Bahan2
500gm daging kambing atau lembu
3 cawan beras (basuh dan toskan)
5 biji pelaga
5 biji lada hitam
5 kuntum cengkih
3 batang kayu manis
1.5sm halia-mayang halus
~garam dimasukkan lepas daging empuk
(tumis rempah di atas bersama daging > masukkan beras)
1 sudu teh serbuk pelaga*
1 sudu teh serbuk cengkih*
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis*
*(rempah kisar untuk merebus daging)
Bawang besar atau bawang merah-goreng untuk hiasan.
Cara
1. Rebus daging dengan rempah kisar hingga empuk betul2.
2. Angkat daging, toskan.
3. Goreng daging bersama rempah hingga kekuningan.
4. Masuk beras dan goreng perlahan.
5. Masukkan stok daging (air rebusan) Biar hingga nasi masak. Perlahankan api. Tunggu 15 minit. Tabur bawang goreng sebagai hiasan.
Sejak kebelakangan ni aku minat betul makan nasi Arab. Kat Alor Setar ni nasi Arab yang kami sekeluarga selalu pilih ialah kat Restoran Mekah. Aku minat nasi Arab sebab ianya seakan2 dengan Nasi Ayam. Gaya macam makan ayam rebus dan supnya tanpa nampak banyak sangat kandungan kolesterolnya. Aku suka pilih menu lauk kambing.
Oleh sebab minat yang amat mendalam, aku tercari-cari manalah nak mencarinya resepi nasi Arab ni. Hinggalah akhirnya aku teringat dengan satu resepi lama yang pernah aku cuba dulu. Resepi sebenarnya bernama "Nasi Kabuli". Jadi aku sepatutnya letak tajuk entri kat atas tu sebagai nasi kabuli sahaja. Tapi aku suka glamoor, jadi aku letaknya dengan nama Nasi Arab. Keh3...
Hasilnya berbaloilah pada aku sebab rupa dah ada, rasa dan baunya pun dah hampir2 sama dahh.. Cuma aku gunakan berasmati, tambah sedikit bahan perisa ajinomoto, minyak sapi dan serbuk kunyit. Bahan2 rempahnya aku tambahkan sedikit lagi dari jumlahnya yang di atas tu.
Untuk sukatan air, aku rebuskan ayam sama dengan sukatan berapa cawan beras yang digunakan. Tambahkan air untuk memasak nasi jika sukatan air rebusan daging tidak mencukupi.
Contoh :- 3 cawan beras = 4 cawan air -untuk memasak nasi.
Dan aku tidak bertanak nasi ini tetapi mengukusnya. (Sukatan beras dan air tetap sama seperti masak nasi biasa).
Inilah saja bahan rempah yang digunakan. Bagi aku ianya simple sajalah. Ikut jam > kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan lada hitam. Kiri sekali ialah halia yang dimayang.
Rebus daging dengan 3 bahan kisar iaitu pelaga, cengkih dan kayu manis.
Semasa menumis, gunakan kesemua bahan di atas iaitu kayu manis, pelaga, cengkih, lada hitam dan halia yang dimayang.

Tengok saja dah tahu sedap :)
ReplyDeleteHe he he gelihati pulak bila Shah puji makngah...
ReplyDelete