinik berjumpa dokter...  !

Aku google dan dapati daun ini juga rupanya boleh digunakan sebagai perawatan untuk menyembuhkan luka. Sebelum ini aku selalu didedahkan secara meluas daun ini diamalkan untuk memecahkan molekul2 lemak yang menyumbatkan salurdarah yang menjadi penyebab kepada tekanan darah tinggi. Seorang kawan aku bercerita dia sampai di masukkan ke dalam wad kerana tekanan darahnya terlalu rendah. Dia telah mengamalkan memakan daun ini dalam kadar yang sudah melebihi dos yang sangat melampau!

2 comments:

  1. pernah dengar juga mak ngah tentang khasiat hempedu bumi ni, cuma belum pernah cuba, takut tersalah pokok sebab tak pernah tengok yang betul-betul..tapi memanglah jiran ana pun aunty Cina banyak tahu khasiat tumbuhan yang dikongsikan bersama :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ana, jangan mencuba2 jika kurang pasti, tersilap makan buruk pulak padahnya... :)

      Delete