Wednesday, July 20, 2016

bertanam pokok di taman perumahan...

Dulu dulu ni aku tanam pokok ikut suka rasa hati. Lani pun masih minat nak bertanam lagi. Jenis pokok yang ditanam pun ikut minat semasa. 
...dari kiri, pokok inai merah, limau purut, lemuni, murunggai dan betik.

Yang tunggul tengah kering jadi kayu mati tu asalnya pokok setol. Jenis setol buah besar bukan setol yang kami panggil buah seteiy kuning yang isinya manis tu. Terpaksa aku buang pokok yang dah besar ni sebab rasanya ia dah kurang sesuai menetap kat situ. Pokoknya tinggi susah nak diambil buahnya. Buahnya pula selalu busuk sebelum masak disengat serangga perosak. Dahannya mengganggu kabel elektrik dan juga ketenangan jiran berhampiran. Dahan yang condong ke kawasan rumah dia terpaksa dia memotongnya.
Macamana nak matikan pokok sebesar tu?
Mula-mula siatkan keluar kulit batang pokok kemudian sapukan  Tri-ester 32. (Sampel botolnya dah ku buang, lupa nak ambil gambarnya). Lepas tu sapukan tempat yang dibuang kulitnya tadi dengan petrol. Pembantu kedai tu cakap biarkan saja pokok tu macam tu nanti lama kelamaan ia akan reput dengan sendirinya. Selepas  tunggulnya mati dah banyak kali aku cuba tolakkan ranting dan dahannya  pun ia masih lagi tidak patah atau sekah jatuh ke tanah.
Ini gambar anak pokok lemuni yang aku dah tanam semula seperti gambar di atas tadi.
Ini banir pokok lemuni lama yang dah dipotong. Waktu mula bertanam dulu tak terfikirkan sangat masalah longkang yang boleh pecah hasil buatan akar pokok di dalam tanah.
Nampak macam dah berhasil. Tunggul ni aku ulang sapu beberapa kali dengan menggunakan minyak tanah. Sebelum ni aku pernah matikan pokok kelapa dengan menggunakan minyak tanah. Ada orang bagi petua curahkan minyak tanah pada bahagian pucuk pokok kelapa. Lama kelamaan pokok akan layu dan akhirnya mati.
Lebih kurang lima tahun dulu waktu pokoknya masih kecil...

Ini pula gambar pokok murunggai atau moringa.

No comments:

Post a Comment