Saturday, October 24, 2015

pengukus buluh dan pekan cina Alor Setar..

Aku dah beli pengukus yang dibuat dari buluh.
Apa bagus ke guna kukusan yang dibuat dari tanaman pokok buluh..?
Aku dah guna. 
Memang betul aku tak perlu lagi hadapi masalah air kukusan yang jatuh menimpa kuih yang aku masak.
Tak perlu lagi nak cari kain kasa atau aluminium foil menjadi payung kepada wap air...🌂 😖
Bahagian bawah tu dulang pengukus. Kalau nak buat kuih pau, letak jer pau kat atas redai buluh. Yang anyaman rapat serupa dinding buluh rumah tok aku dulu tu ialah bahagian penutupnya. Ada sedikit cembul sebagai pemegang tudung kukus. Nyonya tu pesan sebelum guna nyahkuman cukup satu kali sahaja. He he. Aku yang cakap basmi kuman, nyonya tu cakap celup cukup hanya sekali sahaja ke dalam air panas. Lagi satu dia pesan lepas setiap kali guna, keringkan ia dan jangan disimpan ke dalam bekas plastik. Ini langkah untuk elak dari pembiakan kulat dan fungus agaknya..
Satu lagi dia pesan semasa mengukus pastikan bahagian tutupnya rapat dengan selarikan dawai tembaga atas dan bawahnya seperti yang aku buat tu..
Percubaan pertama aku ialah buat kuih sagu bertalam ni. Ada lagi percubaan berikutnya.. :)
Ini dah mengantuk sangat, aku tepek juga gambar kuih apam ni yek.. 😄
Kuih apam lagi... 😝
Apa tu pekan cina? Pekan cina dan pekan melayu duduknya bersebelahan kat pekan Alor Setar. Ia ujud sejak zaman orang gunakan sungai sebagai pengngkutan air dan lanca selaku pengangkutan darat. Orang cakap serba mak nenek semua boleh dapat kalo cari kat pekan cina walaupun sekarang ni pasaraya besar makin berlambak kat bandar Alor Setar.

Macamana nak pi pekan Cina?
Mai sini aku nak story..
Nindia petua tandanya anda sudah berada di tempat yang betul. Hala ke kanan ialah pekan melayu. Dulu belah sana ada pekan Rabu. Tapi la ni pekan rabu dah pindah.

Yang hala ke kiri tu ialah jalan nak pi pekan cina. Selekoh tepat selepas jambatan ini.
Ini pekan lama. Memang tak ada parking kat tepi jalan. Jadi elok juga jika anda belok ke kiri masuk ke pekan cina. Jika anda jalan terus ikut jalan pekan cina, anda akan berjumpa dengan menara ini kat Tanjung Chali. Menara ini ialah pengkalan tempat memunggah bekalan pada zaman dahulu. Sekarang ni ada perkhidmatan Towards the First Legend Cruise in River of Kedah jom jalan-jalan menyusuri sungai Kedah.

Andai anda sudah terlajak selekoh tadi, anda akan terjumpa gambar tokoh ini kat lukisan dinding. Itu tandanya kedai yang menjual barangan rotan itu berada kehadapan sedikit di seberang jalan sebelah kiri lukisan ini. Senang saja, ia berada kat jalan besar ini. Pengukus buluh berbagai saiz sehingga sebesar saiz industri dijual kat kedai barangan rotan ini.
Merujuk kepada gambar atas ni, dah nampak kan menara Alor Setar? Balai Besar ada kat sebelah kanan sebelum menara. Sebelah kiri menara ialah Masjid Zahir. Lepas masjid zahir baru jumpa Aman Central.
Semua gambar2 pekan cina ni aku google. Agaknya inilah kedai rotan yang aku maksudkan tu..

4 comments:

  1. Salam. Berapa harga fullset pengukus dkt sini?
    Nak buat meniaga pau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. tak berapa ingat harga dengan tepat, kalo tak silap set pengukus sekali penutupnya yg saiz 9inci ni hampir rm50

      Delete
    2. Asalam..saya brminat utk beli fullset pengukus pau buluh..tlg bagi info penuh

      Delete
    3. Wksalam.. THEY HIN. 45, Pekan Melayu, 05000 Alor Setar. Tel/Fax:04-7328724 H/P:012-4763263, 019-4776930 kedai kita sedia membuat bilai kayu, bilai buluh, kerusi rotan dan lain- lain

      Delete