Followers

Saturday, May 5, 2012

Kerabu gajus bersama nenas

Bahan2
buah gajus (dihiris dan diperah buang airnya)
buah nenas (potong kecil2)\
sedikit daun gajus (dihiris nipis)
sambal belacan ( sambal belacan biasa ~ lada besar+cili api+belacan bakar+garam+gula+ bawang hiris)

Selepas sediakan semua bahan di atas, akhir sekali gaulkan semua bahan hiris bersama sambal belacan. Siap untuk dihidangkan.

Kerabu ini aku buat pada hari ni. Lama dah seorang senior bagi tau kat aku pasal resepi ini masa kat cafe waktu sedang mengambil makanan. Aku sangat terliur nak mencubanya tetapi terpaksa ditangguhkan sebab kesukarn nak dapatkan buah janggus. Hari ini adalah hari bertuah aku. Ada buah gajus dijual kat pasar dengan tak disangka2. 

Amacam? Sedap ke? Hehe. Sedap ler bagi aku yang selalu minat dengan makanan yang berbeza sedikit dari selalunya. Pada yang belum biasa makan buah gajus tentu rasanya agak berbeza sedikit kot. Senior aku tu cakap ini adalah makanan orang dulu2. Owhh..! Macam tu ke? Aku tak tahu pun selama ini. Mungkin ini adalah disebabkan oleh dia yang datang dari daerah yang berbeza. Kat kampung asalnya daerah Kuala Muda (kalau tak silap aku) mungkin dulu2 banyak  pokok janggus. Aku pernah tengok dekat kawasan pantai di negeri2 bahagian pantai timur dulu selalu banyak tumbuh pokok jambu golok ini. Tapi  kampung aku yang berhampiran dengan sawah bendang di bahagian pantai barat semenanjung pun ada juga ditumbuhi dengan pokok janggus ini.

Jadi yang aku ingat hanyalah ini. Arwah tok aku pernah buat ini untuk dimakan bersama dengan nasi putih. Jadi aku pun cuba buat ini juga. Simple sahaja. Hiris dan perah buang sedikit air buah janggus. Masukkan sedikit air ke dalam mangkuk. Tambahkan belacan bersama garam, lada besar hiris dan bawang merah hiris. Gaulkan semuanya sekali bersama isi gajus yang diperah airnya tadi.

Sedap ke? Hehe. Sedap jika makanan yang dimakan itu adalah semasa perut kita benar2 sedang lapar. Jika perut dah kenyang apa yang kita makan pun dah rasa tak sedap lagi dah. Sebab itu lah Nabi sarankan umatnya supaya makan apabila  lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang..!

Hari ini organ dalaman aku bekerja keras. Usus kecil, usus besar, pundi hempedu, pankreas, perut, hati dan buah pinggang aku disiksa..:) Teruknya nak mencerna makanan. Aku makan ayam goreng, ikan keli, telur goreng, udang, lemak,  daun gajus, nenas, buah gajus, buah setul, tu tak termasuk lagi dengan rencah bahan makanan. Mujur aku tak ikut rasa hati aku sebab tadi tu dah dekat2 nak terasuk terasa nak juga buat laksa  pudina dan nenas.....

7 comments:

  1. ya ALLAH.. mak ngah pora ilah dah berpuluh2 tahun tak makan kerabu ni..tok selalu buat utk ilah masa sekolah dulu2...adoii aiii terliuq ialh tgok.. nak kena tanam lah sepokok kat kebun dimelaka.. nak kena cari benih lah...sedapnyaaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah... ilah dh pnh mkn kerabu ni jgak ke...org2 lama ja yg reti mkn benda2 mcm ni kan..bgusla ilah, cbala tanm, mngah dh ada tanam sepokok kt rmah... ktip daunnya sekali sekala ambik wt ulam..

      Delete
  2. kt kg dulu2 byk buah gajus tp tak pernah makan kerabu gajus ni.Sedap ke?

    ReplyDelete
  3. Saya pernah makan buah gajus cicah dengan garam sahaja. Saya pun selera macam Mak Ngah juga... makanan yang biasa-biasa tak adventerous. Di Brazil jus air buah gajus dikomersialkan. Kenalan saya seorang doktor pesan jangan terlalu kerap makan buah gajus, nanti otak lembab... makan biji dan daunnya tidak mengapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mngah dh mkin diinjak usia ni, makin rindu pd makanan yg pnh dimakan disuatu masa dulu...:)... aneh jg dpt tahu air buah gajus dikomersialkan..waktu sembang2 dgn kakak yg bg resepi kerabu ni dia ada jg bgtau yg pucuk gajus tak elok dimakan sangat nanti dpt penyakit lupa.. agaknya apa2 pn yg tlebih dos tu boleh bawa mudarat..

      Delete
  4. Tudia...jumpa dah resepi buah janguih...rare resepi ni. Tp nk ubah sikit..taruk mangga muda sekali...lama dah x mkn...20 tahun lebih dah...tq2 for resepi fantastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. sedap juga ni bila sekalisekala jmpa mknn antik gitu... huhu... sedap dak kerabu janguih campur mangga.. haha

      Delete