Tuesday, April 12, 2016

pohon anggur di atas busut..!

Ini gambar pokok anggur yang selalu aku tuliskan kisahnya kat dalam blog aku sebelum ini. Jenuh dah aku duk panjat kerusi untuk proses pruningnya bagai. 

Suatu hari aku baru sedar rupanya sang anai2 sudah buat penempatannya kat bahagian bawah rumpun perdu pokok anggur. Nak buat macamana dengan koloni yang sangat aktif bekerja ini?
Sarang yang dibuatnya bukan setompok tapi bertempek2 di serata tempat. Lepas dua hari aku siram dengan racun, ia pindahkan pula sarangnya berpusing2 kat kawasan sini juga.
Ini aku dah jumpa se ekor permaisurinya. Bandingkan saiz sang permaisuri dengan saiz seekor bala tenteranya. Aku tengok permaisurinya hanya mampu gerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sahaja. 

Sekarang aku nak tukar pindahkan menanam pokok anggur ke dalam pasu sahajalah pulak. Tak perlu tanam atas tanah lagi. Mungkin dengan cara bertanam dalam pasu akan lebih mudah nak menguruskannya. Gambar yang aku petik dari google tu akan aku jadikan sandaran... moga aku lebih kuat rajin nak menyiram dan membajanya selepas ini...

No comments:

Post a Comment