Sunday, October 16, 2016

hindarkan hanyir ikan patin

Aku baru masak ikan patin. Teringat pulak nak menulis catatannya di sini.

Masakkan ini khas dibuat untuk peminat tegar ikan patin asam tempoyak sahaja. Kalau ikan patin yang digoreng garing tu aku minat jugalah siket2...
Ini sepinggan ikan patin segar yang akan dimasak. Isinya sudah rompong sedikit aku kerjakan.
Aku bedahnya untuk keluarkan cebisan lemak yang terkumpul di dalam isi ikan. Lemak ini kuning serupa dengan lemak pada ikan keli. 
Lepas sudah dibersihkan, rendam isi ikan ke dalam bekas yang mengandungi air belimbing yang diramas bersama garam. Boleh juga gunakan lain2 jenis asam bercampur garam selain dari buah belimbing.
Selepas dibilas bersih dan berselawat bolehlah dimasak.
Tumbuk cili api aku gunakan sarung tangan.
Jika tak pakai sarung tangan, mau nya tangan berpijar panas sepanjang hari...

Masukkan tempoyak dan cili api ke dalam periuk. Tambahkan air. Masukkan isi ikan. Jerangkan atas api. Tambahkan daun kesom. Masukkan asam keping jika perlu. Bila sudah cukup masak kecilkan api dan sesuaikan rasa asam garamnya. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Gambar lauk yang dah siap dimasak lupa pulak aku nak ambil gambarnya..

No comments:

Post a Comment