Followers

Tuesday, October 15, 2013

Lepat liat ala2 dodol kukus

2 cawan tepung beras pulut
1 cawan air gula merah
1 cawan tahi minyak bercampur dengan minyaknya sekali
1 cawan santan 
secubit garam.

1. Gaulkan tepung beras pulut bersama dengan tahi minyaknya hingga sebati.
2. Seterusnya  tambahkan air gula merah dan gaulkan lagi secara perlahan2 hingga sebati.
3. Akhir sekali  sebatikan adunan bersama santan yang telah digaulkan bersama dengan secubit garam (secukup rasa).
4. Jika adunan terlalu cair mungkin alami sedikit masalah semasa membalut lepat liat gunakan daun pisang.
    (Setiap sukatan cairan yang aku gunakan ialah kurang  dari 1centimeter nak cukupkan 1 cawan)
5. Gulung daun pisang. Tegakkan gulungan daun pisang. Lipat bahagian bawahnya. Tuang cairan (adunan) ke dalam gulungan daun pisang. Lipat bahagian hujung sebelah lagi dan letak dalam pengukus.
Lepas siap membungkus bolehlah dikukuskan sehingga masak.

Aku pernah buat entri pasal kuih lepat liat dan dodol kukus sebelum ini. Kenapa? Sedap sangat ke kuih ni? Hu hu.
Sedaplah. Ada rasa ala2 kuih dodol rasanya pada kali ni. Mungkin sebab aku gaulkan sekali tahi minyak ke dalam adunannya. Mungkin rasa tahi mintak yang sudah cukup masak tu yang membuatkannya seakan2 rasa dodol yang sudah di kacau berjam2 lamanya di dalam kawah. Ha ha. Over la tu...

Yang dalam gambar kat atas tu, yang dalam acuan merah tu sebab tak cukup daun pisanglah.
Tapi say yes lah, yang di kukus dalam daun pisang, rasanya lebih lembut dan sedap!

Aku bukanlah rajin sangat pun. Tapi dek kerana tepung pulut untuk buat kuih buah melaka di bulan ramadan dulu masih berbaki lagi di dalam peti ais. Santan pekat pun ada sebab dah jarang bergulai sekarang ni. Buah kelapa nan sebiji yang aku beli tah berapa minggu dulu tu pun dah menjulur pucuknya nak menjadi pokok kelapa! Tu yang terbit idea nak mengulangi eksperimen buat kuih lepat liat tu..

1 comment: