Wednesday, March 13, 2013

Homemade kentang wedges

                                                     Aku cuba buat kentang wedges.

               Resepinya aku dapat DARI SINI. My Resepi. Ringkas dan mudah. Itulah yang di cari..

Yang ni percubaan aku kali pertama buat kentang wedges. Guna tepung goreng ayam kentucky. Sedap. Cuma bancuhan tepung ni terlebih pekat, yang aku cairkan adunan tepungnya, cantik siketlah rupanya dari yang ini. Tapi yang tu tak sempat nak ambik gambarnya.

Ini adalah kentang pilihan aku. Aku suka yang saiznya kecik2 macam ni. Sekali tu aku terlajak rebus kentang macam ni hingga ia menjadi empuk. Dah empuk tak jadilah aku nak buat kentang wedges. Takut hancur. Jadi aku makan macam tu saja. Manis rasanya macam rasa makan ubi keledek rebus.   

Jadi jika ada sesiapa yang berminat nak cuba buat kentang wedges bolehlah mulakan. Dulu ada sorang rakan sekerja aku cakap, jangan makan nasi. Makan kentang kurang gula dan kanji berbanding nasi. Dia tambah lagi yang jadi masalah besarnya ialah bila kita makan nasi kita akan makan bertambah2 sebab bersama nasi ada sambal belacan, ikan kering goreng, gulai, rendang dan lain2 lagi yang enak2 belaka.

Tapi apa yang aku nampak, cuma sorang saja pegawai tinggi perempuan yang tahan daulat makan kentang tanpa nasi. Dia kata mudah saja nak buat kentang putar. Kata dia masukkan planta, susu segar, serbuk lada hitam dan sedikit garam ke dalam kentang lenyek. Aku? Belum mampu lagi nak amalkan petua memakan kentang putar sahaja walaupun aku tengok cik puan tersebut bodynya ramping bergetah sokmo.. hu hu hu.   

6 comments:

  1. Makngah ni rajin la..macam-macam pokok yg makngah tanam..hehe suka sy baca blog makngah n resepi-resepi makngah mcm mak sy..orang kampung katakan resepi simple2 tapi sedap.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Hany sebab berkunjung kat blog makngah. Apa kata usulkan mak Hany berblog sama, tentu makin meriah makcik2 dapat sama2 berkongsi ilmu kan...

      Delete
  2. mak ngah..kena makan dgn jalapeno cheese baru sedap..mcm kt kfc tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dan dah makngah nak beli sebarang cheese Ana, makngah makan saja cicah dengan cili sos cap jagung, pedass tapi sedap!

      Delete
  3. Dah banyak kali jugak saya buat kentang wedges ini sendiri mak ngah tapi guna tepung beras. Semua ahli keluarga puji sedap..hehehhe..kalau mak ngah rajin, singgahlah kat blog saya. http://lovelyhut11.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngah pun teringin jugak nak buat kentang wedges guna tepung beras.Terima kasih berkunjung ke blog makngah. Makngah dah singgah ke blog Zara Zahrah, rajin2 lah update lepas ni..:) nanti makngah nak cuba buat apam beras tu..

      Delete