Followers

Friday, March 23, 2012

Halwa maskat

Salam
Ini gambar kuih halwa maskat. Asal mulanya kecik2 dulu aku selalu tengok warnanya kuning. Tapi la ni dah bertukar jadi kaler oren!.Mungkin ramai yang tak tahu ini kuih  apa. Ini kuih sedara sesuku sakat dengan kuih dodol. Bila dijual, ia selalu diletak berkembar dengan dodol.

Kali ni post pasal halwa maskat ni tak ada resepi. Aku cuma boleh bagi link ni saja sebagai rujukan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Halwa_maskat  Ada rangkaian resepinya yang aku jumpa dari  google. Tapi aku tak berani jamin sebab aku sendiri pun tak arif sangat dengan kuih ini. Orang sebelah utara tahu kuih ini. Rasanya ia popular juga time aku kecik2 dulu. Sebab tu kat kampung aku bila time raya dulu2 jarang orang kampung aku sediakan kuih dodol. Kalau halwa maskat ni, selalu aku nampak ada.

Yang selalu aku dengar orang cakap pasal kuih ni ialah ia ada proses 'basuh' tepung serupa nak buat kuih khasidah. Dah tu ia gunakan minyak sapi. Dulu2 ada dicampur sedikit2 dengan biji gajus seulas2 ke dalamnya. Sekarang ni dah tak ada.
.
Aku tayang2 saja la gambar2nya kat sini. Serious aku frust bila google halwa maskat kat internet aku hanya terjumpa gambarnya saja tanpa resepi. 
Jadi aku nak umumkan secara rasminya kat sini, untuk selesaikan masalah ni semua, pi lah  cari kuih ni kat Pekan Rabu Alor Setar. InsyaAllah ada. Kuih bunga pudak ada. Candy kelapa ada. Macam2 ada. Mai cek oi cek mai...!

Sedap pula pada tekak aku kuih ni kali ni. Tapi bila disuap kat anak aku yang lelaki tu dia minta dibuang semula!. Dah 20 tahun kut aku tak makan kuih ni sebab yang last aku makan dulu rasanya entah apa2. Aku tak berapa ingat. Agaknya kurang sedap kot.

Seorang suku sakat dari Pahang yang datang ke rumah mengajak aku singgah ke Pekan Rabu.  Teringat ke entri aku yang lepas pasal  kuih khasidah tergerak hati aku nak  merasa halwa maskat pula. Kuih dodol yang ada bersebelahan dengan halwa maskat aku tak jadi beli. Sebabnya pada piawaian lidah aku ni dodol tu belum menepati citarasa aku sendiri. Aku tak boleh lupa kuih dodol yang dimasak oleh kakak ipar aku kat Pahang nun. Sedapnya hingga tak terkata. Dengar kata dia bleder beras untuk dijadikan tepung! Kalau gunakan segantang beras, gunalah lebih kurang 30 biji kelapa. Banyak santan lebih  senang nak mengacaunya. Tak terbayanglah aku nak melepasi hal2 ni semua....

3 comments:

  1. tolong bagi no tel orang yg membuat kuih halwa maskat, di pahang ada tak orang yg boleh buat kuih halwa maskat ni?sebab saya duduk di kuantan uyajer@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. makngah dah cuba tanyakan pd beberapa gerai kt Pekan Rabu, depa bgtau depa tak ada no phone sbb makcik tu akan datang agih2kan sendiri kuih halwa maskatnya. Dia seorang saja pembekal utk semua gerai di situ.

      Delete
  2. Insya Allah. kalo makngah singgah ke pekan rabu akan cuba tanyakan pada sipenjualnya

    ReplyDelete