Wednesday, October 23, 2013

Sebab2 kek tidak menjadi

by google
Salam sejahtera...
Alhamdulillah. Rajin pulak kebelakangan ini aku nak buat entry. Cerita pasal kek pulak tu. Macamlah aku ni pakar buat kek. Aku terjumpa dengan panduan buat kek ini dari buku simpanan resepi aku. Dari mana aku kutip petua ni pun dah tak ingat. Ok lah. Mudah2an boleh juga ia dijadikan panduan untuk diri aku sendiri dan juga untuk kegunaan anak cucu aku dikemudian hari kelak. .

1. KEK YANG BANTAT
a)   Lemak dan gula tidak diputar secukupnya.
b)  Telur tidak dipukul dengan secukupnya.
c)  Telurnya dimasuk terlalu cepat menyebabkan adunan itu mendidih.
d)  Tidak cukup baking powder.
e)  Haba ketuhar terlalu lemah, carbon dioksida di dalam kek itu tidak kembang secukupnya sebelum kek itu  masak.

2. KEK YANG LEKUK DI TENGAH2.
a) Lemak, gula dan telur terlampau lama dipukul.
b)  Terlalu banyak baking powder, cecair atau gula.
c)  Kek itu dialeh dalam ketuhar sebelum ia cukup masak.
d)  Pintu ketuhar ditutup dengan kuat.
e)  Kek itu tidak cukup masak.

3.KEK YANG MEREKAH DAN MEMUNJUT DI TENGAHNYA.
a)  Terlalu banyak baking powder digunakan.
b)  Adunannya terlalu keras dan konsistansinya tidak betul.
c)  Haba ketuhar terlalu panas semasa kek dimasukkan ke dalamnya.
d)  Kek diletak di tingkat yang tinggi benar dalam ketuhar.

4.KEK YANG BERJALUR
a)  Keliling mangkuk adunan dan senduk kayu yang digunakan tidak dikokot sebelum tepung dimasukkan.
b)  Tepung dikaup dan balikkan tidak secukupnya. Jalur lemak dan gula yang mengandungi sedikit tepung atau tak bertepung menyebab kek berjalur2 setelah dibakar.

No comments:

Post a Comment