Followers

Thursday, June 27, 2013

Awang Putat dan Abdul Rahim Kajai

Lebih 30 tahun dulu aku dah pernah dengar nama Awang Putat. Abdul Rahim Kajai pun. Tak sangka pulak aku akan dapat juga akhirnya membaca cerpen ini yang datangnya dari zaman sebelum perang dunia ke 2. Cerpen Pak Sako Istana Berembun pun ada. Penulis Shamsudin Salleh pun ada. Apa hebatnya ia?
Buku ini tebal. Aku pun baca baru sampai setengah. Sebab selalu tertidur. Hu hu hu.
Aku tidak berminat untuk menghuraikan isi2 ceritanya yang panjang lebar kat sini.

Sedikit ulasan dari aku ialah permasaalah orang melayu dari zaman sebelum perang sehingga ke hari ini tak pernah berubah. Sama saja. Latarbelakang dialognya saja yang berbeza. Zaman sebelum perang menggunakan bahasa baku laksana wayang Allahyarham Tan Seri P. Ramlee di studio Jalan Ampas.
La ni zaman dah canggih. Orang dah pakai fiber optik. Dan komen2 kat media letronik terutama time PRU 13 dulu aku nampak isu utamanya  macam nak sama ja dengan isi penceritaan dari dalam novel ini.

Aku cukup rasa puas hati. Sukahati yang mungkin orang lain tak faham. Bangga sebab pusat sumber kat tempat baru aku ini menyimpan koleksi himpunan buku2 yang kadang2 aku tak dapat nak mencarinya kat tempat lain!. 

No comments:

Post a Comment