Followers

Friday, June 21, 2013

Orkidku - Cacat yang bertuah

Lamanya aku menunggu. Suspen nak tengok bagaimanalah rupanya bunga yang ku tanam. Ku semai dan ku baja... :)  Aku bela anak orkid ni dari kecil.
Tak yakin juga yang aku mampu besarkan anak orkid ni hingga daunnya mencecah besar lebar macam kat pameran orkid yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Tiba dah sampai pada tika dan saatnya .....Dah menyulur panjang lain pula yang kembang. Ingatkan kelopak bunga rupanya ia tertukar ke warna hijau. Iskk...! Aku kah yang sepatutnya jadi hulk....??

Kalau dilihat dari sudut atas, tak ada satu cacat celanya pun kan... Pada yang tiada minat pada tumbuhan orkid tentu tiada apa bezanya pun kann... Eii.. tension.

Dan akhirnya. Tetiba pada suatu hari kat bahagian bawahnya terjuntai pulak keluar akarnya. Fuhhh.. lega rasanya. Orkid ni beranak rupanya.. Dapatlah aku menambah koleksi orkid aku lagi. Agaknya kecelaruan besar2an pada mutasi gen  dan mutasi kromosom untuk merebut pembahagian mendapatkan tempat samaada sebagai bunga ataupun anak orkid.

No comments:

Post a Comment