Followers

Tuesday, January 1, 2013

Dodol kukus

Salam.
Aku pernah dengar tentang dodol kukus. Kata yang pernah memakannya, sedap. Nak masak dodol biasa, bukanlah satu kerja yang mudah. Nak dapatkan dodol yang betul2 sedap pun, tak mudah juga. Bila dengar adanya resepi dodol kukus, aku berminat nak cuba memasak dan merasanya. Balik ke Lipis dulu pun kakak ipar aku tu ada sebut tentang dodol kukus. Dia juga sebut tentang pulut yang dimakan dengan tahi minyak, sedap kata dia. Ah, sedap lagi...

Nilah percubaan aku memasak dodol kukus. Rupa dan rasanya yang orang lain buat, aku belum pernah rasa. Sukatan resepi aku ni main agak2 saja.
Bolehlah jika ingin mencuba resepi yang ada di sini:-
2  1/2 cawan  tepung pulut putih
1/2  cawan tepung pulut hitam
3/4 cawan gula pasir
1 1/2 cawan santan (agak pekat~lebih sedap)
2 cawan santan ~dijadikan tahi minyak
minyak~sapu pada daun pisang
daun pisang
sedkikit garam

Adun semua bahan hingga menjadi sekata. (kecuali minyak dan santan untuk dibuat tahi minyak dan daun pisang    :)
Alas loyang dengan daun pisang. Sapu dengan sedikit minyak supaya ia tidak melekat. (Boleh juga digunakan minyak yang terhasil dari pembuatan tahi minyak tadi)
Tuang bancuhan dan kukus dalam pengukus yang sudah dipanaskan. Masak selama 30-45min atau seingga masak.
Setelah masak, letakkan tahi minyak di atasnya..

 Buat tahi minyak:
Masak 2 cawan santan dalam kuali. Panaskan di atas api yang sederhana sehingga ia menjadi kental dan kelihatan terasing antara minyak dan tahi minyak.
e
Tengok tu. Berlinang jer aku curahkan minyaknya sekali yang bercampur dengan tahi minyak. Sedap ke? Sedap!! Sedap rasanya macam makan ais kerim yang berperisa sedap. Lemak berkrim... Tapi rasa aku kalaulah nak dibandingkan pengambilan lemak dari protein haiwan, selamat siket lagi lah kot kalau aku masukkan lemak sayuran (kelapa) ke dalam perut aku. :)
Dodol kukus ni ada sedikit persamaan dengan kuih lepat liat yang pernah aku buat sebelum ini.

6 comments:

  1. ubat kurus... tak apalah makan sekali sekala

    ReplyDelete
  2. hehe.. betul tu Shah... kurus sekali sekala..;)

    ReplyDelete
  3. dah buat sedap tapi kurang manis...

    percubaan kali ke dua bubuh 1cawan gula baru urmmmm..

    ReplyDelete
  4. dah buat sedap tapi kurang manis...

    percubaan kali ke dua bubuh 1cawan gula baru urmmmm..

    ReplyDelete
  5. dah buat sedap tapi kurang manis...

    percubaan kali ke dua bubuh 1cawan gula baru urmmmm..

    ReplyDelete
  6. Klu simpan kat luar 2 3 hari basi x atau sama je dgn dodol biasa (boleh tahan lama kan dodol biasa)?

    ReplyDelete