Friday, May 11, 2012

Aku dah tengok filem Bunohan!


Awal Mac lepas, bekas engineer muda kat depan aku tu tanya aku pasal filem Bunohan. Haha. Ingat aku ni tokey wayang ke...?
Balik rumah aku tanya anak aku. Dia pun tak tau apa tu Bunohan. Aku buka blog ni. Lepas baca blog  Hikayat Sinaganaga ni, hati aku makin digamit gamit. Aku makin teruja nak tengok filem bunohan.


Anak aku titipkan pada aku cerita Bunohan. Dia kata siap dengan sarikatanya sekali. Dengan sarikata Bahasa Malaysia ke? Ha ha ha. Sangatlah lawak bagi aku. Tengok filem melayu tapi nak kena ada sarikata bahasa melayu .. Dia kata kalau ada  masa dia nak ulang tengok lagi kut2 dia boleh faham filem ni.


 Aku pun dah view2 filem ni banyak kali barulah boleh faham siket2. Itu pun sebab dah selepas baca ulasan dari blog en sinaganaga... Tapi itu pun tak tahu lah pulak kot2 aku ni  ada yang dah tersilap faham. Keh3.


Ini gambar Tengku Azura. Bukan senang aku nak dapatkan gambar beliau nih. Mulanya aku sangka banyaklah sangat adengan Mek Yah dalam filem ni. Mek Yah rupanya timbul hanya sekejap sekejap sahaja. Cerita epik dengan banyak peran peran ni ada masanya buat aku konfius. .

5 comments:

  1. http://3mugs.com/files/imagecache/full/11/41/4/7.jpg kah3

    ReplyDelete
  2. bahasa kelantan tak mcm bahasa melayu.. sbb tu kena download subtitle. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcmlah tak biasa... classmate, housemate n flatmate lani masih lg bergaul dgn puak2 kelantanese..

      Delete
  3. mmg faham ler dialog citer ni sbb bhs kelate tu mmg bhs ibunda..tp still tak faham plot citer dia..sy tgk sbb menyangkakan ia ada kaitan sejarah nama tempat ,bunohan di tumpat..kena baca ulasan kat blog Hikayat sinaganaga dl ni..tapi leh tabik la kat faizal n sorg lg pelakon muda yg jd adik dia tu..lakonan nampak semulajadi..

    ReplyDelete
  4. mak ngah faham bahasa kelantan dlm 96%, plot cerita ni yg amat berseni tu yg buat lambat nak faham tu...keseluruhan filem ni mmg mantop... mngah suka adengan bila Aidil ckp kat abah dia "abih doh 3 minit..."..:-)

    ReplyDelete