Monday, June 20, 2016

Bubur biji salak

Assalamualaikum..
Aku teringin sangat nak merasa bubur biji salak. Namanya pun macam menarik. Terjumpa resepi ni di alam maya. Seorang hamba Allah beri komen beliau dan family pernah tinggal di Indonesia kalau tak silap teringat kat makanan ni bila tiba bulan puasa.
Dah pukul 12 tengahmalam aku masih gigih nak cuba juga buat kuih ni. Guna santan kotak jer.. Entah kat mana silapnya agak berbuih pulak kuahnya... tak apalah asal dapat juga merasa. Sedap. Terasa liat2 tepung ubi bila dikunyah. Bila aku gogel nampak lagi sedap bila terjumpa gambar yang menggunakan ubi berwarna purple gelap.
Resepinya agak mudah. Serupa buat kuih buah melaka. Sukatannya aku tak berapa ingat. Aku bancuh sukatannya main agak-agak sahaja.
250gm isi keledek rebus
75 gm tepung ubi/ kanji
Gaulkan isi ubi keledek yang sudah direbus bersama tepung ubi. Bentukkannya kecil bulat2. Masukkan adunan yang sudah siap dibentuk bulat2 ke dalam periuk yang berisi air sedang mendidih. Bila kuih timbul tandanya ia sudah masak. Angkat dan sejatkan kuih yang sudah masak.

Untuk kuahnya masakkan santan cair dengan gula kabung. Letak secubit garam. 
Masukkan biji salak yang sudah siap kedalam kuah gula kabung untuk dihidangkan. Nak tambah rasa sedap masukkan sedikit santan pekat ke dalam kuahnya sebelum dimakan.

No comments:

Post a Comment