Wednesday, October 3, 2012

Pulut panggang hitam

Bahan2
1 cawan beras pulut susu
1 cawan beras pulut hitam (rebus hampir lembut)
santan dari 1 biji kelapa
sedikit garam
daun pisang dan lidi (penyemat daun pisang)

Rebus beras pulut hitam hingga ianya hampir lembut dan kering air rebusannya.
Campurkan beras pulut hitam yang direbus tadi bersama dengan beras pulut susu yang sudah dibersihkan dan sejat airnya
Masukkan beras pulut hitam bercampur beras pulut susu + santan + garam = kukuskan dalam loyang.
Anggaran santan ialah menutupi/melitupi keseluruhan permukaan pulut di dalam loyang yang hendak di kukus itu.
Kukuslah hingga masak. Bila pulut rasa lembut, tandanya ia sudah cukup masak. 


Aku letak video ketupat daun pandan ini kat sini sebab hajat aku yang awal ialah nak buat ketupat jenis yang inilah. Mesti ketupat daun pandan ni sedap dan berbau wangi. Tapi oleh kerana aku tak ada bekalan daun pandan, itu yang aku kukuskan pulut aku sehingga masak terus sahaja di dalam loyang

Jika nak buat ketupat, pulut yang dimasak untuk balut dengan daun (daun pandan/daun palas/daun kuar) untuk dibuat ketupat, tak perlulah cukup masak. Biarlah masaknya separuh masak sahaja.

Aku pun tak arif sangat pasal pulut panggang ni. Aku pernah tengoknya entah beberapa kali agaknya  pada zaman aku kecik2 dulu. Zaman orang masih gunakan kayu api untuk memasak. Lani tak pernah aku tengok dah pulut pesyen ni dijual orang. Tapi kata kawan aku, masih ada lagi ianya dijual orang kat pasar malam mana entah. Tak ingat dah aku.
Ini dianya aku nya pulut panggang. Create dan abadikannya kat sini!. Kut2 aku boleh jejak semula di kemudian hari, boleh rujuk balik. Mas'ilah orang pelupa macam aku ni kan...

Nampak sangatlah hasil nukilan aku ni cacat siket kan.. Pulut ni terlebih kembang! Tapi layan je lah. Sedap sungguh ianya pada selera aku pada hari tu. Macam orang mengidam pulak aku ni. Kena pulak hari tu menantu aku  bawa balek rendang  jamuan raya dari tempat kerjanya. Fuuhhh.. syahdu gila.. !
by google
Ok. Ini dia pulut panggang original yang dipanggang betul2 menggunakan kayu semanggang. Ada ke yang tak tahu apa tu semanggang? Ha ha. Ianya buluh yang dibelah dan di tengah2nya dikapit dengan pulut panggang. Bakar dengan api berbara. Ishh.! Renung gambar ni lama2 buat aku terliur ajerlah.

8 comments:

  1. uihh kami pun tkpernah jumpa lahi kot area sini,tapi kalo kot belah sungai petani mesti adalagi kot...area sepang ni payah nak cari rasanya...mcm balut kon eskerem kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh, kena pi usha kot area sg petani la lagu ni, kut2 leh tjmpa ngan puluit panggang stail mcm ni nih,,,a'ah betul tu tak perasan lak, mmg bentuknya mcm kon eskrem..

      Delete
  2. nampak sedap jer...cm nk wat gk la..tp ntah bila la nk watnnya..reti pun x..kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... makngah ter over iklan tuh...tp ok lah kalo nak rasa tu bolehlah cuba buat... :)

      Delete
  3. Memang syahdu nampak pulut panggang Mak Ngah. Tengok pun boleh tahu samaada sedap atau tidak.

    Zaman dulu Tok saya guna semanggang buluh buat bakar ikan puyu. Sampai la ni saya masih ingat keenakkan puyu dibakar dengan semanggang buluh. Keliling rumah dia tanam tumbuhan yang ada kena mengena dengan dengan keperluan harian dan keperluan dari masa kesemasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm.. sedap jugak rasanya masak pulut lembut sebati lemak masinnya tuh...:)
      Mak ngah pun sebenarnya mmg lama dh duk angan2 nk makan puyu bakar dgn api berbara tu... cicah ayaq asam..rasa mcm nk balik kampung pi cari la la ni jugaklah.. haha..
      yup, kt kg byk aktiviti dpt dibuat, nk lak lani sayur n ulaman dah koi makin mahal..

      Delete
  4. sedapnya mak ngah..pulut ni kalau ada smbal..fuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sama2 peminat pulut sambal kann.. mak ngah pun rajin skodeng manik Ana gak, cuma tak tinggalkan jejak kt situ ja..

      Delete