Followers

Saturday, April 16, 2016

Musim panas - sungkupkan pokok demi keselamatan..



Aku perasan anak pokok bunga sundal malam aku ni makin lama makin mengecil malah ada masa ia mengecut. Siram air sudah, boh baja pun sudah. Keadaan masih tetap tak berubah. Dua hari lepas aku cuba sungkupkan anak pokok ini.
Sehari lepas kena sungkup, aku tengok ada perubahan pada daunnya. Ia nampak lebih segar dan macam ada sedikit daunnya membesar daripada hari sebelumnya. Hai kenapalah sel2 otak aku ni tak cepat berhubung. Padahal dalam penanaman pokok tin sebelum ni dah jenuh diberi petua supaya anak pokok yang baru ditanam atau dipindahkan ke media baru hendaklah sentiasa disungkup. Sungkupan dapat menjauhkan kekeringan air terutama pada musim panas yang sedang melanda negara sekarang ini.
Dah dapat idea menyungkup anak sundal  malam, aku sungkupkan pula benih orkid ku ini. Ini pun mulanya dengan niat nak bereksperimen juga. Aku cuba simpan dan siram hari2 bahagian keratan orkid ni yang sepatutnya nak dibuang begitu saja. Tak sangka pula ia masih ada kudrat untuk hidup. Orkid jenis lain aku pernah cuba, jika tak mencuba dengn spesis ni, amatlah rugi dan malang sangat sebab bunganya besar dan cantik.

Lama kelamaan selepas kena siram air hari2, insyaAlah ia akan bertukar menjadi seperti ini.
InsyaAllah jika daun kecil yang di atas tadi tu terus membesar, akan muncullah bunganya seperti ini..Nama spesis susah aku nak ingat tapi ginilah rupa bentuk bunganya.

Benih pokok remunggai ni pun baru disemai. Usianya hampir 2 minggu. Yang ni ingat pula aku nak sungkupkan dengan plastik sejak hari pertama aku semai rantingnya.

Minat yang sangat mendalam terhadap pokok munggai ni datang secara tiba-tiba. Dulu tak minat nak tanam memikirkan ia pokok besar yang pasti akan ambil banyak ruang. Dah terbaca kat satu group tu menyatakan sekarang pokok ni tengah hebat berada di pasaran. Permintaan tinggi pada daun hijau juga biji buahnya yang sudah masak. Kesimpulannya keseluruhan pokok semuanya punyai nilai perubatan yang tinggi. Dengar ceritanya mengamalkan produk remunggai dapat menghasilkan antibodi dalam badan kita seumpama kita sedang berada di usia belasan tahun!

No comments:

Post a Comment