Sunday, October 16, 2016

makan buah seralat

Tak ingat pula adakah aku pernah makan buah seralat sebelum ini.

Rasanya ada juga tempat yang panggil buah ini dengan nama buah mentega. Aku pernah tengok buah ni dekat pokok2  di tepi jalan sebelum ini. Tak pernah pulak teringat nak merasa buahnya. Buah ni macam tak popular.
Perkataan seralat ni buat aku teringat pada 'bola seralat'. Rasanya kecik2 dulu pernah dengar budak2 kampung aku sebut bola seralat. Rupanya bola seralat tu merujuk kepada bola tenis.

Gambar buah ni jugak yang buat aku tersilap buat kawad cam dengan buah lokchan. 
Keinginan nak merasa buahnya  mula timbul selepas aku ternampak ramai yang post gambar buah ini kat group2 kebun. Telan air liur aja lah...
Tak semena-mena semalam ada makcik berjualan buah ni dekat pasar. Bulu2 halus yang menempel pada kulit buah ni pun nampaknya sudah pun dibersihkan. Aku tengok buah mengkal yang masih berwarna kuning pun ada juga.
Rasanya sedap. Isinya gebu serupa isi epal. Rasanya seakan epal atau pisang. Baunya wangi. Aku agak ia sesuai untuk pengidap diabetes sebab ada rasa kelat2 siket. Tapi kalo buah yang cukup masak, rasanya manis sekali.

8 comments:

  1. assalam.. pertama kali tahu mengenai buah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam... antara buah yang hampir pupus... :)

      Delete
  2. Assalam, ini seakan buah "mentiga"
    masa saya tinggal di Pekan Pahang byk buah ni di blkg umah..
    mgkin lain negeri..lain gelerannya..
    diluarnya ada bulu2 halus..kalau ingin mkn kna bersihkan dulu dgn sabut kelapa @ berus dibwh aliran air paip..

    cikhas...
    sudah berpuluh thn saya tidak mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. betul ada tempat yang panggil buah ini mentiga.
      Ia ada bulu-bulu halus, itu agaknya ynag buat ornag sini samakannya dengan bola tenis... bola tenis ornag sini panggil bola seralat :)
      Mak ngah pun ini lah baru betul2 merasa buahnya..

      Delete
    2. akhirnya dpt juga tgk buah yg sllu tgu dipgi hri sblum msuk sekolah..di kelantan,kmi pgil buah topoh(dr bhsa arab apple)..bru thu nma sbnar buah mentega..mne la nk dpt ye

      Delete
  3. Suka info tambahan ilmu ibu saya ini.

    ReplyDelete
  4. Suka info tambahan ilmu ibu saya ini.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Kat mana nk dpt buah ni... Rse teringin nk Cuba... Klu dpt benih nya boleh la tnm

    ReplyDelete