Followers

Wednesday, March 27, 2013

Asam katok

Aku ternampak benda ni kat rumah abang aku petang semlam. Terhenti aku sejenak. Ingatkan asam jawa ke. Atau apa2 sos. Abang aku cakap asam katok. Mulanya aku tak berminat. Asam katok yang aku makan sebelum2 ni tak da yang pure rasanya serupa dulu2. But why not?
Ambik siket cuba merasanya. Emm. Wow. Ini real punya asam katok. Serupa rasanya macam yang aku makan masa sekolah rendah dulu. Warnanya pun sama kan? Budak2 sekarang mana tau makanan ni semua. Waktu dulu harganya sebunjut baru lima duit.
Abang aku kata nak makan asam katok kena cicah dengan jari. Cicah2 dan colek ke mulut. haha
 
Makanan ni seangkatan dengan asam manis Hwa Flake yang selalu dibuat kek kukus lapis tu lah. Rasanya macam acar buah yang selalu ada dalam menu hidangan kenduri kahwin kat sebelah utara ni. Macam ada banyak jenis asam kering seperti buah pala dan  limau jeruk. Cuma makan asam katok kena hembuskan keluar bijinya tu. Bijinya tak boleh dimakan.

4 comments:

  1. ana suka asam katok ni..betoi hrga 5duit.lani payah nk jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap mmg sedap ana, cuma yg kurg sedap sbb ia bkn produk org melayu... huhu

      Delete
  2. Assalamualaikum mak ngah,

    Rupa asam dia kemerah2an mcm kuah sengkuang warna merah tu. Macam sedap je rasa dia. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah betul tu, org sini ckp yg tu sengkuang calit @ sengkuang palit. hehe

      Delete