Followers

Monday, August 4, 2014

Memetik anggur

Ini hasil tuaian anggur aku musim bila ek? Aku pun dah lupa lah. Waktu ambil gambar ni aku agak aku akan boleh mengingatnya, rupanya tidak.Yang aku ingat ialah hasil tuaian aku pada kali ni adalah dalam 500gm.
Tapi pasaipa yang dikutip hingga kebuahnya yang masih hijau lagi? Ada jiran datang menegur waktu aku mengutipnya. Bila aku beri dia rasa, dia kata, 'Emmh! manislah!!
Manis lah. Tapi rasa manisnya semacamlah. Maksud aku manis anggur yang bukan datang dari negara beriklim sejuk. Aku nak terang macamana rasa manisnya pun aku tak reti..

Sebelum-sebelum ni aku selalu buat fitnah kat tumbuhan anggur aku ni. Aku pikir ini anggur hijau. Suatu hari aku terserempak dengan sebiji buah yang tersorok dari pandangan mata. Buah yang tersorok tulah yang matang sehingga ia bertukar menjadi merah kehitaman. 

Aku bungkus buah2 ni semua sejak ia masih kecik lagi. Susah tau. Tergeliat leher nak klip setangkai ke setangkai. Kalau tak bungkus, buah ni akan hilang. Dah bungkus pun ia masih hilang juga. Agaknya ada burung yang mengintai dan mematuk buahnya.

Macamana caranya aku uruskan buah yang masih hijau ni? Aku peram sajalah buah2 ni semua tunggu sehingga ia masak. Peram gitu ajelah. Jangan nak pikir aku peram buat wine pulak! ..hu hu..


6 comments:

  1. Salam mak ngah..... Waahh rajin betul update tak terkejar kt sy ..salute lee :))
    nampak sedap anggur tu berjaya gak mak ngah mananamnya hingga berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam siti, terima kasih sudi singgah... hehe mak ngah ni pun jenuh "menggagahkan diri" nak mengupdated blog... huhu..... dah siti memuji mak ngah rajin ni, semangat lak rasa nak pi perosah anggur bagi dia berbuah lagi.. hehe

      Delete
  2. Assalam Mak Ngah.. dpt anggur fresh .. tumpang seronok tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... anggurnya mmg fresh, tapi rasanya tidaklah semanis yang beli kat supermarket tu... huhu

      Delete
  3. assalamualaikum mak ngah, singgah sulung ke sini, tanaman sendiri anggur ni,Seronoknya dapat tuai buah anggur macam mimpi yang indah je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam ana. terima kasih sudi singgah. Memang seronok juga dapat tengok buah2 anggur tanaman sendiri... nak cuba tanam ke? boleh makngah beri benihnya...

      Delete