Followers

Friday, May 25, 2012

Lagi kain tudung sulam bermanik

Assalamualaikum...
Aku masih lagi nak tunjukkan hasil sulaman pada kain tudung yang aku dah siapkan. Gambar patung baby cute kat atas tu aku letakkan kat sini sebab ia comey sangat... Macam tak logik pulak kalau aku sendiri yang pakai kain tudung sulam rambu ramba macam yang baby ni pakai kan....
Ni nak tunjukkan potongan kain tudung yang selalu aku buat. Kawan aku kata dia pun berkenan sebab potongannya yang labuh. Tapi aku pun belum bersedia nak tolong sulamkan untuk dia sebab?.. Entah. Untuk pakai sendiri2 tu bolehlah... 
Nak tunjukkan potongan kain tudung bahagian hadapannya. Tak ada cantuman potongan kain pada bahagian hadapan seperti biasa. Cantuman potongan kain ialah di bahagian belakang.
Ada 3 helai kain tudung kat sini. Banyak helai juga yang aku beli hari tu. Tak ingat berapa helai. Sulam dan jahitkan manik perlahan2.
Banyak masa juga diambil untuk nak siapkan ini semua.
Yang benang kuning bawah sekali tu aku gunakan benang jahit biasa. Sengaja nak mencuba sebab aku rasa gunakan dua jenis benang kat atas tu rasa macam keras sedikit. Rupanya benang lembut buat ia meleding.

4 comments:

  1. bravo la mak ngah! ana baru plan nk jahit manik kat tudung..mak ngah dah siap pun jahit..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah ana.. rasanya antara nak jahit baju yg kena mangkit dok banyak2 kali dan rumit, lebih baiklah ambil upah jahit manik pun lagi lumayan..

      Delete
  2. adehhh klu adda la yg nk wat cmtu..mau makin rabun mata den ni hah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak berapa baik selalu merenung benda2 kecik macam ni. tp nk wat lagu mana... dh minat pnya pasai...hehe

      Delete