Bahan-bahan
3 biji buah mungai (kacang kelo)
semangkuk santan
15 ekor udang
2 sudu besar kacang parpu (kacang dhal)
serbuk kari
garam
bawang merah dan bawang putih untuk menumis
Rebus kacang dal dengan air biasa sahaja sehingga empuk. Ketepikan.
Basuh dan kikis kulit luar buah mungai. Potong buah anggaran 1-1 1/2 inci.
Tumis bawang merah dan bawang putih.
Bila sudah wangi, masukkan serbuk kari. Kacau sekejap masukkan santan.
Bila mendidih, masukkan kacang parpu dan buah mungai.
Akhir sekali masukkan udang. Jangan masak udang lama sangat, ia akan kecut dan isinya akan mengeras.
Sesuaikan garamnya. Jika suka letakkan secebis kecil asam keping. Tutup api bila sudah cukup masak.
Ini adalah cara memasak gulai/kari yang paling simple. Bahan2 asas sudah mencukupi.
Aku bukan peminat kari mungai nombor satu. Tapi masakan buah mungai kali ni rasanya adalah paling sedap pernah aku makan sebelum2 ini. Post masakan kari mungai aku sebelum ini ada KAT SINI.
Dua hari lepas kawan aku bawakan aku gulai buah mungai yang dia masak. Dia bercerita kacang parpu yang dia campurkan dalam gulainya tidak empuk sampai sudah. Jenuh dah tambah air rebusannya. Aku cakap dia dah terbeli kacang ketegag kut..
Dia kata agaknya dia sudah tersilap sebab dia masakkan kacang parpu ke dalam rempah kari. Masakan kari buah mungai aku sebelum ni tak terinagt aku nak campurkannya dengan kacang dal.
Baru aku teringat kaum India cukup minat dengan buah mungai. Oleh sebab mereka elakkan dari memakan daging lembu maka jenis2 kekacang adalah ganti sumber protein dalam diet mereka.
Petang semalam aku balik kampung. Banyak pokok mungai yang abang aku tanam. Aku nampak dia semaikan ranting pokok mungai yang dah besar menjadi dahan pokok. Dia biarkan saja ia biak dengan pertolongan air hujan. Sekarang aku tengok pokoknya sudah besar2 amat. Ya lah. Aku jarang balik kampung. Nampak2 aje pokok2 tu dah besau!
Abang aku cakap dia dapat benih pokok ni dari Penang. Buah yang kat atas ni aku ukur panjangnya 87cm. Tentu ada buahnya yang lain2 pernah mencecah semeter atau lebih sebab buah yang ini abang aku kata masih muda lagi.

No comments:
Post a Comment