Thursday, March 24, 2011

nasib mu sipohon pisang



Aku tak tahu apa nama pokok pisang ini. Pohonnya rendah sahaja tapi tandannya laboh panjang, ada masanya hingga mencecah tanah. Itu yang membuat aku terpikat dan dapatlah benihnya.

Pernah juga ia mengeluarkan buah. Kadang2 pokok pisang ini meregeh kering di musim kemarau. Musim hujan ia biak semula. Sekawan kambing pula datang menyerang. Begitulah, kadang2 ia ada kadang2 tak ada.

Diberikan oleh rakan lelaki satu tempat kerja dengan aku 20 tahun lepas. Dia ni pun jenis minat bertani hangat-hangat tahi ayam macam aku jugak lah. Pokok anggur dan nangka madu yang diberikannya pada aku dah lama pupus. Hehe.

Sekarang pokok pisang ini sangat bernilai pada daunnya. Selalu dipotong untuk dimasak. Ada peminat tegar lempeng pisang... Bagus juga makan pisang. Sumber utama potassium untuk bakal ibu yang sedang mengandung, mengidamkan peknga pisang.

2 comments:

  1. Tak silap namanya pisang serendah... buahnya mmg besar2.. sy pernah tanam dulu jiran kiri kanan pun heran tgk buahnya.

    Salam kenal dr sy di HTTP://MENUARIZAH.BLOGSPOT.COM

    ReplyDelete
  2. Pisang serendah.. owh begitu namanya.
    Terima kasih pada CT jadi follower dan tinggalkan jejak pada blog MakNgah yang tak berapa nak semenggah nih... hehe

    TQ dan salam kenal dari Mak Ngah.. :)

    ReplyDelete