Thursday, January 16, 2014

Pokok epal yang ramah

Ini adalah lanjutan dari kisah aku mula menanam anak pokok epal KAT SINI.

Mulai disember, angin kering dari monsun timur-laut menyebabkan pantai barat mengalami musim kering. Minggu lepas sedikit hujan turun. Lepas hujan aku nampak pokok epal aku sedikit segar. Ada tunas baru mula tumbuh.
Tunas baru mula kelihatan pada minggu lepas.
Nampaknya pokok epal ini mulai pulih dari masalah terlebih siraman air. Oleh sebab ia dah mula ramah mengeluarkan pucuk dan rantingnya yang baru, maka aku berpendapat epal ini tahan lasak juga dengan cuaca di Malaysia. Oleh itu pada sesiapa yang berminat nak cuba menanam pokok epal, bolehlah mula mencubanya dari sekarang!

No comments:

Post a Comment