Assalamualaikum...
Lama aku tak update blog. Ada yang kata aku dah tak masak lagi dah sekarang ni. Susah juga rupanya nak dapatkan mood untuk menulis.
Dulu pernah aku terbaca sorang mamat mendakwa yang dia dah tak perlu berkahwin. Berblog dah cukup mengklimaxkan hidup dia. Aku tunggu dan lihat kebenarannya. Akhirnya dia pun tewas. Sekarang dia pun sudah menyepi dari menulis. Tapi tak tahulah pulak kalau dia dah buka blog baru tanpa pengetahuan aku!
~~Mukaddimah tercetus tanpa sengaja..~~
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula castor
7 cawan susu tepung yang sudah dibancuh/susu cair
3 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
Semua bahan2 di atas digaul semua dan ditapis.
Letak atas dapur masak dengan api perlahan, kacau hingga ia naik wap.
Masukkan adunan tadi ke dalam acuan dan bakar selama 1 1/2 jam.
Ini gambar sengaja aku nak upload sebab tak ada gambar bengkang hiasan yang cantik2 nak aku letak kat sini.:) Sengaja aku nak letakkan gambar timbuk teloq yang orang dulu2 suka guna untuk buat kuih baulu. Entah suka pula aku tengok peralatan antik yang orang dah tak gunakan sekarang ni. Tapi yang ni saiz kecil saja lah. Aku gunakan untuk sebatikan bancuhan bengkang aku tu.
Tak sangka resepi kuih bengkang ini sedap pada selera aku. Aku cuba membuatnya setengah adunan sahaja. Telur ayam tak dapat nak aku bahagikan setengah, jadi aku gunakan 2 biji telur ayam.
Ia lembut dan manisnya sedang2 sahaja.Tak jemu dimakan sebab ia tak menggunakan banyak lemak samada santan atau pun marjerin.
Aku tambahkan 2 sudu margerin kedalam adunannya dan lenserkan margerin pada periuk bengkang supaya ia tidak melekat dan mudah dipotong.
Tambahkan bijan di bahagian atas. Bila bengkang hampir masak, bijan atau lenga menghasilkan bau yang harum.
Mungkin ada yang pelik melihat gambar cara aku bakar kuih bengkang. Ini adalah rentetan dari cerita periuk bengkang pada post aku sebelum ini. Kawan aku dah bagitau aku macamana cara nak gunakan kepingan bulat untuk proses membakar menggunakan periuk bengkang ini. Kata dia jika diletakkan ke atas macam yang aku buat tu ia adalah untuk menggaringkan kuih yang dibakar pada bahagian atas. Untuk mencepatkan masak kuih bahagian bawah, letakkannya di bahagian bawah, bahagian periuk yang berlubang di bahagian tengah. Suka aku nak mencuba eksperimen ini sebab menggunakan periuk ini hanya masakkan terus di atas dapur gas sahaja, tidak perlu membakar menggunakan oven .
** 7 cawan susu tepung = Larutkan tepung susu sehingga menjadi 7 cawan. (Jika mencampurkan tepung susu bersama 7 cawan air, sukatannya akan berubah menjadi lebih cair.)

Tumpang tanya..kalau letak kepingan bulat tue di bahagian atas, hangus x yang di bahagian bawah?
ReplyDeleteKawal api jangan besar sangat dan bahagian atas kuih masak elok sebagai ganti orang dulu masak guna api dari sabut kelapa.
Delete