Friday, April 3, 2015

72 hari mengembara dari Singapura ka- London


Nama Buku: 72 hari mengembara dari Singapura ke London.
Penulis: Kalam Hamidi
Penerbitan: Toko Buku Abbas Bandung, Melaka.
Cetakan Pertama: 1965
di-chetak oleh: Sharikat Malayan Printers, No 3, Jalan 201, Petaling Jaya, Selangor. 
Harga: $3.80

''Kapal "Rajula London" yang  kami tumpang itu kepunyaan Sharikat Inggeris. Perjalanan-nya berulang alek membawa penumpang dari Singapura ka-Madras. Dalam perjalanan ka-Madras ia singgah di-tiga buah pelabohan untuk mengambil dan menurunkan penumpang: dari Singapura ka-Port Swettenham, ka-Pulau Pinang, ka-Nagapatnam dan ka-Madras. Berat-nya kira2 8,700 tan dan umor-nya sudah menjangkau 100 tahun.
Kapal tua ini sa-tiap pergi dan balek- nya memuat penumpang tidak kurang dari 2,000 orang. Perjalanan-nya memakan masa delapan hari delapan malam. Tambang-nya untok kelas tiga (dek) dari Singapura ka-Madras sa-banyak $79.65 tidak termasuk belanja makan. Sa-pinggan nasi bercampor lauk sa-kali berharga $1.00 dan sa-chawan teh harganya 10 sen.''
... Pada keselurohan-nya segala peratoran dan hal keadaan penumpang2 terutama penumpang2  di-bahagian dek sama sahaja yang terdapat dalam kapal "Haji"....

Keratan di atas  adalah coretan awal penulis  mengenai pengalaman sebenar beliau sendiri yang direkodkan dalam bentuk dairi dan dibukukan semula untuk rujukan generasi yang akan datang.. 

Rasanya macam aku sorang saja yang berminat membaca buku2 yang bercorak seperti ini. Dan rasa aku lagi, novel2 lama yang berunsur begini sudah tidak diulang cetak lagi..

8 comments:

  1. Buku ini saya baca lebih 40 tahun dahulu. Memang seronok membacanya tetapi saya ingat² lupa dah isinya (10% ingat 90% lupa). Kalam Hamidi menulis dengan cukup menarik. Tidak jemu membacanya. Dia menceritakan kembali pengalamannya dari sudut orang kerdil, dengan bekalan wang yg amat terhad mengembara jauh ke negeri orang. Memang dia cekal dan berani. Saya tak ingat sama ada dia seorang diri atau dengan kawan disepanjang pengembaraannya itu. Sepatutnya dia dinobatkan sebagai seorang wira Melayu oleh kerajaan. Dia mengembara tanpa bantuan dari kerajaan. Jika apa² terjadi ke atas dirinya sewaktu dalam pengembaraannya itu tidak ada siapa yang tahu. Hasil pengembaraannya dibukukannya pula, setanding dengan buku pelayaran Munshi Abdullah. Sekarang tulisannya dibaca di seluruh dunia. Diharap Kerajaan Malaysia tidak melupakan insan ini. Berilah dia anugerah yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, buku ini hendak dijual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ngah pinjam buku ni dari library sekolah..

      Delete
  3. Boleh beli buku ini? Saya pinjam kepada seotang yg curinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku ini sudah dipulangkan, saya pinjam dari library sekolah tuan.

      Delete
  4. Alhamdulillah abah saya Kalam Hamidi kini berusia 86 tahun dan tinggal di Gombak Selangor.
    Saya anaknya Shahrizal 0133020954

    ReplyDelete
  5. Salam ..abah saya Kalam Hamidi telah meninggal dunia pada 21/2/2024 pada usia 89 tahun dan dikuburkan di Ukay Perdana, Hulu Klang. Kisahnya ada dlm fb saya Shah Rizal.

    ReplyDelete