Followers

Sunday, February 1, 2015

Orkidku - bila dah nama dancing lady...

Rupanya bila ditiup angin, sejambak bunga orkid ini akan bergoyang2. Sekarang ni memang tempat aku sedang musim panas dan kuat berangin.Pada sejambak bunga ini akan kelihatan seakan-akan sekawan atau sekumpulan penari yang berpakaian kuning sedang menari-nari . Hu hu hu. Pada pandangan mata dan hayalan akulah!
Orkid ini jenis cepat membiak. Entah dah berapa kali aku main pindah2 anak2 pokoknya sekejap ke sana sekejap ke sini. Jadi nomad baduilah hidup secara berpindah randah...!
Dulu bertanam dalam pasu. La ni dah pindah ke ranting kayu mati. Aku ikat bersama sedikit sabut kelapa menggunakan tali rafia. Mungkin dalam lingkungan 6 bulan ia pun mengeluarkan bunga.
Masih ada 4 tangkai lagi yang masih belum berkembang.
Ini anak-anak pokok yang aku mula postkan ceritanya pada awal penanamannya dulu. 

1 comment:

  1. mak ngah minat orkid rupanya, ana baru saja buat entri tentang nurseri orkid di rawang, jemputlah cuci mata ke blog ana :)

    ReplyDelete